Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, August 3, 2011

Shepherd Pie

Salam sejahtera,

Saya dok susun atur resipi ni tadi. Senang nak rujuk lenkali. Yalah, kita rasa masakan western ni macam payah dan susah diterima tekak. Tetapi sbb saya pernah lihat di jamuan seorang rakan yg letak dlm cup kecik2, jadi saya nak try . Kebetulan ada majlis makan-makan di rumah sepupu, BBQ kambing. Jadi, saya sertakan masakn western juga, biar sama tema. Tawakal jer buat, dgn feedback yg bagus2 kat Myresipi. :) Sedap tak sedap, family yg makan. Tapi Alhamdulillah, boleh diterima oleh orang tua, mahupun orang muda. Siap kata talam berlauk versi omputih. ;)

Bagi saya, shepherd pie ni dah sedap, penuh kalsium, carbo, dan protein, ngan sayur juga.... :)) Terima kasih buat kedua-dua empunya resipi yg saya combine dan mohon halalkan share kat sini.





SHEPHERD PIE
Resipi pie: salwahcm MyR
Resipi Topping: Yani MyR


Shepherd Pie salwahcm MyR
Bahan-bahan ( 2 orang )

#Bahan untuk Inti#
250 gram Minced beef
100 gram mushroom (kalau ada budget lebih sedap guna fresh mushroom jenis portabello, kalau susah button mushroom yg dalam tin pun ok) - (nurindah: cendawan butang tin jenama ayam brand dibelah empat, tos kering.)
1 biji bawang besar yg kaler kuning (Potong dadu) - (nurindah: saya guna bawang biasa je)
2 sudu besar Mushroom soup (cream) brand Campbell - (nurindah: ada dlm foto)
Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli. (nurindah: tak bubuh sayur)


#Topping#
Mashed potato (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai instant potato
Mozarella Cheese - nurindah: saya guna shredded cheddar je.










Mashed Potato Yani MyR
Bahan-bahan ( 2~3 orang )

2 biji ubi kentang
1 sudu besar butter
3~4 sudu besar susu segar
sedikit garam
sedikit parsley-dicincang(optional)

Cara buat topping:
1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagian. Rebus
sehingga empuk. (nurindah: cucuk ngan garfu utk tahu ia empuk)
2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu. (nurindah: toskan kentang, saya lenyek semasa kentang msih panas)
3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api.
4. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
5. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata.
Siap untuk dihidangkan (nurindah: saya guna utk topping shepherd pie).




Cara-cara buat Shepherd Pie:

1. Goreng bawang sampai agak layu.
2. Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.
3. Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering.. (nurindah: saya tambah air dlm step ni, tutup kuali, guna api rendah shg empuk dn kering air)
4. Masukkan krim mushroom, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.
5. Masukkan cendawan (cendawan tin) dan sayuran2an lain.
6. Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab cream mushroom tu dah masin.   (nurindah: saya masak lagi shg air dr cendawan butang agak kering)
7. Ketepikan..  (nurindah: saya buang lebihan minyak daging)

8. Letak inti dekat base loyang ke corningware ke atau bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok.    (nurindah: loyang)
9. Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese
(nurindah: saya guna hampir 3/4 paket. Menutupi topping kentang.)

10.Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (Biasanya dlm 10-15 minit je)
11. Sedap dimakan panas2. (nurindah: walau dah sejuk, ia masih sangat sedap. Orang tua-tua yang makan, katanya macam talam berlauk versi omputih ;)




Tuesday, August 2, 2011

Air Lemonade dan Popiah jejari ketam - 2 ramadhan



Salam sejahtera,

Selamat malam. Saje tayang Lemonade waktu malam. Tak sampai hati pula nak tayang siang-siang....

Penat sungguh hari ni, dari lepas balik pasar sampaila petang, tak berenti saya kat dapur. Yalah, nak bersihkan lauk, potong dan asingkan. Pastu nak masak lauk berbuka pula. Saya buat menu berbuka yg sudah lekat kat otak. nasi ayam... Sebab tu la tak sempat nak blogwalking td. Maaf ya..


Resipi yg sedia ingat. Nasi ayam MIL.

Minuman kat bawah ni, kalau dulu, saya panggil air ni macam ni, air lemon je. Rupanya ia ada nama trsendiri. Sambil minum saya cakap kat mr hubby, kalu tambah air aiskrim soda tentu meletup kat mulut. hehe.. My hubby tambah air Lemonade ni berkali-kali. Rasa lega bila minum. :) Terima kasih buat kak Fida, dan myresipi. Mohon halalkan saya tayang di sini.


LEMONADE
Resipi: Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( sukatan 10 orang )
nurindah: utk 2-3 org, sukatan 1/3 sudah cukup berulang kali minum. :)

6 biji lemon
3 cawan gula pasir
4 cawan air
secukup ketulan ais
secukup air masak yg telah sejuk

Cara-cara

Lemon dibelah 2 dan perah untuk mendapatkan jusnya.
6 biji lemon boleh menghasilkan lebih kurang 300 ml jus.
Gula dan air dimasak hingga larut dan sejukkan.
Di dalam sebuah jug,isi jus lemon,secukup air gula dan air masak secukupnya.Kacau rata.Jika kurang manis,tambah lagi air gula.
Ketika menghidang,bubuh secukup ketulan ais di dlm gelas dan tuangkan lemonade tadi.Sedap diminum sejuk.



Popiah jejari ketam ni, buat kudap-kudap. Asalnya nak buat ytf, atau stimbot, tapi akhirnya terbuat ini. :D Rasa popiah dgn isi ketam ini, manis.. beserta dgn rangup popiah pulak tu. Saya gulung dari kelmarin ni, pastu frozenkan. Tak larat nak buat semua arini... ;)


POPIAH JEJARI KETAM
rujukan: kak ummizaihadi.
nurindah: Resipi sendiri je ni. saya tak bubuh sayur. Hanya jejari ketam.

Kulit popiah
Jejari ketam dalam paket frozen - defrost, dan buang plastik yg mmbalutnya.
1 sdm tepung gandum campur sedikit air dikacau, sebagai pelekat balutan popiah.
Siap digulung, goreng dalam minyak penuh dgn api yg sedikit kecil hingga masak kekuningan.





Mee Bakso - 1 ramadhan

Salam sejahtera,

Saya ke pasar basah tadi. Beli ayam, daging dll. Bawa beg satu lagi utk letak lauk basah. Naik bas 70 sen jer. Teringat masa dulu2 masa kat belum kawen kat kampung. Pergi jertih dua trip, satu naik motor (bonceng jer) sampai jalan besar. Dr jalan besar, naik kereta 'prebet sapu'. Naik prebet sapu ni, kalu balik brhenti jalan besar cuma rm1. berhimpit2 ngan 4-5 org. Tapi kalu brhenti betul2 di depan rumah, sekrang kena rm 3.

Rasa brsyukur, sbb saya bole keluar sndiri beli lauk, dgn kemudahan awam di depan rumah. Terutama bila tak sempat ke pasaraya NSK.

Dlm perjalanan balik tadi , saya lihat ada seorang remaja yg naik. Dgn topinya, kemeja dan seluar slack. Ada surat trtulis nama FA di poket dadanya. Remaja Sindrom Down. Siap pegang handset dan lagaknya sprt remaja lain. Cuma agak malu-malu. Saya tengok saja. Saya lihat dia turun di bus stop. Dgn tegak dan yakin. Melaui celah2 kedai tmn kenanga. Subhanallah... Saya agak, ibubapanya tentu telah brkorban apa sahaja utk mnjadikan remaja 'istimewa' itu seyakin itu bergerak sendiri.

Oh! Ya, sabtu ahad lepas, saya dan suami ke banting saja. Tetapi petang ahad dah balik. Tak sempat brsahur brsama. Sempatlah kami hadiri majlis tahlil di rumah sepupu hubby dan mak sedara hubby. Alang-alang, saya buatkan sheperd pie. Kat majlis mak sedara pula, saya buat kuih bakar pisang. Resipi sheperd pie tu ambik kat myresipi jer. Nanti saya update gambarnya. :)

Pagi Sahur pertama tu, sempat bangun 4 pagi. Bermulalah sesi saya calling adik-adik utk kejutkan sahur. Saja jer, sbb saya tak sempat call sebelumnya. Sambil bertanya Mama, menunya di pagi sahur pertama itu. Semua tak dapat balik brsahur brsama sbb sibuk, melainkan adik Nura yg mmg tinggal bersama. Kasihannya.... Sbb sahur prtama kan? Saya kesal, belum dapat balik lagi, tak sampai hati tinggalkan hubby, yg sibuk kerja sbb katanya mesin ada masalah. Moga dipermudahkan..




Inilah mee bakso. Sibukla menggentel daging kelmarin sebab lauk pauk takde. Alhamdulillah, mee satu paket 3/4 kami balun berdua. Campur murtabak kulit popiah tu, ngan air soya yg saya kisar sndiri. Syahdu.. sbb semuanya sedap dn mnjadi. Thanks to MyResipi. :)

Mee Bakso. Selalu nampak masa pasar ramadhan. Nak beli, tak reti makan. Tak tau apa rasanya. Dah buat sendiri ni, baru tau. :) Terima kasih buat Che 'iza, jasamu dikenang kak.. mohon halalkan resipi ya. :)


RESIPI MEE BAKSO
Resipi: Che'iza MyR

Bahan-bahan ( 7-8 org )


Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) - nurindah: ganti mee kuning
Taugeh
Kobis dihiris halus

*UTK BEBOLA 
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam


*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji (lada putih)
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam (nurindah: 1 kiub pati daging Knorr)
sedikit serbuk lada sulah (nurindah: 1/2 sdk)
Garam n perasa (nurindah: garam saya letak 1/2 sdm)
Nurindah: Air saya bubuh 1/2 periuk besar.

Cara-cara


UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.


UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.


Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.... (nurindah: guna sambal kicap jer, pun dah kick. Rujuk sini)

KUAH BAKSO


Di bawah ni, lauk lauk Sahur Pertama kami, bekal dari mak sedara hubby selepas tahlil. Kerabu Jawa, kerang, sup ayam.


TIPS UNTUK DICE BAWANG dgn pisau
dr cooking books Maran illustrated. Memang cantik dadunya. Guna pisau yg tajam.



Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers