Dalam menerima keadaan, makin kita menolak makin kita berasa payah dan sesak nafas.
Orang kata proses 'denial' (sukar menerima kenyataan). Kadang2 ia mengambil masa yg amat panjang.
Tetapi di saat kita berasa menerima itu lebih baik untuk diri kita, kita akan rasa seperti hilang satu beban.
Kita mungkin telah berkorban masa dan tenaga utk seseorang yg tak menghargai diri kita. Tetapi kita juga melalui satu proses, untuk mengenal manusia yg berbeza-beza.
Indahnya suatu Pengorbanan itu bukan kerana apa yg kita ingat atau apa yg oranglain ingat. Tetapi apa kesannya dlm kehidupan seseorang.
Hakikat manusia bukan seperti actor di dalam tv. Yang reti berterimakasih, yang reti berbudi bahasa, yg mahu bermaafan dan tak mengulangi kesalahan, yg tak mahu berlawan-lawan.
Hakikat, ramai yg jadi sebaliknya. Suka bermaafan dan mengulang kesalahan, segan mengucap terima kasih, bercakap ikut sedap hati, dan sentiasa mahu berlawan-lawan dgn orang.
Jangan kecewa, wahai Hati.
😃
Ya jangan kecewa wahai hati...
ReplyDelete
ReplyDeleteMoga kita sentiasa melalui kehidupan yg penuh bermakna, kak...
:)