Kebahagiaan itu tidak sempurna.
Mungkin kita dah berkorban, kita menanggung susah, last2 kita yang lemas sorang2. Orang selamatkan diri sendiri.
Mungkin, kita jaga maruah seseorang, tapi dia tak seperti kita, nampak kekurangan kita terus dia burukkan. Biarpun sebaik mana dia dengan kita.
Bila kita mengadu, kitalah yang kena buat baik dahulu katanya.
Bahagia itu, dengan jiwa, dengan kemaafan. Dengan lara, dengan kerendahan hati pada tuhan.
Bukan juga berbohong pada diri sendiri. Jangan ikut orang yg salah.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Salam 2020. 😊
PKPB dah nak berakhir. Sediakah kita? Nak kah kita bebas seperti tiada orang melarang kita?
Mr Hubby, lebih suka dgn cara sendiri. Namun saya jelah yg sering ingatkan itu dan ini. Alhamdulillah, mahu juga dia mengikut. SOP kat kilang pun ketat.. 😁 Tahap berani itu tak sama. Dan saya sendiri mahu begitu.
Melihat berita kat tv malam tadi, mereka inteviu rakyat yang bawa anak keluar di tempat awam, kasihan juga. Tak semua mampu menghadapi keadaan pkpb... Tak semua ada kereta atau orang yang menemani menjaga anak2.
Macam tu juga keberanian anak2 pulang kampung merentas negeri atau balik beraya, lalu bersalam peluk cium...
Namun. Sabarlah. Sabarlah. Waktu balik banting seminggu sblm raya, kami tak bersalam pun dgn ibubapa suami. Masa balik raya, takde salam2 dengan ibubapa suami dan adik2. Balik hari. Takde bermalam. Ikutkan, ibubapa suami taklah ikut SOP, nak beraya2 macam biasa.. Nak anak buat macam biasa.. Kitalah yang sabar, jangan menurut hati.
Masa kami orderkan lauk pauk bahan masak, mereka menolak kata nak keluar sendiri.... Bukanlah kita tak jaga mereka. Untuk Mama saya, saya sanggup orderkan ayam setiap minggu sebab tahu ayah tiri penoreh getah, pesawah, takde pendapatan, dan sebab tak mahu mama bersusah2. Ayam simbol makanan mewah kt pantai timur.
Kehidupan berbeza. Ada org nak lauk fresh sepanjg masa, sebab dia kata dia mampu... Saya tak sangguplah ikut. Tengah PKP kan? Syukurlah bila ada pemborong sanggup hantar barang ke rumah, tak perlu ketua keluarga beratur bersesak2.
Oklah, cukup dahulu. 😄
Sekali2 pergi speedmart riangnya hati... 😊. Masa pkp memang saya tak keluar pun.
Beli nasi kukus hari ni. Terpana bila runner sebut Saya jual, achik.. 😄. Yalah, anak kakak jiran sebelah pun dah masuk politeknik. Aku ni dah tahap makcik dah... Tak perasan tua. 😁
(Doa perlindungan)
(Doa kesihatan dan dari kefakiran)
Musibah pandemik ini banyak mengajar kita. Mengajar sabar dan mengenali kehidupan orang lain juga. Mana yang kita lihat sangat menginsafkan...
ReplyDeleteSalam kak azie. Ya, benar, kak.
ReplyDelete