Bismillah, Assalamualaikum wr wbkth,
Akhirnya saya di sini, di cyber cafe, dan menulis sesuatu. Jika ada sesiapa yang berasa saya akan menulis sesuatu yang panjang, percayalah, saya tak mampu menulis sekarang ini. Nak cepat-cepat. :)
Apa ya? Terima kasih bagi yang mengucap tahniah kepada kami. Mengharung perjalnan sehingga saat ini, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Meskipun, kita tidak lari dari komen-komen orang, itu satu kemungkinan yang kita tak mampu tepis. Tetapi percayalah, jika kita saling menghormati antara satu sama lain, Insya Allah, kita mampu menjaga perhubungan.
Aneh, kita yang mahu menjaga Qanaah, tetapi ada saja ajakan dari sekeliling saya ini yang mahukan saya bermimpi itu dan ini. Bukankah Qanaah itu suatu yang indah? dan tidak membebankan sang suami? Ya, saya tidak bersolek, tidak mahu berpakaian cantik-cantik, tidak mahu membeli barang-barang rumah yang tersangat baik kualitinya, bukanlah sebab tidak mahu membeli. Nama lagi membeli, kan? Harus BERJIMAT sebelum MEMBELI. Benar gitu,kan?
Alhamdulillah, saya tidak lupa tarikh kemerdekaan lalu, bermakna kami merdeka dari menyewa rumah oranglain. Puas hati? Ya!
17 Sept, hadiah hari jadi terbesar saya tahun ini ialah rumah kami. Selamat hari lahir buat Ika, arah.blogspot. Selamat ulangtahun juga buat Ika sayang...
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────