Assalamualaikum warahmatullah,
Selamat hari raya Aidiladha. ;)
Ampun dan maaf dipinta kerana saya tidak sentiasa berada di sisi layar blog teman-teman blogger dan tidak mengiringi kisah manis, atau kisah sedih yang mungkin berlaku terhadap teman-teman.
Saya di sini menziarah Mertua. Di banting, internetnya ada, dapatlah online. Kawasan rumah baru di BB belum ada internet, sering dapat Edge saja. :) Takpelah.... saya rasa dah terlalu berumur utk menunjukkan diri di cyber cafe. haha.
Adik-adik saya,
Bertabahlah di kampung. Esok lusa, kalian bakal meneruskan perjuangan lagi. Mencari rezeki, menuntut ilmu. Akak tau, jika Abah sedar sekalipun, dia mesti mahu kalian tetap menjaga lubang rezeki yang ada, bahkan terus belajar. Sepanjang 3 hari sebelum raya haji yang lalu, abang ipar kalian telah mengisi waktunya dgn membantu kita, drive dari jertih ke hospital kota bharu semata-mata untuk membawa kita melihat perkembangan Abah. Sesungguhnya, abang ipar kalian mmberi makna besar kpd kita semua sewaktu emosi-emosi wanita kita mencucuk dalam tekanan.
Abah masih begitu, tidak sedarkan diri. Jika dia sedar, dia akan berasa sakit dan menolak bantuan pernafasan mahupun ubat yg diberi. Alangkan begitu cara kedoktoran di hospital. Akak jauh dari mengerti...
Bilakah agaknya adik-adik akak akan menemui pasangan yg sehatisejiwa. Akak mahu keluarga kita mmpunyai kekuatan tersendiri. Dgn kita yg dari seorang gadis kecil telah mnjadi seorang wanita seramai 5 org ini. Jika Allah menakdirkan kita adik-beradik hanya seorang adik lelaki, mestilah ada sesuatu yang Allah takdirkan untuk adik-adik perempuan akak. Akak doakan selalu, agar keluarga kita teguh selalu. Dan akak tahu, Abah juga harapkan begitu.
Peluk cium buat Mama, jangan sedih ditinggalkan kami meneruskan perjuangan hidup. Ia demi membela nasibmu di hari muka. Insya Allah, kak akan pulang selalu. Ibubapa uzur, ia juga tanggungjawab kak.
Salam sayang,
kaklongmu.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────