sumber grafik: owhsomuslim.com.
Kepentingan pada diri setiap orang itu, berbeza.
Ada orang pentingkan saudara-mara. Ada yg pentingkan perhatian suami, Ada yg pentingkan anak-anak. Ada yg sangat mendahulukan perasaan ibu dan bapa, ada yg mementingkan kawan-kawan... tak kurang yg mementingkan diri sendiri.
Saya tidak menolak kepentingan semua itu. Walaupun sering 'dimomokkan' supaya mengikut pelbagai pendapat. Saya susah nak menyatakan apa-apa. Bila cakap, sah-sah kita kena marah, :)
Mengikut apa yg rasulullah saw ajar, ada orang yg berhak terhadap diri kita. Cuma bagaimana diri kitalah, mendahulukan siapa. SAMA ADA kita berlebih-lebih dalam mendahulukan seseorang dengan nafsu, emosi, atau Lillah Taala.
Saya jarang melihat apa yg oranglain pentingkan, kecualilah persekitaran orang2 kesayangan di sisi saya. Cuma, adakala, saya cuba memahami supaya pergaulan dgn orangluar itu lebih baik. Bukan dengan bersangka-sangka. Bab bersangka-sangka ni, adakala bisikan syaitan lebih mencucuk kepada suuzzon daripada husnuzzon .
Ramai, yang mementingkan sesuatu/seseorang, mengikut Ilmu yg mereka ada. Tiada apa yg salah tentang itu, :) sebab ilmu sentiasa perlu ditambah, mengikut persekitaran, pertambahan usia, pengalaman. Hum, bila berasa suami sangat penting, semua diturutkan tanpa ilmu. Bila rasa ibubapa sangat mulia, semua diturutkan tanpa berfikir. Bila rasa anak-anak pendahulu di atas senarai, semua kehendak anak akan diturutkan tanpa berfikir panjang.
Sebab sering diam, sering orang mendesak saya mengikut pendapat2 mereka, tak ikut, tak boleh geng. Ish..BUKANNYA kita tak tahu apa-apa. Kalu follow pun bukan sebab kita sependapat.
Tetapi ia kerana ada perkara yg kita suka tentang dia. Jadi, semua kekurangan nampak kecil.
:) Cukuplah bertentang pendapat, berbahas. Lagi berdosa jika menjadi batu api, sekadar mahu orang menyokong kita. Adakala kita ikut dia, adakala dia ikut kita. Ilmu, dan pengalaman berbeza2.
p/s: Namun belajar pengalaman orang, dan melihat sempadan dan tauladan orang, TIDAK bermakna hidup kita juga akan berakhir seperti itu. Usah menakutkan diri sendiri, atau berlagak tahu.
Berdoalah, supaya jalan hidup kita sentiasa betul.
Copyright © 2015
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment