bila mendengar orang tua-tua bercakap ttg impian mereka, cerita mereka.... kita tumpang seronok. sebab kita belum merasai pengalaman orang tua2. walaupun mula bercakap ttg harta pusaka, kita masih mengawal hati kita dan perasaan kita dari rasa tamak haloba. Allah....Kita jangan sibukkan Harta Orang.
Tetapi, apabila kita disoal, dibandingkan, didesak untuk buat macam2 yg mungkin mereka saja yg rasa betul. Kita akan rasa lebih kita tak duduk dengan mereka dari awal.
Nak jaga hati sendiri.
bila mndengar kawan2 sebaya bercakap-cakap ttg gaya hidup mereka, kita senyum tumpang gembira. mereka bercakap besar ttg anak2 mereka, kesenangan hidup mereka, kita buang jauh2 rasa hasad dan iri hati.
Tetapi, apabila mereka mula membandingkan diri kita, komplen diri kita, kita rasa lebih baik kalau kita tak kenal Dia.
Nak jaga hati dari bersifat keduniaan bukannya mudah. Kita nak kaya...tapi kita kena pandai nak kaya. Mama pernah cakap, kalau ada duit, buatlah apa yg kita mahu. tapi kalau tak ada cash dalam tangan.... duduk Diam-diam.
Kalau nak tempah susah, berhutang, tapi pandailah bayar... Siapa kata berhutang itu Tak susahkan diri? Kami kalau boleh nak guna cash semua. :). Aci ?
Kita nakkan macam yg oranglain ada.... tapi rezeki setiap orang tak sama. kita dah blajar sungguh2, tapi rezeki bukan dlm bidang tu. kita dah berubat macam2, tapi hakikat Allah belum beri izin utk sembuh, kita nakkan anak ramai macam org ada tapi rezeki tak ada. Jangan sedih.
Masa kami mula kahwin....dalam rumah takde ape pun. Saya tak sedih pn masa tu. Saya pakai baju raya tahun lepas utk raya, takde kesan pun bila kena kritik suami hang takde duit beli baju raya?
Anehnya bila masa tu hati kita tak kotor...baru nak kenal dunia orang dewasa.
Copyright © 2015

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment