Soalan.
Satu ketika, saya dapat persoalan dari seorang teman sekelas, berbangsa india, sambut krismas. Satu soalan tentang cuti, yg sebenarnya saya tak ada jawapan. Tapi saya cuba juga cari jawapan..
Saya tau, kawan2 serumahnya mengadu pasal gambar (for praying) yg diletak di atas meja. Tapi dia seorang yg sopan, pandai bergaya dan suka berkawan. Saya kasihan padanya, kerana saya tak ada jawapan yg betul untuk soal cuti perayaan tu.
Ada teman serumah, orang sabah, tiap hari ahad pergi gereja. Dan dia bergaya seperti orang Islam.. ramai yang tak tau.
Ada sorang kawan lagi, manis orangnya, duk dengan family, orang brahmin tak silap. Selalu tanya saya soalan2 pelajaran. Sebab dalam pelajaran ada matapelajaran agama islam.
Sorang lagi kawan Sabah, orang kadazan. Pun baik2.
Bagi saya, orang yg tegas dan berterus terang tu lebih baik. Kita mudah kenal dia, dan dia kenal kita juga.
~~~~~
Ekstrim.
Ada rakan2 melayu yang ekstrim sikit, ada rakan2 lain yang biasa saja. Saya...cuba sesuaikan diri dengan kehidupan baru. Dulu saya sekolah agama arab sampai ting 5, full duduk asrama perempuan. Dikelilingi suasana agama yg kuat dari ustaz ustazah.
Tapi bila keluar, saya belajar bergaul.
Adakah sebarang bentuk ketidakadilan? Saya tak sebut apa2. Sebab saya sendiri dari keluarga melayu yang penerima zakat.. Adik2 nak belajar nak guna duit. Sendiri belajar nak guna duit. Cuti atau tak, tak ada beza, naik kereta atau bas banyak beza.. Naik bas, kena jalan kaki dekat berkm nak sampai rumah...
Sebab tu dah kawin ni, saya pilih rumah dekat2 jalan besar.. chinese india malay semua ada kat sini. Sebab depan kedai, masuk dalam sikit rumah2 teres. Tak apalah keluarga cakap rumah kecik... Saya tak fikirkan oranglain, fikir diri sendiri susah ke apa senang panggil teksi.
Bila suami cakap ada tempat yang ekstrim, saya doa agar dijauhkan pilih tempat tu.. Kita tak boleh mengubah sesuatu tempat, tapi kita boleh ubah dalam diri kita.
~~~~
Jauh.
Kalau boleh saya jauhkan dari hal2 yang... sbb kadang masalah dari kita sendiri. Rasa bahagia kita, boleh terpalit pada oranglain. Begitu juga rasa sedih, amarah, kesal pun boleh terpalit pada oranglain.
Ya, ada orang yg tak kisah oranglain, tak fikir perasaan oranglain. Ada orang suka memerli bila kita tak buat macam dia... Ada orang suka merendahkan bila kita tak punya macam dia. Ada orang suka marah dan menyakiti hati. Sama spt keluarga, rambut sama, dari darah yg sama, tapi perangai lain2.
Sekarang dekat 4 years saya tak tonjol diri
Suami tak sihat, balik keja selalu rasa tak sihat. Saya pula sibuk dengan cucuk sana sini sbb Ivf... jaga diri je. Saya cuma selalu berbagi... hadiah, buah tangan.. Anehnya orang boleh cakap macam2 in condition of my husband... Suami tak sihat, gigil drive nak pergi majlis hariraya, ada pergi ada tak pergi. Bila tak pergi kena kata. Tak jemput dah kita. Pada masa tu, saya cakap, dah sampai masanya pilih kawan...
Dulu masa suami sihat dan agak berlebih duit, kami tak berkira. Saya selalu berbagi... slalu masak dan jamu.. Suami pun tak berkira keluar bila2 diajak.
Benar ada yang berkira time kami susah... malu rasa nak ingat... ia berlaku time suami tengah tak sihat dan gaji tak naik. With my sleepless night over the years when my husband sick. Saya pun mula tak sihat. Saya tak larat. Saya dengar je saya dipermalukan dan dikata. Saya tahu manusia ada needs...
Sekarang suami agak stabil. Tiba2 rasa diperlukan. Diajak. Disuruh buat itu ini.
Ada batas untuk segalanya.
~~~~
Sampai waktunya.
Bila tiba waktunya. Kita duk diam2 saja... Asal tak buat salah atau aniaya orang, biarla apa orang nak buat. Kalau bukan untuk mereka pun, untuk diri kita.
Cuma saya selalu ingatkan adik2, kita tak hidup sorang, bukan kau kau aku aku. Bila keluar rumah ada mata. Bila tinggal rumah, khabarlah kat jiran. Bila ada apa2, jangan lupa orang sekeliling. Kena bersyukur ada orang biarpun mereka tak tanya khabar kita. Ada perumpamaan mereka yg duk sorang diri mudah dimakan serigala. Kalau boleh, pilihlah persekitaran yg sihat.
Nak bahagia tu, tak bergantung dgn orang... Kita akan jumpa banyak hal yang tak membahagiakan kita. Tapi senyum jugakla. 😊
* my personal blog and fb.
* for my personal use only.
Mysweelife-nurindah.
🌷🌷
13 feb 2026.
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────


No comments:
Post a Comment