Salam sayang, teman2 blogger,
Saje nak update menu ni. malam kemarin punya, hehe. Pilih2 gambar yg elok akhirnya tertangguh.
Dah lama tak makan style ni...cair je kuahnya. kalau tak silap masa kecik pernah makan kat kampung. Masa round fb, ternampak ayam masak lemak camni, mertuanya buat. Rupa masak lemak tu, kuahnya santan cair je. Resipi biasa kn pekat2. Saya pun dah lupa style ni.
Saya try je tumis, utk dapatkan minyak tu. Kemudian ia akan brcampur minyak dr ayam. Buat pedas taruk gula skit. Tak sangka jadi.. Menghirup saya. Pagi tadi balen kuahnya saya campur dgn nasi skit. Macam bubur...pergh!
Hubby macam biasa, katanya sedap! Malam td ada menu sotong goreng tepung bestari dgn ulam..
Tp tak over macam saya la... Saya kan nostalgik skit. hehe.
Cara cincai je:
Ayam 4-5 ketul.
Kisar kasar : 3 bawang kecik/ suku bawang besar, 2 ulas bawang putih, halia, 1 serai hiris skit. Serai selebihnya diketuk.
4 cili padi diketuk
1 asam keping
gula, garam
santan cair/sedikit santan kotak
daun kunyit jika mahu.
perasa jika mahu.
Caranya:
Panaskn minyak dlm periuk, tumis bahan kisar dan serai shg naik bau.
Kemudian masukkn ayam, gaul skejap sebati. Baru masukkn air paras ayam. Dan santan cair secukupnya/ sedikit santan pekat. Biar didih.
Masukkn garam, 1 asam keping, sedikit gula. Kecilkn sikit api dan tutup periuk. Biar ia mereneh sampai ayam masak dan keluar minyak skit.
😁 nurindah©2015
No comments:
Post a Comment