Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Tuesday, March 6, 2012

Kembang kuncup

Bismillah. Kelmarin, saya sempat poskan barang utk customer. Saya dah sign dan tulis slip. Suami tinggalkan saya di kereta, lalu dia mngeposnya sendiri.. Muka saya merah dan sembap hasil sedu-sedan. Malunya.. tiada apa yg lebih bodoh dr menunjukkan kita lemah di hdpn orglain. Semua orang nak kelihatan KUAT, kan?

Terima kasih tidak terhingga buat semua, atas komen-komen utk post kelmarin. Rasa syahdu dan tenang yg brcampur baur..


Saya tau, Doc itu tidak brmaksud 'mncederakan' sesiapa. Caranya begitu. Cuma masanya tak kena, jd ceramahnya masuk di hati. Bukan kepala. Bila malam itu, saya waras sedikit dah. Saya berfikir yg baik-baik. Saya ambik point yg baik saja dr Doc itu.

Si suami berkata , pandanglah ke hadapan. Lupakan benda yg dah lepas. Fikirkan kita nak buat apa selepas ni.

PANDUAN

^__^ Saya pernah katakan padanya, satu panduan yg saya baca. Jika kita nak khusyuk di dalam solat, semasa kita baca ayat pertama, kita cuba ingat ayat kedua. Ingat apa ayat seterusnya. Buat begitu shg habis bacaan al Fatihah atau surah kita. Insya Allah, kita akan lebih khusyuk di dalam Solat. Utk hafal tafsir bacaan, payah sikit kan? Cubalah cara ini. Saya dah cuba, memang menjadi...

Benar suamiku, saya rasa lapang bila saya fokus, aim (ada tujuan dan target). Saya tidak mahu kelihatan lesu. Lesu mmbuatkan perut dan badan sakit jer. ;) Saya mahu kelihatan ceria. Suami mana yg suka melihat isteri dalam keadaan sedih dan murung selalu? Saya ingin mnjaga diri baik-baik..


Bila isteri tensen, suamilah yg pujuk. Sebab isteri suka meluah-luahkan. Kalau suami tensen, memang payah nak tau isi hatinya, susah jg nak pujuk. Suami akan kelihatan diam dan murung. Jadi.. jauhilah mnjadikan suami tensen. ;)

Allah... Syeikh Nuruddin ada cakap. Jika menziarahi orang sakit, buatlah dia gembira. Jangan bagi kata 'kesian' dan bercerita hal-hal yg mnyeramkan dia. Itu juga satu kebajikan, yg mgkin mmberi syafaat di akhirat kelak. Agaknya, begitulah panduannya utk merawat orang sakit?

Adeh... saya mula teringat kata-kata kakak Jiran kelmarin. Katanya... jiran hujung sekali yg meninggal dunia dahulu, sebab sakit Denggi.  Gulp! Dan badan saya dah merah-merah, kerana sedang berperang dgn Nyamuk banyak di dlm rumah. Puas dah cari lopak air dan spray racun serangga. Adeh, rasa Hati dah kembang kuncup!

Nota Nurindah: Dah pergi report JMB apartment. Cuaca yg panas mmg mmbantu lopak air dr saluran trsumbat itu kering. Bila hujan, bertakungla balik. Sabar je... dah siap beli ubat jentik-jentik dan jaring nyamuk utk dipasang kat tingkap. Nasib tak beli kelambu jer.... kalu tidak, tentu kelihatan saaangat romantik kan? :D



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, March 5, 2012

Luka



Di masa sekolah menengah dahulu, ada 2 orang guru ERT (ekonomi rumahtangga), yg mengajar menjahit-jahit, dan memasak. Satu hari, guru A telah mengata guru B di hadapan kami semasa sesi kelas di bilik ERT. Katanya, guru B tidak mnjaga kebersihan pakaian anak-anaknya sedangkan dia guru sains rumahtangga. Dia mmpertikaikan guru B dan menyebut JELAS kelemahan beliau di hadapan semua di dalam kelas.

Saya tidak faham, kenapa ramai juga rakan sekelas saya tiba-tiba ketawa dan mengejek-ejek guru B. Saya rasa itu tidak patut...

Saya meneliti, memang benar, Anak-anak guru B sering bermain di kawasan taman sekolah menunggu ibunya habis kerja. Dan tudung dan pakaian mereka memang selalu kelihatan comot dan berbau sedikit.

Satu hari, saya melihat guru B menangis tersedu-sedan seorang diri. Saya kasihan melihat dia. barangkali ada masalah, sbb itu anaknya terbiar. Jika patut, kenapa guru A tidak membantu temannya itu? Menegur kasar dan mengejek, tidak membantu sesiapapun.

Itulah hati saya masa tu, hati budak sekolah yg takut memahami isu orang dewasa.


Luka si Kaki Bangku

Saya pernah disindir dan diejek, kerana tidak pandai drive, masa suami saya operation yg lalu. Sedangkan selama ini, orang yg kenal saya mmg tahu saya tidak drive dan tiada siapa nak bangkitkan isu itu.

Bila suami saya operation lutut, ramai juga yg dok TORTURE emosi saya. Kata mereka, saya tidak kesiankan suami, tidak berdikari, dan segalanya. Mereka membanding-banding saya dgn oranglain. Apa yg mereka takutkan? Risau kami akan menyusahkan mereka? Suami saya diam jer, dan dia hanya minta saya lupakan semua kata orang itu. Saya bukannya cacat, sampai tak mahu belajar drive? Hati saya tidak sekecil itu. Mengapa ada saja orang yg berani mmperkecilkan oranglain? Saya hanya akur dgn keputusan suami yg lebih suka mmbawa keretanya sendiri. Lagi, Hubby berpesan... saya takkan mampu memenuhi kehendak semua orang..


