Bismillah,
Saya tidak mahu berasa beku. Saya jg tiada apa kepentingan.
Mengenangkan adik perempuan yang tiba2 menjadi tunangan orang, setelah lama mereka berhubung jarak jauh, membuatkan hati ini tersasar juga. Mengenang adik sendiri, membuat saya mengenang kehidupan sendiri... Padahal sayalah yg mnggesa2 mereka meneruskan tahap perhubungan agar lebih BERKAH sifatnya.
Saya tau, saya bukanlah kakak idol yang mampu menunjukkan segala yg bagus dan lengkap utk ditunjukkan kepada adik yg bakal mnjadi pengantin baru...
Saya hanya melangkah kaki ke dunia perhubungan yg sah, hanya inginkan Mardhatillah.. Pasti, ada cengkam bisu, sedikit tekanan dr pihak keluarga. Yg mngharapkan segalanya lengkap sprt oranglain juga.... Saya juga yg berkata, Apa yang ada sajalah. Lgpun saya bukanlah bekerjaya besar, kenapa pula harus berbelanja majlis besar dan mengikut-ikut orang.
Cuma tanpa sedar, saya melangkah ke Dunia Baru yang sangat berbeza. Kiri kanan belakang depan bagai mendesak-desak rumahtangga kami, mengikut-ikut oranglain juga. AH.... Cara hidup orang di bandar besar ini sangat berbeza. Cara family suami juga berbeza.... Tidak sama dgn hidup ala kadar yg family saya amalkan. Yala, kemampuan juga berbeza bukan?
Susah benar saya menahan rasa dan telinga dari mndengar cakap-cakap orang yg bergaya-gaya. :)
Tetapi saya tetapkan pendirian. Saya ikutkan suami juga yang sentiasa berjimat-cermat utk mmbayar rumah /kedai yang dilaburkannya. Tidak perlulah terlalu mengikut apa yg disarankan orang, kitalah yg tahu saiz sendiri, kita tahu keinginan sendiri...
Sebelum ini, dah banyak juga tips yang saya curahkan di blog ini . Ada rutin seorang isteri, ada bajet awal tahun, ada situasi berdepan dgn masalah. Hal rumahtangga ini, saya terpaksa pandai2 sendiri kerana saya berjauhan dr Mama. Hubby yang kerap pulang ke Banting, saya mngambil peluang belajar cara hidup orang2 Jawa dan pergaulan mereka. Mengetahui masakan apa yg suami makan bersama keluarganya. Dan ada masa, corak masakan saya mula terikut-ikut cara my MIL.
Tetapi itu hanya permulaannya, kerana kemudian barulah saya mula mereka-reka cara sendiri.
Namun saya bersyukur ada tempat belajar ttg kehidupan suami, berbanding orglain yg tiada ibubapa mertua.
Saya mncari penyesuaian dalam lelah, kasih-sayang, menjiwai. Itu satu pengujian CINTA. Saya tidak pernah lupa, saya ini orang pantai timur. Cuma pandangan saya, seorang isteri harus menyediakan masakan sesuai dgn selera suami, tetapi haruslah dipelbagaikan kerana suami juag harus belajar masakan baharu. :))
Source gambar, Nayzak Devianarts.
Oklah, kita terus kepada tipsnya. Utk adik-adik perempuanku :
1. Niatkan kerana Allah dan mndapat
Mardhatillah. Kita akan berharap pasangan kita melengkapkan kesunyian hati kita, bahkan paling penting juga baik utk agama kita, yakni tidak menjauhkan kita drpd Allah. Dr sembahyang, jadi tak sembhyang contohnya.
2. Tiada benda yang perfect.
- Hatta kehidupan yang kita lalui atau apa yg kita ada selama ini, yang kita anggap ianya perfect, TAK semestinya oranglain juga menganggap ia perfect. Kita rasa ia perfect sebab kita dah biasa dgn keadaan itu dan tiada apa yg merumitkan.
Kita sendiri hendak melihat wajah kita pun, memerlukan cermin bukan?
Kadang2 orang menegur, baru kita sedar yg sikap kita begitu bukan?
# Tentang ingin bernikah, berlakulah adil terhadap keluarga yg lain.
Meskipun kita dah cinta separuh mati terhadap si dia, ambil kira jugalah pendapat ahli keluarga yg lain. Jika kita masih dgn pilihan kita, maka mintalah mereka mendoakan kita dan pasangan. Jangan bertelagah pendapat dan membesarkan perkara. Kekalkan begitu meskipun setelah berkahwin.
3. Memberi kasih-sayang. PENTING.
- Kita memasuki alam keluarga suami, maka berikanlah kasih-sayang kepada mereka yang disayangi suami. JANGAN kita hanya mahu menerima, itu mementingkan diri namanya. Banyakkan menyebar dan memberi kasih-sayang.
4. Memberi dan menerima Kasih-sayang.
Tunjak utama pernikahan ialah kasih-sayang. Bermula dr cinta dalam hati, shg kepada CARA kita meluahkan kasih-sayang. Tidak dinafikan nasihat pertama yg seorang makcik berikan kpd saya sms saya seorang gadis, ialah " Layanan isteri terhadap suaminya di atas katil harus
'super hebat'. " Saya tertunduk mendengarnya. Tetapi matanya ikhlas sambil berbisik. Katanya, jangan pernah menolak, layani suami seikhlas mungkin. Hikmahnya lagi, sejauh suami itu pergi pun, dia akan pulang juga utk mencari kita, isteri, sebagai tempat melunaskan perasaanya sebagai lelaki.
* Bahkan, itulah saranan ulamak semasa bercerita ttg bab Munakahat dalam kuliah. Suami, harus menunaikan tanggjwb batin dgn sempurna, kerana ia dapat menjaga mata dan nafsunya semasa berada di luar. Isteri juga, harus berusaha melayani suami. Kalu suami kata 'nak' saja, bersihkan diri dan jangan bagi alasan bukan-bukan.
* Namun haram isteri melayani suami semasa haidhnya, kecualilah sekadar bermesra. Trmasuk juga di siang hari bulan Ramadhan.
* Hum, belajarlah mandi wajib dgn sempurna.
5. Keluarga mertua
- Bukan semua orang ditakdirkan mmpunyai mertua. Meski pahit manis, bersyukurlah. Mertua sebenarnya jalan pintas untuk kita tahu tentang sejarah dan cara hidup suami. Jadi, banyakkanlah belajar memerhati dan mendengar. :)
6. Jadilah diri sendiri.
- Kita takkan dapat lari dari dikomen orang. Lebih2 lagi dr keluarga baru, itu pasti. Bersabarlah sebanyak mungkin dalam proses mengenali itu, dan berusahalah memperkenalkan diri kita. Jikapun ada masa kita berdepan dgn masam muka atau tenung-tenung manja kerana cara keluarga yg berbeza, lekaslah membuang perasaan 'kelat' di hati. Jadikanlah suami sebagai peneman diri...
sebab sokongan suami itu AMAT perlu. Insya Allah, cara mengawal hati itulah yg memudahkan proses berkenalan.
# Jangan mudah marah, atau memberontak di hadapan sesiapa. Menunjukkan sikap buruk, belum tentu orang akan menerima. Tetapi jika seseornag itu melihat sikap kita yg paling buruk, dan tidak kisah ttgnya, itulah orang yg boleh kita jadikan sahabat/ teman.
7. Mengalah
- Tiada ruginya mengalah. Dgn itu kita mudah redha menerima kelainan, kekurangan mahupun kelebihan seseorang.
8. RAJIN
- Seseorg pernah memberitahu saya, Jangan terlebih rajin- nanti kena buli.:)
Terlebih rajin tu pada saya, hehe, kalau kita melangar cara atau
suka suki menyusun atur tanpa bertanya sesiapa. Dan
suka suki mengarah itu ini kerana kita rasa kita super pandai. Itulah terlebih rajin. Jikapun seseorang itu hanya menolong-nolong, itu sekadar utk 'menambah tangan' agar kerja menjadi ringan. Sifat belas kasih, dan ingin membantu.
# Mahu menolong.
# Mahu belajar.
# Tetapkan niatmu dan ambil kira jualah sensitiviti oranglain.
9. Hindarkan
- Hindarkan mendengar atau mengambil tahu cerita yg tidak bersangkut paut dalam hal membina kasih-sayang, kerana, ia akan merosakkan pandangan kita terhadap keluarga suami. Kadangkala ada masalah keluarga yg kita baru ketahui. Jadi, ingatlah sebenarnya
TIDAK semua benda yg kita patut tahu. Lekaslah beredar dr tempat perbincangan itu.
* JAGALAH HATI DARI SUUZZON.
10. Berlaku Adil antara family sendiri dengan mertua.
- Mengapa? Family kita lebih mengenal diri kita dan akan menyokong kita walau apa jua. Family suami pula ialah family baru yang wajib kita kasihi.
Layanan itu harus sama, walau kadar dan tahapnya berbeza. Hendak menjaga hati kedua family, tidak pula harus mengorbankan perasaan sendiri.
# Ingatlah, suami dan anak-anak itu adalah AMANAH utk kita dan lebih memerlukan kita. Pandai-pandailah membawa diri..
11. Belajarlah utk Qanaah (berpuas hati dgn apa yg ada)
- Kadangkala, orang akan menafsirkan kita ini 'tidak pandai' berhias-hias diri, atau menyusun atur rumah. Penilaian yg tidak adil, bukan? Itulah, insan mudah menafsir pandangan luarannya. Sbg wanita, lekaslah kita mmbuang detik hati sprt itu apabila melihat keadaan orglain. Sebagai isteri, tidak mudah bermujahadah melawan nafsu dr melihat katalog Courts, iklan tv, pameran, sales kat Tesco dsbg.
# Namun satu saja, TERUSKAN BERMUJAHADAH. Jika inginkan sesuatu, menyimpan dahulu supaya suami tidak pening kepala atau menggunakan sistem Beli Dahulu Bayar Kemudian. Itu kaedah lebih selamat, Insya Allah.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────