Assalamualaikum,
Ini patty ikan. Saya tengok caranya dalam Menu Alam, tapi bahan saya campur saja. Ikan direbus, ambil isi. Kentang direbus dan lenyek. Kedua kentang dan ikan dicampur garam, serbuk lada hitam ajishio , nak campur sayur sagat, silakan. Bentukkan menjadi patty. Celup ke dalam bancuhan tepung gandum cair, celup telur yang dipukul, dan golek atas breadcrumbs. Walaupun lembik sikit, bila dah goreng, kulitnya rangup tapi dalamnya lembut sangat. Cicahla sos cili Life.
Hubby cakap, macam takoyaki yang kat Jusco. HAH? Jangan terpedaya. ;)
Tak taulah...
Antara fe'el saya, saya suka mengimbau kenangan. Banyak yg saya jadikan tauladan atau jadikan sempadan.
Saya terkenang-kenang satu masa, apabila saya telah memasak puding marble (roti dicampur agar-agar). Sebelum itu saya telah memasak puding roti dgn kuah kastard dalam jumlah yang banyak, dan banyaklah lebihan roti, lalu saya blend dan didih bersama agar-agar. Alkisahnya...
hehehe..
Kami terbawa puding tu ke tempat saudara mara hubby yg sdg merewang kenduri. Saya diam saja, takut-takut. Seorang saudara jauh telah bertanyakan resipi. Saya berasa malu dgn kuih oter yang saya buat. hehe.
Saya kata, " Itu puding roti marble, resipi dari internet" Saya cuba berlaku ramah.
Kemudian makcik tu cakap dia tak tau nak cari internet lepas tu dia kata resipinya apa.
Sikap saya masa tu, saya akan diam dan berfikir sejenak. Saya resah bila orang mendesak sedangkan masa saya masak pun, saya tengok resipi! Aduh, manalah ingat dalam situasi macam ni.
Tiba-tiba makcik tu cakap, "Tak baik tau kalu kita kedekut resipi dan panjang jugala kata-katanya , dihadapan semua jiran sekampung. Sampai saya berasa semua orang memandang saya.
Llaaah!
Saya terdiam. Sempat lagi makcik tu bersangka begitu pada saya. Malu saya.
Dahla mertua ada kat situ.
Satu lagi sikap saya, saya malas nak berlawan cakap dgn orangtua. Takut mgkin disalah anggap kita ni apa-apa.... Mujurlah my MIL cover saya, dan saya akan tuliskan resipi untuk makcik itu. Besoknya, saya serahkan. Tapi sungguh! Saya dah tak mahu dekat dengannya lagi... hehehe.
Sepanjang beresipi ni, saya tahu kita harus berlapang dada kerana mungkin ada orang sukakan resipi kita. Ada yg tidak. Bahkan akan cakap terus terang pun ada, pandai je kondem orang, pastu tuduh orang bagi resipi yang salah. hehe, *sambil geleng kepala*.
Selera kita, tak sama dgn selera dia.
Janganlah salahkan resipi kan.
Pernah saya beritau seseorang semasa mengajarnya membuat buat kuih putri ayu. " Resipi dalam internet, cara dia tidak semua yg diberitahu dgn sangat detail. Sukatan, biasanya betul..... Step resipi tu, mungkin ada yg kurang detail. Macam kuih ni, dia tak beritahu guna mixer sederhana atau maximum kan ataupun sekembang mana ? ". Resipi percuma, haruslah terima seadanya, dan berterima kasih. Berlapang dada lah. Ia juga sama jika resipi majalah.
It is up to you. Cuma jangan terus eksperimen. Kalau bahan-bahannya mahal, kaji dulu, baru eksperimen. Sukat sebahagian dulu dan cuba buat . Harus try banyak resipi untuk mencari mana yang 'serasi' dgn kita. Macam pilih minyak wangi... Sebetulnya, peniaga hanya menggunakan 1 resipi yg mereka selesa untuk satu jenis kuih.
Atau buat adik2 yang baru pandai memasak, janganlah bangga diri kan, shg kita berasa masakan oranglain tak setanding kita. Pengalaman bertahun, berbeza dgn pandai memasak makanan popular dalam masa setahun. Sering saya lihat, adik yang dah mula pandai masak dan berjualan, mula tinggi diri. Dah tak makan teguran orang lebih tua. ( Maksudnya teguran yang membina lah :)
Tapi, kalu memasak di hadapan mertua tu lain... hehehe. Harus ada sedikit tinggi diri, hehehe. Eh, yakin diri.
Supaya kita yakin nak menunjukkan skill yang kita ada, kalu tak ada pun kita belajar senyap-senyap dan tunjukkan . Harus, ada kenalan saya yang semuanya mertua dia nak ajarkan, kerana dia berasa menantunya tak pandai menunjukkan skill. Semua kerana kenalan saya tu lebih mahu mengalah dgn orang lebih tua.
Aduh! Mana nak letak airmuka MAK kita?
Kita bukan bawa diri kita je dalam family suami, tapi air muka parents kita sekali tau!
Yang dah bermenantu, apalagi, kalu dengar besan kita mula mencanang kepandaian menantu lain, tapi bukan mencanang kepandaian anak kita? Huhu...
Takmo, takmo.
Memasak bukan saja skill, atau memasak yang popular sahaja. Ia makan masa.
Atau memasak yg main campak campak saja. Yg main campak garam gula tu, memang dah tau sukatan secubit tu bape gram. Ada yg boleh sukat bahan baking guna sudu makan jer, sbb dah biasa sukat guna sudu teh. Kan?
PRACTICE MAKES PERFECT.
Yang tak pandai, tapi rajin meningkatkan skill, Insya Allah akan pandai.
cubalah masuk exam kalu tak pernah rajin menjawab kertas soalan. hehe.
Satu lagi, untuk adik-adikku sayang yang baru berjinak memasak... jangan pandang rendah kpd sesuatu resipi. Ini pengalaman kakak. Kita mungkin pandang jer, tapi kita tak kata. Berblog bukanlah semata-mata nak menunjukkan kepandaian. Tetapi ia motivasi untuk kita berkarya dalam masakan. Ia seperti karya seni. Lebih-lebih lagi, bila kita suka bereksperimen.
Merendahlah diri...selalu-selalu :)
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗─────
║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║─────
║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND──
║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD
║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥────
╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────