APABILA
~ Apabila hati tertanya-tanya, kenapa kita harus sentiasa menerima kelemahan dan kesilapan oranglain, tetapi mereka tidak mahu menerima kelemahan kita?
Adakala, hati begitu sukar menerima kelemahan diri, apa lagi oranglain bukan? Sentiasalah merendah diri dan menjadi bunga yg mewangikan taman... bukan yang menghulurkan duri yg ada pd tubuh. Tidak rugi sedikitpun berbuat begitu.
(Biarpun tidak lagi remaja periang, tetapi sudah ada kedut di bibir mata,;)
nurindah@2015
~ Apabila hati berkata, untuk apa berkorban sedangkan orang akan tetap melupakan?
Allah takkan lupakan kita, kecuali kita melupakanNya. Biarpun oranglain berbuat begitu, kita tak harus buat sprt mereka. Tapi, pilihlah orang2 yang layak menerima pengorbananmu...supaya titis airmata darahmu berbaloi. Pilihan di tangan kita, biarlah Allah yg menentukan kesudahannya.
~ Apabila hati ingin melupakan tapi tidak mampu?
Ada benda yg Allah taqdirkan utk hambaNya. sebagai hamba yg mesti pasrah dalam ujian dan liku. Kerang di laut sentiasa menangis sblm mencipta mutiara di dalam mulutnya. Biar kita kelihatan tak elok di mata orang, namun, berdoalah selalu, kerana Allah suka hamba yang berusaha dan yang meminta-minta dr TuhanNya.
notaCintaNurindah@2015
(klik kanan utk saiz pic yang besar :)

Copyright © 2015

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment