Subhanallah,hari ini, khutbah ttg kepimpinan dan amanah bapa dlm menjaga rumahtgga.
maafkn saya. Tiba2 teringat byk perkara yg saya belajar dr prsekitaran.
Saya sudah tiada bapa sejak 3 tahun lalu. moga...ini sedikit membantu suami dlm kepimpinannya pd masa hadapan.
Catatan ini dari kacamata saya....
Kisah anak dewasa
Apabila seseorang bapa itu tiba2 mahu berubah kpd lebih sempurna, lalu mahu mengatur anak-anak yg sudahpun dewasa, mengikut acuannya yg dirasakan mengikut tuntutan agama dan adat keluarga...
......
anakku dah dewasa, dia sprt diriku.
Apabila anak-anak telah lepas dari pergantungan dari ibubapa, belum tentu dia akan mengikut kita bulat-bulat. Biarpun dipaksa. Dia ada guru sendiri, pendirian sendiri dan kehidupan sendiri.
Dlm kepimpinan,
Pertama, tunjukkan Tauladan, bukan ceritakan kelemahan (masalah) kita.
Jadi Pendengar. Bukan pengkomen.
Jadi Pemerhati, bukan pemarah.
Bapa harus teliti dgn masalah dan kesilapan anak. Tak harus emosional, kerana si ibu akan mengikut utk emosional.
Jangan menyokong kesilapan anak, atau TERLALU backup kewangan anak. Strict utk anak lelaki sahaja. Anak perempuan, bapalah Pelindung.
Moga suamiku nanti mmpu mnjadi tauladan yg baik. bercakap dgn nada dan sikap yg baik.
Pengalaman saya dgn adik-beradik;
Anak perempuan, mudah menurut, mudah taat. Tapi hatinya mudah terluka. bila hatinya terluka, sifat kelakuannya akan berbeza. Apalagi jika dia dikasari. Tetapi dia menurut juga krn ibubapa adalah walinya.
Selepas kahwin, ketaatannya akn berubah sbb memang begitu sifat cinta seorang perempuan. Jika kita ingin anak perempuan kita menteladani ketaatan si ibu, redhakan dia. Jangan susahkan hatinya, kerana anak perempuan lebih bersifat belas kasihan, walaupun dia tampak keras.
Anak lelaki, mudah menurut kemahuan ibunya. Tetapi jika ibu pernah berbohong, selalu buat trick yg kurang logik supaya anak sentiasa mentaatinya, takut si anak akan hilang kepercayaan. Atau ibu dan bapa membuat keputusan yg tidak menghormati egonya, dia mungkin akan memberontak atau diam tapi membuat hal di belakang.
Akhir, anak lelaki tak perlukan wali.
Jd Bapa harus memahami ego anak lelaki, krn dia lelaki.
UBATNYA, Saling menghormati, menjaga perasaan satu sama lain.
Moga bapa2 mmpu mnjadi tauladan yg baik. bercakap dgn nada dan sikap yg baik.
nurindah@2015
No comments:
Post a Comment