Duhai adik putriku,
Tak perlulah terlalu bercantik-cantik dimajlis bahagiamu dengan solekan tebal, semata-mata untuk tatapan umum.
Kerana jika pasanganmu, si Dia itu hanya memandang kecantikan, pastilah dirimu akan kalah dibandingkan gadis seusia di sekelilingnya yang muda dan keletah manja.
Pastilah ada sesuatu dalam dirimu yang dia pandang selain cantiknya paras rupa....
Jadilah dirimu.
Hidup berumahtangga itu hanya dikau dan dia, berdua. Aku pandang kau, kau pandang aku.
Jadilah orang yg saling menyenangkn sesama sendiri dan saling melengkapi,
dan bukan mengubah untuk kepuasan sendiri tetapi untuk keredhaan Allah.
Semua pasangan akan berada dlm situasi itu, tak kira pasangan Muda atau berlanjutan semasa di usia Emas..... Boleh saja ada perkara yg tidak puas hati pada pasangan dan ingin mengubahnya mengikut corak kita kerana memikirkan rentak kita lebih baik?
Hakikatnya, tiada siapa yang lebih baik dari sesiapa dalam percintaan. Kita saling memerlukan. Kita memilihnya jadi suami samalah dgn mengiktirafnya menjadi imam. Arrijalu qawwamu alannnisak. Tetapi yang kita sujud bersama ialah kepada Allah, bukan? Jadi wahai Isteri, jangan hilang arah. Letakkan sifat tawakkal kpd Allah. Samalah spt semasa kita menghantar suami keluar bekerja di muka pintu, kita letakkan dia dlm perlindungan Allah. Bila kita letakkan anak dlm jagaan pengasuh yg baik, kita juga buat begitu. Jika tiada penyerahan kpdNya, mungkin saja dia tetap akan ditimpa kesusahan walaupun bersama di samping kita.
Hakikat kedua, isteri tidak hanya perlu dibekalkan material, tetapi juga pengisian Rohani dan Agama. Jagalah itu duhai suami, agar isteri sentiasa menjadi bidadari duniawi.
Ketiga, tambahi.... sifat Redha dan bersyukur atas lebih kurang. Usahlah memburukkan sesama sendiri di hadapan anak atau ahli keluarga.
#notahatiNurindah: Kelakuan kita sbg pasangan di usia emas juga akan menjadi perhatian pasangan muda yang belum matang dalam soal rumahtangga. Anak ketam tidak akan berjalan betul dengan mengekori ketam yang senget. Hati-hati.
No comments:
Post a Comment