Jika, kita ditakdirkan berkeluarga, atau bersaudara- mara dgn orang yang kaki gaduh, bagaimana kita nak hadapi?
.......
😃 Emosi ialah perasaan.
Gaduh mulut, gaduh tangan, gaduh tulisan, gaduh kaki dan tangan..
Kaki gaduh = keangkuhan, sifat bongkak dan sombong. cukup pakej.
Perlukah?
Perlukah kita menjadi kaki gaduh juga supaya tidak rasa dibuli dgn manusia jenis suka bergaduh?
Ada orang rasa tak perlu, ada orang rasa perlu.
Jika begitu, kita juga ada potensi nak jadi kaki gaduh? Oh No!
Dalam kehidupan saya, juga ada bertemu orang2 seperti itu. Kita melayan dgn kelembutan, mereka berpura2 lalu mengata kita depan dan belakang.
Ada orang yang suka berbincang, yang betul2 berlapang dada.
Ada orang yang jadikan pergaduhan sbg cara berbincang.
Tenanglah!
Jika Orang melayan kita lembut, layanlah lembut.
Namun tanamlah rasa berhati-hati.
Orang suka menyimpan dendam jika kita MARAH ATAU MENGUTUK sikapnya. Lebih2 lagi perempuan kena lebih hati2.
Jika Orang melayan kita kasar, penuh sindiran...Sabarlah dahulu.
JANGAN terburu-buru menyalahkn dia, atau salahkan diri sendiri.
REMEMBER : Zaman teknologi ini... Orang mudah memanipulasi apa yang kita cakap.
Jika dalam kelompok ramai, JAUHKAN Batu Api. Tak kiralah siapapun yg kita percaya atau tidak.
Jika antara berdua, Istighfar.
Jawablah jika mahu, tak perlu jawab jika tak mahu. Jawablah, saya tak mahu bertekak/ bergaduh.
*Sama spt kita sdg berpuasa.
Bertenanglah.
Mereka tak perlu dengar sendiri utk menyalahkan atau bersangka buruk kat kita.
Laman social samalah dgn orang2 di luar . Ada sorang je buat salah, ramai Kaki Pukul. Ada sorang je mempengaruhi, yang lain jadi Pak Turut.
* Sebaik-baik orang ialah orang yg menyiasat dahulu.
Memang rasa sesak dada, rasa nak pukul bantal, tapi Allah yg jaga kita. Allah tengok kita buat apa.
Jangan pandang perwatakan Alim seseorang, kadang2 sikapnya juga salah.
Jangan terpukul dgn kata2 yang menyakitkan hati dan busy body, sebab mereka takkan letakkan diri mereka di tempat kita biarpun mereka kata sayangkan kita.
Pernah dengar Put yourself in others shoes? Tak ramai orang boleh buat.
Tenanglah! Kaki gaduh bukan orang yang calm, dan suka bertenang. Get ready to solve problems dan menegur TANPA emosi, hanya pasang niat yg elok je. Doa yg elok2.
😉