Luka seorang patient

Siang tadi saya ke klinik panel. Saya ingin mengambil sedikit ubat. Saya cuma bertanya bbrpa soalan yg berlegar di fikiran ttg sakit saya. Tetapi doc pula menyindir saya di hadapan suami kata saya ni mudah risau. Bertanya pun salah ke? Kemudian, dia tanya lagi soalan ttg kami ada anak ke belum. Suami saya tenang saja mnjawab. Lepas tu, dia cakap, saya ni tak mula langkah pertama nak berusaha, bla bla... Semuanya macam menimpa saya seorang saja.  Apa ni, Doc?. Sejak bila saya mintak consultation about FERTILITY ? Allah...

Masa lepas solat zohor yg agak lewat, 3.30, saya tersedu sorang-sorang. Kenapa semua salahkan saya? Suami bertanya risau. Sebab saya sedang tak sihat. Katanya, Doc itu bekas doc kerajaan, memang caranya begitu. Saya memang tenang, tapi saya sedih... Saya lambat PICK-UP katanya itu. Katanya saya ni manja dan tidak mahu berusaha. Kenapa la, saya terlalu melayan orang yg sikapnya macam tu? Saya berbual seikhlas hati, tapi kenapa Hati saya berasa, dia merendahkan saya pula. Meskipun dia ada mmberi no tefon seorang pakar sakit gynaecologist kenalannya, hati saya sangat tawar sangat... terima kasih jerla doktor.

Allah... Besar sangatkah Dosa saya kerana mengalah dan menurut kata suami, sehingga saya dipandang begitu oleh orang? Suami saya baru setahun setengah after operation? Kaki baru elok dan kuat? Kenapa saya nak membebani dia lagi dgn perubatan saya yg entah apa lagi? Tanyalah Hati, sampai hatikah?.....kalaulah saya mndapat anak secara smulajadi, tidaklah saya mndera perasaan sendiri.

Duit memang boleh dicari. Tapi masa, kelelahan, fokus, perlu ada. Nak dapatkan anak, bukan sebab terdesak takut itu dan ini. Anak ialah satu Rahmat, juga satu amanah Allah. Suami saya lebih penting utk diberi perhatian. Rahmat dan keadilan Allah itu sentiasa ada...

Nota: Tidak tahulah apa perasaan saya sekarang. Tapi saya takkan tergamak nak mmperkecilkan oranglain seperti yg saya alami. Sekalipun saya  biasa menegur oranglain, hanya family, yg saya kenal rapat. Dalam direct, atau tidak direct. Bukan oranglain yg kita tak tahu masalahnya apa.


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

You cannot give from an empty cup!



Assalamualaikum,

:) Buat apa tu?
Saya banyak urusan dalam bbrapa minggu ni. Tak lalu nak blogging. Tapi saya tetap menjengok yg mana sempat. Hari ni, macam nak berbicara sikit.

Saya merenung diri. nak kata saya ni tidak cukup kasih sayang, ibubapa amat memanjakan saya semasa kanak-kanak. Bila besar saja, mereka fokus pada adik-adik pula. Itu tidak mengapalah. Bila dah kawen, mereka nak fokus pada cucu pula. Kita pun dah tidak dimanjakan lagi dah. Itu keadaan biasa. Kita semua juga akan melalui jalan hidup yg sama... menuju masa tua.

Saya rasa diri dah tua,kot. Siap pakai losyen muka lagi. Seblum ini taknak pakai pun, rasa diri sentiasa 'suci' dari noda make up. heheh. padahal saya memang tak berasa selesa bermekap. Saya juga takut memikirkan ramai kenalan dan kawan yg mukanya berbintat kerana selalu salah memilih set muka , pencuci atau mekap. Amat sensitif kerana dah pakai macam2 mask dan pemutih . Lagi kita bertambah Usia, lagi menurun paras estrogen kita. Itu juga benar dan hal kulit menjadi masalah utama..

Saya cuma makan jamu pil dan multivitamin. Dan buat check up. Dan rasa nak rajinkan senaman utk tulang dan keleturan otot. Baru-baru ni, saya kerap tersentap dan trseliuh. Bagus sangat sangatla tuh! :D

Bila memasuki usia 30-an ini, saya harus cepat, harus gerak pantas. Bagaimana? Gerak kaki seorang isteri tidak sebesar suami. Kita takde lesen besar utk itu. Apalagi, redha dan redha. Kita ada lesen telefon dan email kan? Apa lagi... minta la bantuan suku-sakat  kita, heheh! Jangan pendam masalah 'sengsorang'. Tapi jangan bagi suami tensen pula, tak baik.. :)

Saya selalu fikir, nak anak, nak anak. Tapi saya lihat sekitar saya, bila dah ramai anak, mereka mula sangat rajin mncari peluang nak kumpul duit saving, dan mula melupakan diri sendiri.

Ever heard the saying "If the mamma is not happy, then no-one is happy?" or perhaps another version: "You cannot give from an empty cup!"

http://www.homeschool-curriculum-for-life.com/content-woman.html

Macam itu jugalah, dengan situasi kita sebagai Isteri kepada suaminya. Harap-harap saya mnjadi orang yg berguna. :)


Nota Nurindah: Sahabat yang baik tidak akan melukai perasaan sahabatnya. Tetapi dia takkan berbohong jika apabila sahabatnya itu bertanya. Dialah yg paling jujur dalam kata-katanya. Kerana dalam susah senangmu sekalipun, dia tetap ada dengan tangan terbuka.



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers