Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, April 8, 2010

Inti Kelapa manis dan tak manis :)


Salam sejahtera,

Teringat kelapa parut putih yg saya beli aritu lam petiais. Alhamdulillah, masih segar-bugar. Jadi saya pun cepat2la letak kuali atas dapur...perabihkan seme kelapa parut putih tu buat inti. Kenapa inti? Sebab intilah yg paling malas kita buat bila nak wat kue...hahahaha.

Disebabkan 2 biji kelapa, maka saya pun bahagikan kpd 2 jenis inti. Separuh buat inti Kelapa manis. Kelapa manis ni, mempunyai perann cukup penting lam kuih tepung gomak, bun kelapa, pulut inti manis, tepung bungkus, kuih bom, kuih ketayap, kuih koci, onde2 atau gula melaka. Yang bezanya, sama ada nak yg cair atau kering . (Beria2 jer saya ni...macam pandai sgt..uhuks. Ni pakcik Google yang cakap ya.baru search tadi.)

Satu adunan lagi saya wat inti cucur badak. Punyala terliur tngok cucur badak yang ika buat aritu, jadi saya pun cari kat MyR, Quinne. Yang ni nak wat byk skit. Nak frozen. Senang keja saya. Inti kelapa tu, saya guna resipi Princess Haryati, kopipes dr umah kak Maz, Ilham Dapur jer. Terima kasih kepada semua teman dan kakak2 yg sporting ni. Dengan seme inti ni, bila saya nak buat kue? Hihihihi....nanti dulu la...


Dah siap...senang dah ada inti. ;).

INTI KELAPA - sumber inti cucur badak Quinnie@myresipi.com. Resipi diubahsuai utk 1 biji kelapa. Utk kuantiti sikit,sila rujuk MYResipi ya.

Bahan2 untuk inti - diolah semula oleh nurindah
* 1 biji kelapa parut putih
* 3 btg serai
* 5 sudu besar udang kering - direndam sekejap supaya lembut
* 6 tangkai cili kering - dipotong, buang bijinya dn direndam ngan air panas seketika.
* 2 1/2 - 3 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih
* sedikit air asam jawa dan 1-2 sdb gula
* garam secukupnya

Cara buat inti
1. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
2. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
3. Gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak. (nurindah:saya buat lebih krg bila air yg keluar dr kelapa parut putih agak kering)







Saya buat basah skit. Takut terlebih kering lak. :)

INTI KELAPA MANIS utk inti - sumber inti"> tepung bungkus Princessharyati Myr, kopipes dr kak Maz, ilhamdapur. Resipi diubahsuai utk 1 biji kelapa. Utk kuantiti sikit,sila rujuk MYResipi ya.

Bahan2 untuk inti - diolah semula oleh nurindah
* 1 biji kelapa parut putih
* 5 keping gula melaka (saya guna gula melaka@manisan siam)
* sehelai daun pandan disimpul
* Secubit garam

Cara-cara
1. Cairkan gula melaka di dalam periuk kecil bersama 1/2 cwn air,garam dan daun pandan. Bila cair, tapis.
2. Kelapa parut putih dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering.
3. Kacau selalu dgan api kecil hingga kering. (nurindah:saya buat lebih krg bila air yg keluar dr kelapa parut putih agak kering)




Asam pedas ikan patin

Yang di atas..adalah menggunakan perencah paket adabi tau. Resipi kat bawah, saya search FP utk rujukan ms akan dtg.

Salam sejahtera , selamat petang,

My Hubby puasa sunat harini. Jadi pagi tadi no bekfes. Saya pun bekfes ngan wajik kelmarin jer, cecah klapa parut gaul garam.

Ingat nak masak awal. Nak buat asam pedas. Teringat pulak paket asam pedas adabi lam almari. Sayang kalu tak diguna...tak jadi la wat perencah. Malam tadi beli ikan patin yg dah siap2 dipotong. Bole ker buat asam pedas? Saya pun search Gugel. Ada! Ingat ikan pari or tnggiri jer sedap buat asam pedas..kikih.

Nak buat asam pedas ni, bahan peenyedap ni, daun kesum ngan bunga kantan,kan? Bahan tu takde plak. Jadi, saya renehkan ikan patin ni separuh masak lam periuk. Bila My Hubby balik nanti, nak kirim daun dan bunga special tu. :)

Oh! Ya, saya terjumpa blog kakak ni, kak Jijie. Ada resipi asam pedas ikan patin. Katanya dapat dari penjual ikan tu sendiri. Saya belom try lagi, tapi saya amik resipinya utk catatan saya di sini. Kat blog kak Nor, secubitgaram pun ada gambar asam pedas ikan patin.

ASAM PEDAS PATIN - sumber kak Jijie

Bahan-bahannya
1 ekor ikan patin sederhana besar~dipotong kecil
1 ikat daun kesom
1 kuntum bunga kantan~dibelah 4
4 keping asam keping
Bancuhan tepung gandum/air beras
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
Segenggam cili api kampung( nak pedas boleh tambah)
6 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya

1. Rendam patin( yang telah dibersihkan dan dipotong kecil) di dalam air bancuhan
tepung gandum bersama 4 keping asam keping. (tujuannya untuk menghilangkan hanyir
ikan patin)selama ½ atau 1 jam.
2. Masak bahan tumbuk bersama air sehingga mendidih selama 10 minit(anggaran)
3. Masukkan daun kesum , bunga kantan dan 4 keping asam keping ( yang digunakan
untuk merendam ikan-kalau nak masam lagi boleh tambah asam keping)
4. Masukkan ikan patin, garam dan biarkan mendidih sehingga kuah mesra dengan ikan
(anggaran 20 minit)
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

(p/s : kalau nak masukkan tempoyak pun bolehhhh. Jadilah PATIN MASAK TEMPOYAK.)

Wednesday, April 7, 2010

Pulut Sekaya :)


Cantik kan? Tapi, pulut sekaya saya ni bercampur ngan bahan atasnya. Nanti nak mintak tips ngan kak fzi.. hihi. Lamanyaaa tak makan kue ni.

Salam sejahtera, selamat petang. Ni lah dia, hasil berperang arini. Mula2 tengok kuih ni masak...rasa syahdu sangat. Dah lama nak makan kue ni. Sejak saya kawen sampai skarg..susah benar nak cari kue ni kat mana2 kecuali bulan Ramadhan atau kat Greenwood (sebab situ ramai org kelantan berniaga). Kue ni kenangan masa kecik2 dulu, time mama saya rajin nak masak benda2 yg anak2 dia suka makan. Skang ni, ntahlah...dah lama mama saya tak wat kue. Balik Besut pun, saya kena dok dapur. Takpela, berbakti ngan orang tua kan? Saya blaja sendirila..jumpa kue Pulut Sekaya ni kat blog kak fzi. Alhamdulillah, mencicip rasa nikmat rindu seh..hihi. Sedap kuih ni bagi sape2 yang suka talam yg manis2. Macam saya..heheh..

Oh, pasal manisan siam aka gula melaka siam (melaka lagi..siam lagi, hahaha, taram jer)...masuk la kat blog kak fzi ya. Kat situ ada gambarnya. :) Izinkan saya berkongsi resipi di sini ya, untuk rujukan saya juga.


Bahagian bawah..pulut. Dah siap kukus.

Setelah masuk bahagian atas...dah masak. Nampak kedut2 tu? Camtu la rupa pulut sekaya ni. Tapi rasanya sedaaaap...

RESEPI PULUT SEKAYA - sumber fzmenu
Bahan2nya:

* Secawan beras pulut *untuk lebih tebal lapisan pulut boleh buat secawan setengah* (nurindah: jangan lupa rendam pulut 3 jam, biar beras pulut kembang dulu.)
* pati santan setengah cawan dicampur dengan air masak
* 4 biji telor (nurindah: saya guna saiz A)
* 2 keret manisan siam (nurindah: saya nak lebih manis, jd tambah lagi 1 karet)
* daun pandan di simpul
* secubit dua garam


Cara:

1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan yang disimpul.
2. Kukus pulut + santan + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut.
3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar.
4. Kepok telor kemudian masukkan manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam.
5. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
6. Kukus balik pulut selama 5 minit.
7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
8. Kukus lah sampai masak +- 15 hingga 20 minit.
9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers