Bagus tips ni.
https://www.facebook.com/share/p/1BXdB1k61z/
Saya dan suami pergi bazar terpanjang. sampai sana hujan sgt lebat, tapi ttp tak patah semangat 😅. Risau jugak ribut.
Saya lihat, rata2 peniaga mmg semangat berniaga, ada banner cantik2 dan segala yg dalam tips ni hampir semua ada. Saya tak mintak deal pun biarpun beli masa tgh hujan dan dah pukul 7..
Tapi, tapi,
Bila berbuka, air soya rasa smokey...macam hangit. Nasib baik berbuka kat masjid, tumpang air teh masjid..
Murtabak, takde rasa..
Kuih pelita tepung cair sangat macam tak masak..huhu. Makan dengan harapan hilang kempunan.
faham puasa.. masak tak rasa.
faham kadang retail balik atau vendor sahaja...
Yg sedap spaghetti, nasi uzbekistan ke rasanya mcm nasi daging kmbing. kuih benderam..
Tips membeli kena spend duit beli macam2 jenis, karang melopong. 😁. Kitanya selera orang tua2 ..
Makan pun sekejap je sbb nak solat maghrib, tak habis lepas smayang tarawih nak moreh.. begitulah biasanya. Cepat2 simpan dalam peti ais, takut rosak.
Cuma perasan tiap gerai signature ada, tapi, pelbagai makanan atas rak. Speciality kita nak tuju tu.. Kalau kedai nasi beriani kan pelbagai masakan beriani ... Kedai sup, pelbagai sup. Ini jadi rambang mata, tak macam pasar malam, last2 lalu je takut nak beli. Kitanya nak cepat..
Tak ada apa, teringat susah pergi bazar, nak ajak suami, jenuh ajak, hahah, itupun terlajak jalan jomlah kita jalan kat bazar. Orang kata makan kena bersyukurlah rezki yg dapat.
Yang pasti, sekali-sekala pergi bazar, seronok. 😊. Terakhir, tolong, pls, beri sudu dan garfu, haritu straw pun tak dapat. Kita tak tau customer makan kat mana..
24 feb 2026
*personal use only
*personal for my blog and fb only.
Mysweetlife-nurindah.
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment