Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, November 26, 2010

Buku...buku..buku.. diskaun..(rambang mata dah ;)

Salam sejahtera,

:) Wat pe tu? Arini mr hubby cuti. Petang, nak gi kelas GM Teoh. Jadi saya tak bole mengadap laptop ni lelama. Dah deal kitaorang camtu :D.

Ha.. nak bagitau ni, kalu ada sape2 lom tau. Bagi peminat buku dan penduduk selangor dan KL.
PTS akan mengadakan jualan hujung minggu Esok, 27 Nov 2010. Kat Batu Caves. Klik sini: http://pts.com.my/index.php/berita/jualan-hujung/

Diskaun 25% untuk semua BUKU.

Yang ni saya happy lalala, kan.. sebab kat PWTC masa pesta buku aritu, paling banyak dapat 10-15% jer. Kalu 20-25%, mau buku yang lama skit. Pastu dekat luar, jualan pengedar buku yang saya survey, maximum 15% diskaun, 20-25% jarang2 ada.... Saya minat buku2 memasak. Buat koleksi... kihkih.

Oh! Ya, saya terjumpa video PTS, rancangan senangnya memasak kak Hanieliza. Sajer buat cuci mata pagi2 dan menambah keinginan memasak. :))
(video ni lambat skit loading, tunggu la abes dowload dulu, baru tekan PLAY)





Thursday, November 25, 2010

Kopi masin dan sandwich masin...

Baru hari ini meluangkan masa. Apa khabar semua? Saya ni tak muncul2 dari hari raya hingga selepas raya, ya? Memang nak kena piat2 telinga ni, kan? (Dah tadah telinga ni). Banyak kejadian berlaku, dari temankan hubby yang balik raya melapah lembu korban, berjalan sana sini, adik datang bercuti, hinggalah projek terbaru kami. Maklumlah di akhir2 tahun ini, banyak2 kira2 perlu dibuat, di samping projek baru. Insya Allah.... Sememangnya bbrp hari ini di hadapan laptop, tetapi mmbuat kerja lain. Nak menjenguk blog sendiri pun dah tak lalu. huhu... Hari ini, saya pastikan menjenguk blog saya dulu, dgn tenaga fresh lagi. :D


Er.... Tajuk Hari ini, saya membuat sandwich masin.. huhu. Patutnya sandwich tak letak garam,kan? Saya letak cubit2 jer, intinya tuna bercampur mayonis, diilapisi pula roti bersapu majerin (seperti gambar di atas). Saya buatkan hubby bekal tadi. huhuhu. Naseb baik ada skit balance dan saya rasa. Cepat2 nelefon hubby, mitak maaf. Katanya tidak mengapa :((

Saya teringat pula, satu cerita di iluvislam.com tentang satu kisah cinta Kopi Masin. Baru hari ini saya rasakan. Saya copy di sini untuk share bersama, ya....

Aduh.... saya terbayang2 wajah kelat My hubby menggigit sandwich yang saya bubuh garam itu... huhuk..

Kisah Cinta Kopi Masin

Kolumnis: Ahmad Izwan Nordin merupakan salah seorang co-founder iLuvislam.com. Kini menuntut di University of Leicester, United Kingdom dalam bidang perubatan.

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.

Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.

Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.

Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ahmad Izwan Nordin merupakan salah seorang co-founder iLuvislam.com. Kini menuntut di University of Leicester, United Kingdom dalam bidang perubatan.

Saturday, November 13, 2010

When you count down your age

When you count down your age

Baru balik dari Besut. :) Semua dgn plan my hubby. Mula2 risau juga. Kalu cuti skarang, nanti cuti raya haji tak dapat. Tapi my hubby cakap, dah bagitau parents dia. Raya haji cuma boleh cuti sehari jer. Staff kena kerja keras siapkan projek masa kilang shutdown. Jadi, not bcoz of me... Alhamdulillah. Terima kasih, sbb balik bersama saya.. :D

Next year, I'm 30, my husband is 34. Harta boleh dicari, tapi anak hanya dgn rezeki Allah jua.
Last night 'sembang-sembang'. In our room.

abang nak jadi jutawan.
Me... ngangguk.
Bila dah kaya, jangan lupakan saya ya.. (gurau)
bila dah kaya, jangan cari bini sorang lagi, nanti dia akan habiskan harta abang pulak. Dah tak jadi jutawan dah.. (gurau lagi)
Macam mana kalu harta kita tak habis-habis... (defend sang suami pula)
saya sengih jer.
Let's see....
Umur umat nabi Muhammad tak panjang... maximum 60 tahun jer. Macam my abah, 77 tahun. Itupun kira dah rezeki, panjang umurnya. Umur abang dah 34 tahun depan. Tambah 20 tahun, habiss bayar rumah botanic pada umur 54 tahun. Kedai pula, tambah 30 tahun, habis bayaran pada umur 64 tahun.Umur macam tu, biasanya badan sakit2... dan dah tak kuat kerja. All loans, termasuk maintenance, cukai tanah, cukai pintu... around RM1,500 kena spare Monthly. Itu belum tambah kalu nak tukar Kereta atau nak beli rumah lain. Kalu ada anak pun, takkan nak suruh anak2 bayar Loan kita.
Harta yang tak habis2 biasanya, Harta Keturunan. Anak raja atau anak hartawan lainla. Kerja mereka cuma menambah harta yang sedia ada, atau kalu ditarah2 pun, satu keturunan masih tak habis. Kita bukan ada harta keturunan.
And...you still have around 15-20 years to be a Millionair... My Dear.... Agaknya bila ya abang dapat kumpul harta yang tak habis-habis tu? (Saya sekadar mengingatkan diri dan my dear hubby..)

Dear sayang.... I'm trying to be Qanaah, a beloved wife. Bersyukur dgn rezeki yang kita dapat. Sikit ker, banyak yang abang bagi pada saya. Kalu dapat sikit, kita kurangkan belanja. Kalu dapat lebih, kita tambahkan amalan dgn mmberi pada ibubapa atau sedekah pada asnaf zakat. Still... duit kita masih sebanyak itu, kan? Jumlahnya masih sama.
Saya tak kecewa. Yang saya harapkan duit yang ada BERKAH. DOA yang berpanjangan dari ibubapa dan mereka yang pernah dibantu. Dan saya tak mengharap benda yang tak ada... Moga Allah tetapkan Iman kami, dan panjangkan usia kasih-sayang kami...


Saturday, November 6, 2010

Moist Orange Mocha Brownies


Salam sejahtera,

Sesi kedua hari ini. Berjanji ngan hubby untuk buat muffin, menghabiskan susu dalam esbok. Tetapi, blom jumpa resipi yang sesuai. Akhirnya terbuat yang ini : Moist Orange Mocha Brownies. :)) Terliur kak Mas buat tayangan aritu siap bertopping. Saya buat brownies ni tanpa telur, sbb tiada stok. Kacau ngan whisk jer. Still Menjadi.

Me? Dalam semangat yang down beberapa hari ini, susah.. sangat nak UP balik. Akhirnya saya belek2 majalah masak2, dan terus capai tepung, minyak masak, dll... dalam 15 minit, siap kacau brownies ni. As... tak perlu sukat2 gram sbb pakai cawan, kan? hihihi. Yang dalam bekas panjang, saya bakar dalam 30 minit 175c. Dalam cup, 15-20 minit 175c.

Dengar khabar, banjir besar di utara, Kedah. Moga mangsa banjir tabah selalu. Teringat adik Nurul di Jitra. Dahla tengah Exam. Mungkin bakal balik raya ke Besut tak lama lagi. Ya Allah, janganlah banjir di perjalanannya nnati.

Terima kasih banyak2 buat teman2 yang concern dan bertanya khabar. Selamat berehat di hujung minggu. Insya Allah, bertemu kembali nanti. Terima kasih banyak2 diucapkan buat empunya resipi dan yang kakak2 yang baik hati buat tayangan aritu. Kak mas, muaah! copy resipi ek. :D







MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES

Nurindah: sebab telur tak ada stok, saya buat tanpa telur.. still menjadi.
Empunya Resipi asal: Chef Hanieliza
Ditambah oleh: Kak Maz Ilham dapur
Copy dari: Kak Mas Duniaku

Bahan A : (nurindah: saya kacau Adunan menggunakan whisk)

* 1 cawan butter cair / minyak masak (nurindah: saya guna minyak masak)
* 1 cawan susu cair
* 2 cawan gula perang
* 1 cawan air panas
* 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas - ni maz tambah sendiri (nurindah: guna nescafe flavour)
* 2 - 3 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri

Bahan B : (kacau rata) - maz guna wisk

* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 biji telur gred B

Bahan C : ( ayakkan )

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan serbuk koko
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara - cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit/ 15 minit (mengikut oven anda).
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit. - maz bakar 30 minit dengan suhu 150 C, sbb loyang cutter nipis je..jadi kek cepat masak..ni oven maz la ye..
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping (nurindah: saya tak buat)

* 250 gm coklat masakan
* 1 sudu besar butter
* 1 sudu kecil susu cair

Cara-cara untuk topping :

1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.


Wednesday, November 3, 2010

Hai... :))

Salam sejahtera buat smua... Hai....
As usual, lepas my hubby demam,... saya pula yang jatuh demam.. :)).  Dah 4 hari.. Sajer malas nak info pasal kesihatan saya. Kalu mr hubby tak sihat, saya akan info kat blog, sbb my MIL ada masa singgah ke blog saya.

Saya faham, bila kita sakit ni, kita mudah rindu pada ibu kita. Sepertimana saya sndiri rindu pada mama saya dalam 4 hari ni, saya juga faham my hubby ingin perhatian dari ibunya juga. sbb tu, saya jadikan blog ni sbg info :)) Oh! Ya, Mr hubby bukan macam saya, dia tak suka bercerita hal personal kat blog, maupun facebook. Saya pun dibenarkan blogging dgn pantauannya. Dan saya suka ketegasannya. At least, my hubby jadi bodyguard supaya saya tak lagha, ya tak?

Saya pun segan nak tepon mengadu kat mertua. Yang pasti, ubat dah ada... cuma macam biasa, cara tradisi saya akan buat sprt lap kepala, tengkuk dgn tuala basah, sapu vicks kat dada, bagi minum teh earl panas (ahmad tea london). Sebab my hubby ada sejarah asma masa kecik2. Cara itu akan mngurangkan kepanasan dan sesak dada . My hubby demam kuat paling tinggi 2 hari je, pastu dah kurang.. sbb dia kerap demam dlm stahun. walaupun tiap2 hari makan vitamin C.

Saya pula.. paling susah demam, tapi panjang sungguh masa nak sembuh. Berat kepala sepanjang hari, tidur meracau2, badan sakit semua.. paling tak tahan, my hubby yang kena buat kerja rumah, belikan makanan. hahaha... kesian my hubby. Pinggan mangkuk brtumpuk2 dalam sinki sbb dia pun tak larat, baru kebah demam kan? Takpela, kira timbal balik la tu.. yang kelemahan saya, dia top up. Kelemahan suami, saya yang cover.

Okla, cau dulu ek. Kepala dah ringan skit. sbb tu bole menulis ngan otak yang waras ni. :D

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────