Alhamdulillah.
Ya, baru faham sedikit cara dunia traders.
Patutlah pengalaman berniaga tshirt muslimah dahulu tak berapa nak untung.. (tujuan saya nak menjalankan syarikat. Gaji langsung tak ambil ).
Hubby yg jual repacking kerepek pun dapat untung hari-hari. tinggal dlm opis- nak balik kerja, ambil ringgit2. Satu, sbb org kenal dia. Saya lebih kpd ambik untung agen pasaran online.
Kalu modal kecil --> cari stokis.
macam kita cari cosway, bukan cari pembuat cosway. smile emoticon Dah boleh blaja dr sistem syarikat antarabangsa.
Marketing sekarang mmg 'melebar sayapnya' secara online. Orang boleh cari supplier/pengilang secara online.
Pembekal/pengilang mgkin tak layan pembelian try and error dan bajet kecil.
Sebab tu tak hairan pembelian awal dari pengilang rm600 ke ribu-ribu. tapi kalu tak pandai cari pasaran...modal hangus.
((Namun ada jg pengusaha kecil, yg boleh bagi untung lebih kat kita sbb sayapnya baru nak melebar :))
sebab STOKIS ---> pun bermula dari agen.
Hidup harus bertahap-tahap kalu ingin berniaga.
Nak kuasai pasaran jg bukan mudah.
Paling penting tahu mcamana sistem stokis/pembkal kita itu berjalan. Jenis yg buat demo ke/ yg suka mencari pasaran tender ke/ yg boleh ajar marketing/ yg tawarkan dropship (tak perlu simpan stok) / yang nak kita ambik stok dulu ke.
Dan macammana mereka membantu/support kita. Saya pernah terkena pembekal buat online sales jauh lebih murah dari harga bagi kat agen sbb mereka nak habiskan stok gudang. Lama pulak promotion tu..
Ingat -> Untung agen sgt lbih rendah kerana modalnya pun rendah. Sesapa pun boleh jd agen. Kena banyakkan sales. Dah kuasai pasaran baru boleh upgrade.
NAK MULA
Kenal pasaran-->apa kehendak pengguna/orang sekitar yg nak dipasarkan.
baru mula dgn apa yg ada. cari network -->luaskan pasaran ---> upgrade/ ada pengembangan smile emoticon
Jadi agen adalah utk starters. kualiti pembuat yg jaga, harga pembuat yg jaga, network ada kalu produk terkenal.
NAK MULA produk sendiri, kena buat dari O. buat produk, jaga kualiti, jaga harga, maintenance alatan 'besi' utk pengilang, urusan dgn pihak kerajaan, cari network, pemasaran gerila, nak mengabiskan stok gudang, urusan dgn petenders, cari modal, pengembangan...fuh...
Terima kasih atas posting tuan-puan pengusaha online/ABS/ DLL. Moga Allah merahmati dan meluaskan rezeki.
copyrightNurindah©2015

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────