Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, July 31, 2013

Sepatah kata lewat petang

Selamat berbuka puasa.

Saya teringat satu kata-kata di naskhah sebuah akhbar di Kelantan, semasa menunggu waktu melawat arwah abah di hospital KB setahun lalu.

Seekor Burung Bayan,
Melihat seorang lelaki tergesa-gesa berwudhuk, lalu bersolat dengan tergesa-gesa.
 Selepas lelaki itu selesai melakukan solatnya, Bayan itu berkata sendiri (dgn bahasanya):

" Maha Suci Allah yang menyempurnakan dan memudahkan segala urusan di dunia, maka sempurnakanlah urusan terhadapNya."

Dalam mngharung kesibukan dunia, kita akan disibukkan Allah dgn dunia, right?
Itu solat yang wajib.



Hum.
Kita tak harus bersangka buruk kepada orang-orang  yg baru saja 4 rakaat solat sunat terawikh, lalu masjid memberi laluan  utk tazkirah, mereka berpusu-pusu keluar bagaikan tak cukup pintu.
Sedangkan dahulu, yang sibuk berkata solat sunat terawikh cuma 8 , ada pula yang kata 20.
Bila rakaat semakin pendek, jelas, kita makin sibuk. 
Wanita pula makin rajin ke masjid, cuma... tidak menjaga anak-anak kecil. Saya memandang tanpa kata, anak-anak kecil dibiar melintasi tempat sujud wanita, dan mereka bermain di sepanjang ruang kepala itu. Oh, mana ibunya....
Jelas wanita ingin mempunyai imam yg membimbing. Tetapi anak pula yg tertinggal.


Bila kita MAHU berlumba merentasi malam ibadah, kita katakan sibuk.
Takut-takut nanti bila kita perlukan Allah utk sesuatu masalah dan berdoa sungguh-sungguh, Allah kata  : 
"Maaf, sibuk."
Mahu remuk hati. nauzubillah hal itu berlaku. 
Saya saja mengandaikan macam itu, menguji Hati sendiri...

Bila kita pergi kepada Allah berjalan, Allah akan mendekat dgn kita (seumpama berlari).


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Limit, iklan raya, semangat dah tiba, family ramadhan, tips for last 10 days of Ramadhan


Segala aturan yang kita buat, ia sekadar meletakkan matlamat dan limit.
Supaya kita lebih high expectation terhadap diri sendiri dan ahli keluarga kita. Berasa BOLEH pergi lebih jauh daripada limit  ala-ala sahaja...
Ia bukanlah ukuran kita ini 'siapa' atau 'bagaimana'.
:)

Makin bersemangat saya hendak buat persiapan yang tertangguh. Rak dah beli, maka saya akan mula mengemas bilik. Cat dah beli, maka nak mula cat pagar rumah. Serving dish bertambah, rasa senang hati sangat-sangat.  Apatah lagi masalah saliran yg melimpah dah ok, buat sementara ini. Syukur...

Malam ini, sempat juga saya mengikut Hubby ke masjid untuk terawikh. Hubby tidak pernah memaksa saya utk bersolat jemaah terawikh di masjid.  Dia tahu macam mana banyaknya kerja harian di rumah. Baju yang bertimbun sejak tak boleh membasuh 3 hari lalu termasukdalam kes yang tidak selesai lagi. :)    Tetapi saya gagahkan juga nak ikut ke masjid , sebab semangat dah datang. :D
Ameen, moga istiqamah!

Berbuka tadi, Hubby belikan saya nasi ambeng, yg saya teringin nak makan masa pergi pasar Pandamaran haritu. hehe.  Alhamdulillah, beberapa list dah terbuat.  Pernah solat Qiyamullail dgn Hubby dalam musim ramadhan kali ini. Saya teringat kisah nabi SAW mengejutkan Aisyah dan qiyam bersama. Hubby siap ikut tatacara dari buku solat sunat.
:D



Alhamdulillah, malam ni elok jer internet.
Tertengok iklan raya.  Sepanjang ramadhan ini, belum buka TV lagi.  Aneh betul tahun ni. ;)



Thanks Aneesah Satriya :)


Er... ada Qiyam dan i'tikaf di masjid as Salam setiap malam. Noted!


TOOLS :))

1)



2) Panduan meraikan 10 malam terakhir :  
FREE Printable Poster- "Seek Lailatul-Qadr Edition :  Owhsomuslim.
http://owhsomuslim.com/OSM-Freebies/Download/OSM-FREE01.zip


3) AbdulRahman Chao
10 Tips for the Final 10 Days of Ramadan

1. Since you are already waking up for sahoor, pray 2 rakahs of tahajjud with extra dua.
2. If sisters cannot pray, they can also capitalize on the blessings by reading Quran from memory, read its translation or listening to Quran.
3. You've been served your iftar for almost 3 weeks. Get those gloves on and serve others. Trust me. You will feel great even if the food runs out.
4. Have takeout for Iftar so that your wife doesn't feel so tired from cooking and ends up not making it to taraweeh.
5. Start planning for a spectacular Eid. Instead of going around and shopping for clothes, save the money, decorate the house, and plan your first weekend after Ramadan with your family for a get away.
6. Take necessary steps to prevent post-Ramadanitis. Start thinking about setting 3 goals you wish to achieve after Ramadan and ask your spouse to hold you accountable with kind reminders and encouragements.
7. Have iftar at a park/forest, read Quran around a campfire, tell stories of the sahaba and pray a few rakahs of taraweeh with friends and family on a summer's night.
8. Don't focus on any odd night of the last 10 nights. Do different types of ibadah for each of the last nights by mixing and matching them. For example, reading quran, do some extra tahajjud. On another night, do some tahjjud and clean the masjid etc.
9. Don't give up. Even if you've been a little behind this month, there is still time. As long as you try, you're not slipping.
10. Give sadaqah to a poor person every night of the last 10 nights.


Kesimpulan:  Jangan lupa solat sunat bila bangun bersahur. Insya Allah!
Kat masjid ada i'tikaf dan Qiyam  pukul 4 setiap hari last ini.


DOA selalu-selalu....


Di antara doa dari hadith yang kami dapat semasa kelas Syeikh Nuruddin.  Diamalkan setiap kali lepas solat.   Mereka mengadaptasikannya dalam bentuk grafik. :)  Owhsomuslim 



Bila terjumpa malam lailatulqadar, baca doa di atas.


DI SAAT  hati walang, kerana pokok pegaga dimakan belalang di lama rumah. Hijau bulat pegaga dah tak nampak, kecuali kesan-kesan gigitan. Ternampak ini. Alhamdulillah.. moga ada hikmahnya.




Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, July 30, 2013

Hari-hari yang penat, tetapi ada hikmahnya, Nasi kerabu sempoi


Salam kasih 21 Ramadhan,

Dah bayar P1. Internet laju sehari dua saja.... sekarang lambat balik.

Hari ini senang hati membasuh baju....air tak lagi melimpah dari lubang saliran air di belakang dapur.
Terkedu sekejap. :))
Bila mandi, air dari bilik air tidak lagi melimpah di lantai (macam takmo turun-turun). Alhamdulillah.
Bila membasuh di sinki, saliran air sinki ke lubang belakang tidak lagi berbunyi macam 'glup glup' sebab air nak naik.
^__^
Thank Hubby, sebab menyusahkan diri menuang asid di lubang belakang. Ayang tak berani... :)


*  Kami tinggalkan rumah sehari semalam, dan bermalam di Botanic. Bila balik tengah malam, air dah surut sedikit di lubangnya. Terus tuang asid 1 botol besar. Esok pagi, nak bersahur, saya rasa perjalanan air lancar.  Masuk ke hari ini, air belum lagi melimpah. :)   

*  Pagi ini.... saya ubah cara saya dgn menyempatkan diri solat 2 rakaat dulu sebelum melihat menu bersahur. Dah masuk 10 malam terakhir....


Jumaat

Berbuka : Inilah juadahnya, nasi kerabu ringkas + ayam percik mama.  Budu dan sambal cili pun tak disediakan . Bunga telang yang berbunga hanya 3 kuntum di musim ramadhan ini.... jadikla walaupun nasi tak jadi kaler biru! :D








Sabtu


- Jemputan berbuka di Concorde, Shah Alam. Disebabkan masalah saliran air, kira 2 hari tu, macam cuti masakla saya...
- Solat Isyak dan solat Terawikh yg mana sempat di masjid negeri.
- Gi PKNS, dan pasar malam baju raya di sekitar quality hotel (kalau tak silap).  Meninjau baju raya sampai 12.30 pagi. Di situlah saya membeli baju raya 'sambar' tahun lepas. :)


Ahad 

- Masalah lagi : Pintu apartment pula. Hubby keluar sekejap dan tombol pintu tiba2 rosak. Saya pula kat dalam. Apalagi... saya cemas dan otak pun blur. Lepas aksi korek tombol pintu- dapat bantuan jiran - tendang pintu - boleh buka lock pintu .

-  Bersahur :  dgn nasi goreng ayam mamak , :D  Beningnya bersahur dgn Hubby  lepas kejadian itu.  Peluk dia ketat-ketat.
Pagi itu, pergi kedai hardware , tempah pintu baru dan cari tombol pintu yg bagus sikit.  Lepas tu, sempat lagi pergi GM Klang. :D


Berbuka di Resipi Rahsia 

- Berbuka :  First time Hubby belanja makan kat luar sepanjang Ramadhan ini.  kami makan kat 'Resipi Rahsia'  kat The Curve.
 Saya recommmend secret recipy kat sini, sebab kalu ada meja, dorang akan reserved utk kita masa berbuka nanti.  Mereka bagitau menu mana yg cepat, menu mana lambat sikit.  Bajet masa 45 minit kami round the Curve,  sampai kat meja - menu berbuka dah terhidang. Senyum jer Hubby nampak makanan...hehe.  Habis RM50.  Pengalaman berbuka kat luar.
  
-   Lepas tu masuk Ikea, survey rak dan kabinet.  Memang terpaksa cari juga sebab nak kemaskan rumah. Duit raya dapat lambat, itulah yang nak beli last minute.... Malam itu saya perasan, ada beberapa orang pandang saya lama...  Er, nape tak tegur? 


Isnin

-  Sahur :  Makan roti saja, sebab terlepas bangun

-  Appointment :  Dgn lawyer apartment Botanic kat Klang, jadi pergi Klang lagi .  Insya Allah nak dapat geran rumah.

- Menang Glassware - beli pinggan dan serving dish sedikit. Loose item, jadi agak murah. :D

-  Berbuka :   Sempat singgah pasar ramadhan dan beli sedikit juadah ringan.  Tetapi akhirnya kami solat maghrib dan berbuka di masjid di kampung ara, makan yg ringan saja dekat area damansara tu.  Makan berat (nasi)  di damansara damai, Mahbub, tempat biasa.

-  Malam, lepas berbuka di masjid,  pergi Ikea sekali lagi, sambar rak buku 200cm tinggi,  dan rak kasut.  Alhamdulillah, bolehla kemas bilik.   Habis 200++


Selasa

-   Lauk pauk basah belum dibeli kerana sibuk ke sana ke mari.   Pagi ini makan lauk beli dan  masak nasi. Alhamdulillah.


*  Dalam terkejar membeli barang last minute (duit raya pun dapat last minute),  saya memang menyempatkan masa untuk itu, agar boleh fokus untuk 10 malam terakhir. Insya Allah,  saya dan Hubby cuba . Ameeen. Biarlah penat beberapa hari. Hanya hari minggu saja Hubby boleh meluangkan masa untuk kami keluar membeli barang-barang.















 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, July 26, 2013

Salam nuzul Quran, Doa, tempat bersedekah, pos biskut, mee cintan goreng.


Salam sejahtera,

Hampir separuh hari tiada internet. Inilah baru ada.

Apabila dapur mghadapi krisis, rasa tak seronok sangat. Pengalaman orang yg baru setahun pindah,
saluran sinki ke saluran belakang, tersumbat. Jadi keraplah melimpah di saluran belakang dekat dapur, semasa membasuh baju, membasuh yang banyak di sinki. Yg sikit2 tu, keluar jugalah.
Alhamdulillah, tiada bau yang busuk.  Bila tanya kontraktor, katanya mungkin pemaju terlupa nak cuci saliran sebelum menjual rumah. Ada lebihan simen kot.
Saya dok fikir kena pecah lantai dah.. tapi rasanya boleh dibersihkan lagi. Hubby beli asid  sekali lagi, kalau-kalau lebihan makanan.

Lupakan sekejap.


Kelmarin, sempatlah mencuba buat sate goreng lagi. Kami tak berbuka dgn nasi, buat sup ayam, rebus bihun, rebus beberapa biji nasi himpit, sambal kicap, sate goreng.
Kena dgn selera, Hubby bertambah-tambah makan. :D


1) Sempat print  yang di bawah tu : Doa-doa di waktu sahur- after tahajud, Insya Allah. Juga doa yang terpilih semasa waktu berbuka. Saya tebar alas plastik nak balut buku ke atas meja makan , dan selitkan di bawahnya alas. Saya letak kat tepi sudut yang Insya Allah terhindar dr ditindih pinggan mangkuk.  hehe.



Er, plastik alas meja yg dah 2 tahun.

2) Doa untuk mengingat malam 10 terakhir juga saya tampal di dinding. Dgn doa utk lailatulqadar sekali. Moga2 berjumpalah... Ameen.

3) Karpet, saya dah bentang satu lagi, harapnya sempatlah saya dan hubby Qiyam bersama... Ameen.

4) Insya Allah, nak ajak orang Iftar kat rumah. biarlah walau sekali.

5) Post biskut raya - hehe.  Alhamdulillah, kelmarin saya post biskut raya utk family kat Besut. 2 jenis kuih tart je. Beli.. Pihak pos berjanji nak letak sticker FRAGILE,  tetapi dia tak jamin la biskut tu selamat. Huhuhu.... Teringat, 3 tahun lepas saya hantar biskut dalam balang 3/4 jenis,  semuanya hancur takde rupa.  (Tahun itu, pulun saya buat biskut raya.....)
 Pakai poslaju juga, kata orang pos, salah saya sebab tak packing 'sendat' sikit.  :(
Tak apalah, dimaafkan. Cuma tahun ini, saya pack dalam kontak sendat2 dan suruh dorang letak fragile.  Doakan ia selamat ya? :))

6) Cari tempat bersedekah :
Insya Allah, setiap kali ke masjid harus kena bersedekah.
Kelmarin nampak ada satu gerai kat pasar Ramadhan bertulis : wanita berdikari Ibu-ibu tunggal. Dorang menjual kuih muih raya juga.  Hum, saya ingat nak beli dan beri lebihan duit untuk anak-anak yatim. Moga2 sempatlah saya membeli di situ....

7) Alhamdulillah, selepas merenung, membelek, membaca buku-buku resipi, hehe. Saya dah bersemangat balik nak menyediakan menu yang beresipi. Kalau tidak, asyik ulang resipi lama saja, yang saya ingat gitu-gitu. hehe. Biarlah nampak special sikit di hari2 terakhir Ramadhan ini. Ameen.




 Ini menu minggu lalu, tapi hari itu memang tak berbuka dgn nasi, buat mee ni. Guna mee kering cintan. 

MEE CINTAN GORENG

3 keping Mee kering cintan, celur dengan air panas suam jer.
Kisar 1/2 bawang besar, 3-4 tangkai cili kering yg dah lembut (saya rendam dgn air panas), 2 ulas bawang putih.
Potong sawi siap-siap dan bersihkan udang. 
Campur dalam mangkuk : kicap manis 1 sdb , 1sdb kicap masin, 1/2 sdb sos tiram. 
Tumiskan bahan kisar,masukkan kicap bercampur tadi, tambah sedikit air.
Tambah udang, dan batang sawi, kacau sekejap.
Masukkan mee,  dan daun sawi. Kacau sebati. 
Kalau tak cukup kicap, tambah kicap. Biar lebih kicap manis.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, July 25, 2013

Ulangkaji puasa kita : Ramadhan wall chart

Bismillah.
Wall chart yang panjang, tetapi bergrafik. Insya Allah, tak susah untuk kita buat revision.
Stay happy, active and positive!
Tarik nafas panjang-panjang....... imbas sekali lalu.... Check!

^__'



brotherhoodarts


Dah rasa penat, mendengat tazkirah di surau sepanjang waktu terawikh? hehe... kalu tidak, pergi jer ke surau yang buat 20 rakaat. Sure, laju jer.
Kita revisi balik, supaya bersemangat lagi nak 'menghidupkan' 15 hari lagi Ramadhan kita. Kewajipan berpuasa, bukan ikut-ikutan atau tradisi...



productive muslim tips to meaningful Ramadhan . klik newtab


TIMETABLE Ibadah . productivemuslim. klik newtab.


Ustaz kat surau siap suruh kami belek al Quran, tengok tafsir, ttg dalil berpuasa ke atas umat Islam. Keringanan utk orang sakit, tua, ibu mengandung dsbg.



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(Surah Al Baqarah: 183)

"O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, so that you may acquire Taqwa (piety)." [Al-Baqarah, 2:183]
Abu Hurairah reported that the Prophet (peace be upon him) said: "The blessed month has come to you. Allah has made fasting during it obligatory upon you. During it, the gates to Paradise are opened and the gates to hellfire are locked, and the devils are chained. There is a night [during this month] which is better than a thousand months. Whoever is deprived of its good is really deprived [of something great]."


R.A.M.A.D.H.A.N, penuh dengan pengertian

facebook

spreadsalam.



1. Ganjaran di bulan Ramadhan

Abu Hurairah reported the Messenger of Allah (peace be upon him) saying: "Allah said: 'Every action of the son of Adam is for him except fasting, for that is solely for Me. I give the reward for it.'"
Abu Hurairah reported that the Prophet (peace be upon him) said: "He who fasts in Ramadan due to Iman (faith) and hoping for reward from Allah then his previous sins are forgiven."


Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.(Surah As Syura:20)

"Whoever seeks the rewards of the Hereafter, we multiply the rewards for him. And whoever seeks the materials of this world, we give him there from, then he receives no share in the Hereafter." [Ash-Syura, 42:20]


brotherhoodarts

2. Banyakkan berdoa

Abu Hurairah has reported that the Prophet (peace be upon him) said: "The du'a of three persons is not refused: a fasting man when breaking the fast, a just ruler, and an oppressed person."

When you are fasting, and someone is impolite to you; say: "Inni sa'im, inni sa'im" (I am fasting, I am fasting)

The Prophet (SAW) taught us to say the following as much as possible, during the last nights of Ramadan: Allahumma innaka 'Afuwwoon, tuhibbul 'afwa f'afoo 'annii." ("O Allah, You are the most forgiving, You love to forgive, so forgive me.")

spreadsalam

 circleofhearts

3. Bersahur- Keberkatan waktu sahur. Berdoalah.

4. Berbuka

Upon breaking your fast the following du'a should be said:
Thahaba-atham'u wabtallatil 'uruqu wa thabat-al-ajru insha Allah.

The Messenger of Allah (peace be upon him) is reported to have said that one's worst weakness is one's belly. If you must eat, make sure you fill one third of your stomach with food, one third with water and leave one third for air i.e. leave it empty.

Jika mempunyai tetamu untuk iftar (berbuka). Minta tetamu mendoakan tuan rumah. Sunat menjamu hidangan berbuka kepada orang yg berpuasa.


5. Terawikh

The Ramadan nightly prayer has a special merit over other nights. The Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Whoever observes night prayer in Ramadan as an expression of his faith and to seek reward from Allah, his previous sins will be forgiven."


Surah al Qadr. Kebenaran tentang lailatul Qadar. Quranexplorer


6. Lailatul Qadar

Allah's Messenger (peace be upon him) used to practice I'tikaaf in the last ten nights and say: 'Seek out Laylatul Qadr in the (odd nights) of the last ten of Ramadan."
Abu Hurairah reported that the Prophet (peace be upon him), said: "Whoever prays during the 'Night of Qadr' with faith and hoping for its reward will have all of his previous sins forgiven."

Qiyamullail tips. productivemuslim. Klik newtab.

7. I'tikaf di masjid
- Bersolat malam

8. Perbuatan yang membatalkan puasa: makan dan minum dengan sengaja, bersetubuh, dsbg.


Sunnah semasa berpuasa.  Spreadsalam. klik newtab.


9. Digalakkan semasa bulan Ramadhan: mendengar atau membaca Al Quran, berzikir dan berdoa, sembahyang Terawikh, menjamu orang yg berpuasa, menjauhi sifat yang kurang baik seperti mengumpat, fitnah atau menipu. Digalakkan memberi sedekah dan bersikap pemurah.

10. Zakat Fitrah

Sunnah Hari Raya. productivemuslim. Klik newtab

11. Aidil Fitri (hari raya puasa): Disunatkan bertakbir pada malam hari raya, solat sunat dan melakukan perkara sunat pada hari raya seperti memakai baju baru dan solat aidil fitri.


Ringkasan dari : .missionislam.com, productivemuslim, circleofhearts, brotherhoodarts, spreadsalam,


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, July 24, 2013

mujahadah


Tiba-tiba mood sedih.

Makin kita berkeras dgn apa yang kita rasa, makin keras hati kita.
Bila tiba-tiba kita redha, " Tak apalah.... bukan rezeki aku".  Terus rasa nak menangis.
Biasanya begitu.

Saya sedang makan aiskrim buatan sendiri,
jus epalGa (epal dan pegaga) yang tak habis haritu, dibekukan. heheh.
......

:-)

Ingin bertadarus dgn Hubby, tapi dia dah tertidur.  Saya tahu, ia aktiviti keluarga yg baru, tak apalah.
Namun nak berbual?  Lagilah tak sempat.


Dia ada plan sendiri.... nak bangun pukul 2. 

Allah, besarnya peranan seorang isteri.
Mengharap, mengajukan, membentangkan keinginan kebersamaaan.
Bukan mudah membina kebersamaan dalam rumahtangga.
Kadang-kadang terasa sepi, letih untuk mengejar.

Kami dah bercadang tak mahu sibuk berniaga kerepek, tiba2 Hubby tukar plan.
Modal lagi. Masa lagi hendak dicurah.
Plan asal semuanya lari.... padahal sama-sama dah setuju.
Begitu kan, suami isteri?


Hendak ibadah sama-sama, kena ikut mood suami.
Hendak mmbeli barang pun , ikut style suami. 


Allah, seperti inikah perasaan ibu-ibu kita dahulu?
Mujahadah sepanjang masa.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monolog 15 Ramadhan




Astaghfirullah. Banyakkan istighfar semasa berpuasa.
Pagi ini, kesegaran kurang. Moody yg tak sudah.  Syukurlah hubby memahami. 
Masuk facebook, terbaca ini :

Daood Butt: 

Quick quick!

Run outside and look up at the sky!

Need a bigger sign from Allah that half the month of Ramadan has gone?

Dah 15  Ramadhan! huhu....

Soalan demi soalan tiba-tiba menjengah otak:

1.  At least, berapalah sangat ibadah yg saya sempat buat sepanjang awal  ke pertengahan ramadhan tahun ini?
Persediaan saya dah buat, tetapi terpulang pada situasilah, dan juga timetable Hubby. Takmo sorang ke timur, sorang ke barat.  Hendak menyamakan masa dan aktiviti family memang payah, mesti sesuaikan dgn rencana Hubby pula. huhu.  Tapi masih berjemaah maghrib.


 brotherhoodarts


2.   Pernah tak cecah high temperature ;your tantrum  ramadhan ini?
Errr...   saya akui, saya bukan super-wife.  huhu.

3.  Buka tv? Macam tak caya..... start awal Ramadhan, saya masih belum buka TV!

4.  Menjaga keberkatan sahur. Alhamdulillah. Masih bangun sahur.

5.  Menjaga makan minum secara homemade.
Tak semua, tetapi Alhamdulillah kebanyakan hari.  Ke pasar ramadhan pun sempat masa di banting.

6.  Mengurangkan kegiatan online?  
Saya tak bertwitter. facebook pun sekadar mncari aktiviti ilmiah.  blogging, Insya Allah dah susun jadual.  Menjenguk quranexplorer  kat internet juga, untuk melihat tafsir.  Menyusun menu ramadhan/kuihmuih raya juga.   Moga Allah memudahkan usaha saya..

7.  Du'a?
Doa untuk malam Lailatulqadar dah simpan.
Menjelang 10 akhir Ramadhan, harus tingkatkan usaha untuk Qiyamullail sendiri.
Oh, ya, pagi2 Sabtu dan Ahad ada Qiyamullail kat masjid Bkt Sentosa. Haritu, dah lupa!  Noted!


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, July 23, 2013

Nilai kasih dan sayang

Doa hari ini. Source: owhsomuslim FB.

Bismillah.
Sedih benar, jika  saya terdengar orang sanggup berhutang piutang, demi keselesaan isteri dan anak-anak.... tetapi tak sempat berikan sedikit duit belanja kepada parents.
Saya terdiam bila mendengar cerita seperti itu.

Saya tak tahu oranglain.
Kami juga berhutang, membeli rumah, kedai dan belanja  macam-macam. Tetapi duit belanja untk parent tetap kami sisihkan siap-siap. Macam kita sisihkan duit utk bayar bil segala.
Cukup tak cukup, sesusah mana keadaan, ibubapa tetap ada bahagian. 
Ia nilai kasih dan sayang.


Dalam hal ini, saya sentiasa mengingatkan diri...
Tanggungjawab 'nafkah' tetap jatuh kepada anak lelaki.
Sbg isteri, harus ada tolak-ansur...bukan setakat menjaga keperluan rumahtangga sendiri. Itu mementingkan diri, namanya...


Saya  maklum jika ada parents berharap kepada anak-anak perempuan untuk mmberi duit belanja. Tetapi melepaskan mereka dari perkara itu lebih baik untuk menyelamatkan mereka dari mncari duit dgn cara yg salah. Anak perempuan tetap perlu dilindungi sehinggalah mereka dikahwinkan.


Itulah harapan saya kepada adik-adik lelaki.. tak kira yg kandung, mahupun ipar.  Jagalah 'pemberian' kepada ibubapa. Jagalah hak saudara perempuan....



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Ramadhan diary 8 - 14


Alhamdulillah.
Bertemu lagi. Sajer buat nota muka ni lambat sikit sebab nak test line internet. :)

Tadarus? Kami banyak kegiatan luar baru-baru ini... namun Alhamdulillah. Sementara menunggu waktu berbuka di KL, kami berehat di taman tasik titiwangsa.
Terasa nikmatnya, kami berdua membaca al Quran bersama. Saya mengikut juzuk yg hubby baca.
Lompat juzuk da.
^__^

Dulu rasa malu nak membaca al Quran di tempat awam. Tetapi sejak belajar, kita dah rasa mudah nak mengaji kat mana-mana. Lebih2 lagi... bulan Ramadhan yg juga bulan al Quran. Nuzul al Quran, 26hb, Jumaat ni dah. Cuma kena guna tefon la, sebab bukan sepanjang masa ada wuduk. Tingin nak bertadarus dgn Hubby. Tapi belum sempat di rumah... kat tgah jalan pun, jadilah! hehe.



Al Quran notes:

(Klik newtab utk saiz besar.
Source: http://www.quranexplorer.com/ )



سُوۡرَةُ البَقَرَة  ٢٠٢-٢٠١
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. (201) Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya. (202)



سُوۡرَةُ البَقَرَة  ٢١٤
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (214)


سُوۡرَةُ البَقَرَة ٢١٦- ٢١٥
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (215)
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)



Ramadhan Diary

Cooking :

Rabu
Day 8 -  Sahur
Nasi putih, Tomyam ayam + carrot + jagung muda, Telur dadar.  itu jer. :)

Day 8 -  Iftar (berbuka)
Nasi putih, gulai ikan aya, sotong tumis cili dgn nestum,  air jus tembikai.

Khamis 
Day 9 - Sahur
Nasi putih, ikan aya recyle dijadikan ikan masak kicap,  tomyam ayam, telur dadar.


Day 9 -  Iftar (berbuka)

Jumaat
Day 10 - Sahur


Day 10 -  Iftar (berbuka)
kurma dan air di dalam kereta, rumah mak Banting

Sabtu 
Day 11 - Sahur

Day 11 - Iftar (berbuka)
Menghadiri jemputan Iftar. Menu saya nasi arab, sedikit kambing bakar, beberapa cucuk sate, dessert dan banyak buah-buahan.

Ahad 
Day 12 - Sahur

Day 12 -  Iftar (berbuka)
Menghadiri jemputan iftar. 


Isnin
Day 13 -  Sahur
nasi putih, ayam goreng berempah, sup sayur kangkung + udang.

Day 13 -  Iftar (berbuka)
Simple, dah tak cukup bahan masak. Nasi putih, ikan bakar, kerabu pegaga, jus epalGa ( epal campur pegaga, ;)
 
Selasa
Day 14 - Sahur

Selasa
Day 14 - Iftar (berbuka)
Nasi putih, ayam masak kicap, kentang bercili api, buah limau + mangga.


 All weekly checklist :  Saya semak setiap hari  Isnin/Selasa - Klik SINI


Ramadhan Daily Checklist day 14  :

☐    Mesti buat : Basuh dan jemur baju, lipat baju, kemas rak pakaian.

☐    Mesti buat : Cuci sinki dan kemas dapur.   Selasa, Khamis, Sabtu hari kutipan sampah - buang sampah awal pagi.

☐    Mesti buat: Exercise Session -

☐    Mesti buat: Siram pokok.

☐    Daily Quick cleaning -

☐    Baca al Quran bersama quranexplorer - target khatam , bookmark di situ. Atau bookmark je.

☐   Tanda fasting tracker (ramadhan calendar)  - senang nak ingat berapa hari kita boleh puasa, berapa hari tinggal sebab uzur.

☐    Ramadhan control Journal bersiri- Ikut program ramadhanplanner.wordpress
 *     Flylady ramadhan- mengurus rumahtangga.
 *    Siri 3 bulan Ramadhan :   http://ramadhanplanner.wordpress.com/2013/07/21/ramadhan-planners-weekly-selections-1434-jul-21-jul-27-2013/
 *    Siri 2 
 *    Siri 1

☐   Print   Ramadhan battle planner - second 10 days, last 10 days.
 *    Check your ibadah.
 *    Insya Allah, ia akan organize masa kita. Ada reminder.


   Timetable :
*     Manage time berdasarkan waktu Solat - cth Fajr (Subuh) baca al quran, Zohor.
*     Productive Muslimahs plan their days around their salah.   Using this worksheet, your salah gets top priority on your schedule. Productivemuslim recommend working on the daily planner during the previous night, so that you wake up with your schedule in place.

