Bismillah,
Apa khabar teman2...
Amat payah berkata-kata apabila jarang duduk di hadapan PC.
Apps blogger dalam tab di tangan,sering, tidak stabil. aduhai apps...
:)
Sering,
Saya tak menghiraukan apabila saya terasa sesuatu trhadap seseorang, kerana selagi mereka tidak mengatakannya, mana mungkin saya hendak bersangka-sangka apa di dalam hatinya. Allah pun tak suka.
Namun...sering juga saya bertemu, seseorang yang riak mukanya berlainan dari kata-kata manis yg keluar dari bibirnya .Mohon maaf, saya tidak menerima sandiwara. Ya, kerana mungkin saya berhati-hati kerana pernah 'terkena' dengannya.
Ada orang akan jujur apabila kita meneka perlakuannya, biarpun perlakuannya 'negatif', tetapi kita masih menerima kerana kejujurannya. Berbanding orang yg bersandiwara.
Ada juga, yg KETERLALUAN jujurnya, sehingga tidak tahu menjaga perasaan oranglain. Teringat kisah seorang wanita yg terkentut di hadapan ulamak tetapi disembunyikan. Kisah nabi saw makan limau yg masam pemberian seorang wanita. Jujur itu lebih bagus dari sandiwara, tetapi jujur bersyarat, mengikut cara yg digalakkan nabi saw.
Tetapi Rasulullah tak pernah mengenepikan hukuman dan larangan. Pernah dua orang sahabat yg bergaduh dan memaki, maka dia dihukum dgn membalas apa yg dilakukannya, ada juga yg dihukum dgn harta dan dinar.
Cukuplah dahulu.
Ini bukan kata semangat, mahupun luahan rasa. Ia ceritera dari pengamatan sekeping hati..
Hakikatnya, JUJURLAH. Dlm sikap baik, atau buruk kita. Syaratnya, asalkan tidak melanggar adab, akhlak dan kesopanan. :)
Kerana ia soal perasaan, Hablunminannas.
Sesuatu yg kita lakukan dgn niat Lillah, Insya Allah kita akan mndapat hasilnya. Mana tau dgn keikhlasan... yg buruk Allah akan lindungi aib kita, dan jadikan kelihatan lebih baik ?
Bila niat ikhlas, buat betul2 sampai habis.
:))
SALAM SAYANG, adik-adik, teman dan kakak sekalian..
Copyright © 2015

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────