    Daily Jannahsteps  reminder- Start a family Halaqah.  Not yet!
or send your neighbour a gift?


Blogger planner 
    Draft  isu atau info, nama masakan yang kita nak post. Jadi, kita dapat hint apa yang nak ditulis atau dicatat.
*     draft :  malam - 7am. 
*     Take your time ;)  Selang seli dengan Solat, jemur baju, suami nak pegi kerja...
*     Schedule: pagi ramadhan diary, petang sikit  recipy, Insya Allah malam naseeha/hadis yang baru dipelajari.  (kalau internet laju...huhuh)

To Do  :

☐    Start a family Halaqah

☐    Sediakan masakan utk jiran/ ramadhan gift sekali harung.  Maybe boleh buat sedikit juadah dan paketkan. Hantar ke semua jiran.

    Shopping List
* pasaraya (baking supply for iftar and Eid , gift), add up for each trip, clothes, home improvement etc. )
* Groceries for iftar and suhoor meals, Eid (bakul Eid), bakul Ramadhan.


   Ramadhan/Raya budget
Track your Spending printables for Ramadhan/Raya season. Usual bills juga tulis pada copy no2.
*   Isnin - Pay Day for usual bills
*   Jumaat/ Sabtu - Pay Day for Ramadhan/Raya session - Utility bills Adenium/ botanic/ season square, CCards.
*   Groceries
*   Kenduri my bro in law.
*   Raya sadaqah for parents.





Nota Kuliah dimasjid al Mukarramah :

Dari ibnu umar r.a, nabi saw. bersabda : 

" Jadikanlah solat witir, akhir dari solat malam kalian. " (HR. Imam Bukhari no 998, muslim 1791, ahmad 4710, abu daud 1440, ibnu khuzaimah 1082 dan nasa'i)
Perantara: Syeih Nuruddin al banjari, kitab Bintang yang bersinar.

Sumber Doodle: wanhazel


Alhamdulillah ya Allah..
Terima kasih buat visitor dan teman2 yang masih sudi berkunjung.




╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, July 21, 2013

Dah 12 hari



Bismillah,

Alhamdulillah. Dah 12 hari kita berpuasa.

Jujur?
Banyak juga ibadah yang dicita-citakan tertinggal. Padahal saya sebenarnya mahu mengejar masa sebab apabila uzur nanti,  kita dah terkurang masa. Lailatul qadar? Belum tentu lagi kita berjumpa.
Doakan sajalah...

Jumaat lalu, balik ke kampung Hubby lagi. Bertambah satu cerita. Dari asalnya tidak mahu berniaga, Hubby akhirnya memesan 15 kilo kerepek. Ngaa..  Berkejarlah kami mengambil stok kerepek, di samping mencuci rumah di Botanic dan pulang ke rumah orangtua Hubby.

Kemarin.
Alhamdulillah, rezeki ada orang yang belanja  kami  berbuka di Holiday Inn.  Sakit kepala sebenarnya masa tu tapi gagahkan juga sebab meja dah ditempah. Makan?  Alhamdulillah, ambil lauk kambing, nasi sedikit, beberapa cucuk sate, dessert dan banyak buah-buahan. Itu sajalah. Taklah 'menketedarah' kata orang... Itu bahagian sayalah, Hubby lain... hehe.   Petang ni, pun ada lagi jemputan berbuka. 
Allah, bilalah Hubby mahukan saya buat jamuan iftar kat rumah sendiri? Rasa senang hati hendak bersedekah.



Cerita sentiasa bertambah. Kisah sentiasa berubah. Saya ada berjanji hendak share nota kuliah malam dgn syeikh di masjid al Mukarramah. Tetapi sayangnya, petang ini hendak berbelanja sedikit... lalu berbuka di KL.  Tidur sekarang, dah cukup... sebab kuliah dah selesai, hehe. Masa tu, kami sama-sama berterawih kat rumah saja, dan rehat, sebab harus ke kuliah lagi. Sekarang, dah habis... syeikh pun akan balik ke Bogor pula.

Itulah kegiatan ilmiah kami. Tak tahulah bila lagi akan ada di bulan ramadhan ini..
Kelas ilmiah, itu selingan. Ibadah... ibadah... itu yang utama. Nak kumpul pahala banyak2.
Ingin berdoa banyak2..

Pagi tadi, sibuk membasuh baju, mengemas dsbg..
Salam kasih sayang buat teman-teman blogger yg dihormati. Kami keluar rumah dulu, ya.


Source photos : Owhsomuslim



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers