Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, March 31, 2010

Savoury Oat Porridge atau Bubur oat

 Bila dah tabur daun bawang, daun sup n bawang goreng sgera ni, yumm...harum baunya.

Salam sejahtera, selamat pagi,

Sejuk pagi ni. Sejak malam tadi hujan rintik2 kat sini...punyala berat nak bangun, hihihi. Pagi ni, kita bekfes oat porridge.Oh ya, tak lupa balance nasi goreng jagung last night..saya hangatkan.

Opss, jangan risau sapae2 yg tak suka oat...oat porridge ni, campur beras. Memang skali rasa macam bubur ayam jer, lebih2 mmg ada buh ayam.. ;) But more healthy. Jumpa resipi ni, kat blog kak zalina Sumber dari oat quaker. Sekali pekatnya macam buh santan plak. I terfikir2, oat ni boleh ganti santan dalam Bubur Lambuk? More healthy, right? ...hihihi.

Jika nak wat porridge for breakfast, seeloknya rendam BERAS awal2 bangun tido, bila masak nanti zup zap jer beras tu kembang. Sapae2 yg ada slow cooker, mungkin bole masuk beras dan bahan lain yg sesuai, siap2 dalam slow cooker ni, set LOW seblum tido. Itu tips dlm buku la. Sape yg ada pressure cooker lebih pandai dr saya...hihihi. Terima kasih banyak2 kepada kak zaliana sbb tayang resipi ni. Suka.. sangat sbb dah lama tak buat bubur. Saya kopipes jer dr blog kak zaliana.

Savoury Oat Porridge atau Bubur oat-dari kak zalina sumber Quaker Oat
Garnishing:

* Spring onions
* Fried onions
* Chillies, sliced

Ingredients :

* 1 cup/90g Quaker Quickcook Oatmeal
* 100g of chicken fillet, sliced
* ½ tsp sesame oil (optional)
* 1 tsp light soy sauce 
* Pinch of white pepper
* ½ cup (100g) rice, washed and soaked for 30 minutes
* 1 litre water
* 1 tbsp cooking oil
* Ginger, shredded
* 2 dried mushrooms, soaked, washed and sliced - (nurindah: saya guna cendawan kembang jer)
* 1 small carrot, diced -  (nurindah: lupa bubuh..:)

Method :

1. Season chicken with sesame oil, light soy sauce and pepper. Set aside.
2. Heat oil in saucepan. Add ginger, dried mushrooms and chicken. Cook, stirring, for 2-3 minutes.
3. Add rice, water, Quaker Quickcook Oatmeal and carrots.
4. Cook about 30 minutes until porridge is soft and creamy. If too thick and dry, adjust consistency with additional hot water. Season to taste with salt and pepper.
5. Serve in individual bowls with a dash of sesame oil and light soy sauce. Garnish with spring onions, fried shallots and chillies.

Tuesday, March 30, 2010

Ayam bersos Oren


Salam sejahtera,

Lepas sediakan nasi goreng jagung...saya sediakan ayam bersos oren ni. nak dijadikan citer, minggu lepas kami gi Giant. ada la beli 5-6 biji limau. wane kuning..tak sabar kami nak merasa. Tapi, keciwanya...huhu, teramatlah masam, sampaikan nak buat JUS pun mungkin kena taruk gula sebanyak2nya...huhu. Dari tak termakan...saya cari resipi lauk menggunakan Limau. Teringat kak JC yang ada kebun limau kat florida nun. mesti manis2nya limau kak JC semanis orangnya. :) Masa belek2 blog dan FP, saya jumpa Ayam bersos oren kak hanieliza. Nice trying. Terima kasih banyak2 kepada chef hanieliza sebab berkongsi resipi. Saya kopipes jer resipi dr blog kakak kita ni.


Ni ayamnya yang telah siap digoreng ngan minyak banyak.


Ni plak sos oren yg masam2 manis tu. saya tambah gula byk skit sbb limau2 saya ni masyam...

AYAM SOS OREN/LEMON - sumber kak hanieliza FP

Bahan
400 gm ayam tanpa tulang, dipotong ke 2 kepingan sama
2 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI (nurindah : saya guna 1 kiub pati ayam, dihancurkan)
lada sulah secukup rasa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan tepung jagung (untuk menyalut ayam)
minyak untuk menggoreng ayam
2 ulas bawang putih (cincangkan)

A
1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji]
1 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI (nurindah: saya guna 1/2 kiub pati ayam dihancurkan)
1 c/k gula atau secukup rasa
1 s/k minyak bijan (jika suka)
2 s/k tepung jagung dicampur dengan
2 s/b air
1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]
2 biji tomato, dipotong berbaji - (nurindah: saya tak bubuh, da abes)
pasli & cili merah


Cara
1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam.
Perapkann ayam dengan Pati MAGGI dan lada hitam selama 10 minit.

2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung
Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan tuskan.

3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali.

4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih.

5. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung.

6. Potong ayam ke kepingan yang disukai dan senduk sos ke atasnya.
Hias dengan hirisan oren, tomato, pasli dan cili.


Nasi Goreng Jagung


Salam sejahtera, selamat malam,

Lepas belek2 resipi sana sini utk isi perut kami berdua, saya terpikat ngan Nasi Goreng Jagung kak Ummizaihadi. Kebetulan ada jagung kernel tin utk dihabiskan. Untuk tambahan, saya buat lauk ayam. Akan menyusul selepas ini. Terima kasih banyak2 kepada kak ummizaihadi sebab berkongsi resipi. Saya kopipes jer resipi dr blog kakak kita ni.


sajer nak tayang bahan2nya...hehe

NASI GORENG JAGUNG - sumber kak ummizaihadi

Bahan:-

* 2 mangkuk nasi putih
* 1/2 tin jagung biji (corn kernel)
* 1 labu bawang besar (didadu)
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 1 biji cili merah - dicincang
* 10 - 12 ekor udang
* 1/2 sk. lada sulah
* sedikit daun bawang n daun sup
* garam secukup rasa

Cara-Cara:-

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili hingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan lada sulah dan udang, kacau sebentar.
3. Masukkan nasi putih, kacau rata dan masukkan garam. Biarkan nasi masak nampak sedikit berasap.
4. Masukkan jagung tadi dan kacau rata sebentar...jangan terlalu lama, nnt kecut sgt jagung.
5. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tabur daun sup dan daun bawang, kacau rata. Angkat dan hidangkan.


Sandwic cendawan dan keju

Sedap intinya yg jadi topping tu...kami mmg suka cendawan. hihi..

Salam sejahtera, selamat pagi,

Memandangkan kat Giant aritu kami dah memborong roti (french loaf, roti sosej, gardenia ), maka hari ini, kita bersarapan roti lagi. hihi. Pagi ni, saya sediakan Sandwic cendawan dan keju atau mushroom and cheese open sandwich. Kelmarin nampak roti yg cheesy kat rumah kak raihan yang nampak sungguh menyelerakan. Di samping tu, saya buat juga egg benedict tuk Hubby ;) Saya kopipes resipi sandwic dr blog kak raihan. Terima kasih byk kak sebab berkongsi resipi...

Sandwic cendawan dan keju - cnp dari kak raihan, sumber gardenia

Bahan-bahannya: (hidangan untuk 3-4 orang)

4 keping roti sandwic atau boleh ganti roti wholemeal kepada yang menjaga diet
2 sudu kecil minyak masak -utk menumis
1 labu bawang besar Holland saiz sederhana- dihiris (nurindah: saya dadu)
8 cendawan butang- hiris sederhana tebal (nurindah: saya pun guna cendawan kembang, disiat2, dlm 6 batang)
1/4 biji lada benggala hijau - hiris nipis (nurindah:saya tak letak)
1/2 biji cili merah- hiris nipis (nurindah:saya letak 2, buang bijinya)
2 sudu teh oregano kering ((nurindah: takde)
1/2 sudu teh lada hitam- 10 biji lada hitam, ditumbuk halus
1 sudu besar rata tepung gandum
2 sudu besar daging segar dicincang kecil - (nurindah: saya ganti isi daging ayam)
1 sudu besar kicap manis
4 keping keju Cheddar - (nurindah: saya ganti shredded cheese)
1/6 st garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar seketika. Masukkan daging dan biar hingga daging masak dan bawang layu.
2.Masukkan cili merah dan lada benggala. Kacau rata. Masukkan cendawan dan sedikit air. Masukkan oregano, lada hitam, garam dan kicap.
3. Kacau sebati dan masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan ratakan di dasar periuk. Matikan api dan susun keju di atas inti tadi. Tutup periuk dan biar keju cair.
4. Sementara menunggu keju cair, bakar roti hingga keperangan. Bahagikan inti kepada 4 bahagian dan ratakan di atas roti. Sedia dihidang sebagai sarapan yang sangat mengenyangkan.

Nota nurindah: Saya tak bakar dulu rotinya. Lepas sediakan bahan cendawan, saya panaskan oven suhu 180c api TOP, terus atur roti di atas dulang dan letak bahan cendawan tadi dan tabur keju parut.Bila Oven dah panas, terus masukkan roti. Biar hingga keju agak warna perang.

Sesuai juga dijadikan bekal ke pejabat dan untuk anak-anak ke sekolah....

Mawar merah

Salam sejahtera, selamat pagi.

Saya suka ros, mawar. Pernah dapat sekuntum. Saya simpan dalam botol mineral tu, bubuh air dan sebiji panadol. Tahan jugakla seminggu. haha. Terdemam2 agaknya sampai layu pun , saya tak sampai hati nak buang. Malam tadi, angkut bunga merah ni dari Sue@ninie. Terima kasih Sue, kerana bagi bunga ni yang amat menawan ni. Berseri2 rumah saya pagi ni...




Monday, March 29, 2010

Egg benedict with tomato salsa


Salam sejahtera, selamat petang,

Jap tadi baru siap wat egg benedict ni. Dah selamat dimakan..hihi. mula2 tadi, semangat dah down sbb takde cup comel mcm kak hana punya. tapi, teringin punya pasal, saya buat dalam bekas yg ada. Nah, 2 biji telur dalam 2 biji roti. Kenyang dah. saya cnp resipi dr rumah kak hana. Asal resipi dr zurin myresipi Terima kasih banyak2 kepada kedua-duanya kerana sudi berkongsi resipi. Memang sedapla roti ni, kak hana... lenkali bole buat lagi nih. Waktu ni, teringat My Hubby. huhu. windu, harini dia dah start keja. malam bru balik. Nanti nak buatkan utk dia plak... ;)



RESEPI EGG BENEDICT

Bahan-bahan

* 2 biji telur
* 2 keping roti putih - dibuang tepinya
* lada hitam - freshly cracked
* Sedikit butter atau majerin
* Garam

Cara-cara

* Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
* Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
* Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
* Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit. (hana bakar gune toaster jer)

Nota Nurindah : Saya bakar roti guna oven, api BOTH.

RESEPI TOMATO SALSA

Bahan-bahan

* 3 biji tomato - potong dadu
* 1/2 biji timun - potong dadu (nurindah: saya tak letak)
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu
* chili pepper jalapenno@serrano - potong dadu - (nurindah: tak letak)
* Daun ketumbar - cincang - (nurindah: saya pun guna daun sup jer)
* Jus lemon (nurindah: tak letak)
* Garam - (nurindah: tak letak)
* Black pepper - (nurindah: guna ajishio blackpepper)
* Oregano - optional (jika suka)
* Minyak zaitun - (nurindah: tak letak)

Cara-cara

* Campurkan semua bahan. Hidangkan bersama roti, taco, steak atau sebagainya.

Garlic Bread


Hubby cakap, sup campbell instant tu bau garlic. kurang ump plak makan ngan garlic bread. Lebih sedap cecah ayam malam tadi. Nantila saya buat real mushroom soup ya bang.. ;)

Salam sejahtera, selamat pagi,
Garlic bread ni biasanya makan ngan mushroom soup. Tapi yg saya buat ni, tak letak oregano. Lupa beli...hihi. Punyala panjang french loaf ni. Separuh kami makan malam tadi, cecah ngan kuah ayam badang. Pagi ni, ngan sup cendawan instant lak. :)
Resipi saya jumpa masa gugel. Saya c&p dari Blog camarputih. Resipi kat blognya ada mushroom soup skali. Izinkan saya berkongsi...

Bahan-bahan:

* Roti Perancis - (nurindah: saya buat separuh jer, makan 2 org)
* Butter / Marjerin / Mentega
* Bawang putih - (nurindah: saya buat 5 biji, sbb nak rasa lebih garlic )
* Oregano sket - (nurindah: saya tak letak, takde)

Cara-caranya:

* Potong nipis roti perancis tuh
* Sapukan mentega
* Bawang putih tuh bakar atau goreng tanpa minyak. Pastu korang tumbuk lumat. (Sesape yang rajin, korang cincang halus bawang tuh then korang goreng tanpa minyak)
* Sapukan bawang tadi pada roti yg dah diletakkan marjerin
* Tabur oregano sket (fungsinyer tuk naikkan bau)
* Bakar kat kuali sampai garing (kalau malas letak jek dalam oven..hehehe..)


Sunday, March 28, 2010

Ayam Masak Badang


Rasa resipi ayam ni, ala-ala ayam percik.

Updated 27/12/10: Masa nak masak cepat, saya rebus ayam tu dulu dgn air paras ayam jer. Tutup periuk, dan rebus hingga ayam lembut dan kuah tinggal sikit. Perencahnya buat siap2 termasuk santan. Bila ayam masak, masukkan jer dalam kuah santan tu dan biar sebati dan kuah agak pekat dan naik minyak. Siap untuk dihidangkan. ;) Ada juga ulangan resipi di sini (cara rebus) juga di sini (guna susu cair)


AYAM MASAK BADANG - buku kompilasi masakan selangor, alaf21

Bahan-bahan: (Saya buat separuh ayam sahaja)

1 ekor ayam - dipotong dan dibersihkan (nurindah: sebaiknya dipotong kecil2 atau lebih mudah, rebus ayam dahulu separuh masak)

500ml santan - dr sebiji kelapa. asingkan secawan pati santan. (nurindah: saya guna santan kotak 1/2 cawan, tambah air utk cairkan)

4 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
garam secukup rasa

Bahan A dikisar:
10 tangkai cili kering (Nurindah: saya buang biji, rendam dengan air panas)
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara membuat:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih di dalam periuk hingga naik bau.
2. Masukkan bahan A. Tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan dikacau rata. Apabila airnya agak kering, tuang santan cair.
4. Bila mendidih, masukkan pati santan, garam dan kacau selalu.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar. Masak lagi selama 3 minit. Tutup api.


Sambal Sotong

Resipi sambal kali ni, bersantan. Jadi, rasanya pedas dan sikit lemak. Lain dari yg lain.

Sambal Sotong - diaplikasi dari Sambal Udang, Buku Chef Ismail Ahmad, Kuisin warisan Melayu.

Bahan-bahan: (saya buat separuh bahan)

6sdb Pati santan - dari 1/2 biji kelapa parut (nurindah: saya ganti santan kotak)
4 sdb Pes cili kering
8 ulas Bawang merah - dikupas dan dikisar kasar.
1sdb Belacan serbuk - (nurindah: saya ganti belacan ketul)
Sotong secukupnya - boleh sekor2 atau dipotong kecil (nurindah : asal resipi 500gm udang)
1/2 sdb Asam jawa - diramas dgn 2sdb air dan diperah airnya (nurindah: saya guna pes asam jawa adabi + sedikit air masak)
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak masak 125ml

Cara:
1. Satukan pes cili kering, bawang merah yang dikisar dan belacan serbuk di dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Tumis campuran pes cili hingga naik bau di dalam kuali.
3. Masukkan sotong, air asam jawa, dan pati santan. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau hingga masak.
5. Hidangkan panas-panas.

Cucur Jagung...sorry, silap taip tadi..;)


Salam sejahtera, selamat pagi,

Moga semua sihat di dalam keredhaan Allah. Mohon maaf jika hanya sempat mnjenguk tanpa tinggalkan jejak. take care ya... :)

CUCUR JAGUNG - buku kuih muih minum petang chef hanieliza, pts

Bahan-bahan

3 tongkol jagung (saya guna jagung tin)
1 labu bawang besar (dicincang)
3 biji cili merah (dicincang)
200gm udang basah (buang kulitnya,saya potong kecil2)
1 biji telur
sikit daun kucai (dipotong2)
2 cawan tepung gandum
1 sdk serbuk penaik
1 cwn air suam
1 sdk serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk mnggoreng

Cara membuat: (Sebaiknya diperap adunan sekejap)
1. Jagung diambil isinya
2. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan k dalam kuali sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
4. Goreng hingga kuning keemasan.
5. Hidangkan dengan sos cili.



Wednesday, March 24, 2010

i-city

Salam sejahtera, selamat malam...

Huhu. dalam minggu, saya betul2 kena fokus pd kuarga. Nak atur masa kembali, sbb minggu dpan Hubby dah kena kerja. Byk benda kena settle. Kalu difikirkan, cukupla saya hanya fikir hal rumahtangga, ttpi, masalah lain, kena ambil tau juga. tak dapat nak blogwalkin dngan konsisten. :)

Lagipun, bagi saya, blogging bukan komitmen. Lappy hak Hubby sepenuhnya, Saya nak merajuk pun, tak laku...hahaha. That's why saya tak letak nuffnang. nanti kena byr hutang klik2 ni. ;)

Saya amat hargai sesiapa yg sudi datang, status link, visitor n follower. seronok blogging nih. Hubby pun dah mula merajuk ngan saya. hihihi. haish, saya pun kena atur masa...tak elok buat Hubby merajuk,kan? :p

Di bawah, ada gambar masa kat i-city, di klang...teringat kak Love. Mesti dia pun dah pegi tgok pameran lampu nih. Gambar di bawah, ada My Hubby yg amik, ada saya punya...





Tuesday, March 23, 2010

Tahlil keluarga di rumah Umi dan wak long Hubby

Gambar ini atas permintaan ramai...buat kenangan di blog. sesudah makan nasi ambeng. Hubby yang ambik gambar. Sorry la, close up nasi ambeng takde. malu nak terbongkok2 posing depan ramai orang...heheh... ;)

Salam sejahtera, selamat pagi...

Sorry baru online. Ahad, pagi2 bertolak ke sijangkang. Ada tahlil keluarga utk arwah datuk dan nenek. Tengahari, sampai di sana. Sempat juga membantu skit. Kuarga Umi (isteri wak long Hubby) dah siap tempah Nasi Ambeng. Kami cuma datang bertahlil jer. Kira perjumpaan keluarga jugakla.


salah satu hidangan...agar2..


Kek buah import dr kedah oleh kak naharah


Ubi Keledek entek. yang ni sebutnya lain tau. tho titik 3. hehe. MIL dan FIL yang cakap. tulisan jawi lama...saya berbelit lidah nak sebut. FIL cakap, sekrg susah nak cari keladi ni. Ni bekfes kemarin...arini, keladi goreng.


Sambal bilis cili api oleh MIL...sedap dan pedas...fuh fuh...

Masa menemani MIL dan kuarga lain ke pameran di i-city....yg depan ngan anak tu, Rina, Khalid dan Damia comey...gambar i-city..menyusul kemudian....

 

Saturday, March 20, 2010

Peria tumis telur


Salam sejahtera, selamat malam.

Ini di antara menu tadi. Peria bukanlah kegemaran saya. MIL ngan FIL selalu juga buat ulam, tapi peria yang muda. Saya jumpa yg agak tua jer kat pasar. Pernah nampak peria tumis kat kedai makan. juga peria goreng kat kedai mamak. Yang peria goreng mamak tu saya suuuka sangat. Pandai dia goreng sampai tak rasa pahit pun.
Tadi, saya dah rendam lama skit dalam air bergaram lepas potong kecil2. Petua hilangkan skit pahitnya . Uhuks...bolehlah saya makan. Susah betul tekak ni nak telan. Hubby pun sama...tapi Pahit tu Ubat,kan? ;)

Nasi lemak beli......tadi gi pasar...

Nasi lemak lauk kerang kesukaan saya

Salam sejahtera,

Pagi ni, sempat gi pasar. Ngan Hubby. Alhamdulillah, kali ni saya berteman. Hari ni, saya bertemu ngan 2 orang. satu DR. Aniza, yg rekemen Hubby jumpa DOC Rozman. Saya tertinggal sample baju kat klinik. Seblum Hubby operation. Thanks DOC, Insya Allah, nanti kami singgah. ;)

Kat pasar pun ada sorang kakak tegur saya.
"Adik ada buka blog?"
Saya terpegun. Sambil bagi duit beli lauk.
"Akak ada nampak adik kat dlm blog, masa survey2 kat ofis. rasa macam penah nampak. "
Aisey....rasa nak sorok muka dalam tudung....kahkahkah...
Lupa plak nak tanya nama pena kakak tu...

Itulah first time blogger tegur saya scara offline. Ngan kak Fzi pun, saya main sorok2 lagi. hihihi. Saya letak gambar bukan utk fofular, tetapi penuhi syarat jer. Blog orang lain, semua letak gambar2 kuarga. Saya pulak malu2 kucing. hihi. Sbb tu, kat blog saya, cuma ada gambar makanan dll. Jadi, 1 kpg tu, buat penuhi syarat je, bagi yg tertanya rupa kami camana. kihkihkih.

Teh tarik tak begitu tertarik...heheh

Nasi lemak lauk rendang daging, Hubby punya..


Friday, March 19, 2010

Udang masak merah, sayur cendawan lagi...: versi ngabihkan stok

Salam sejahtera, selamat malam.

Kat sini hujan renyai2. Penah tak, rasa suka masak tapi tak rajin nak ngemas sinki? hikhikhik. Di bawah ni, kes lauk balen. Esok2 la, baru gi pasar. Itupun seb baik tak masak telur je....eh, lauk telur masak kicap kan sedap? ;) Saya dah melalut malam2 nih....tata..


 Udang masak merah. kalu ada petai ni, terangkat sungguh!


Sayur cendawan tumis versi tambah sawi. Sama jer macam kat bawah. Suka sayur cendawan2 nih!



Mee hailam for bekfes, kerisi masam manis, cendawan tumis


Resipi sebelum ini guna kuah daging. Rasanya patut saya update resipi cara MIL ni. Senang...

Salam sejahtera, dah hampir tengahari kan?

Saya baru sempat postkan. Hari ni, bekfes mee hailam, sempoi2 jer. Malam tadi menu ikan kerisi masam manis dan cendawan tumis. Semuanya versi ulangan.
Alhamdulillah, perut dah kenyang. Ngantuks...nak tido jap. Malam tadi kami tgok movie kat lappy. sampai 2 citer, satu Superhero dan satu cite pasal penjara. maklumlah, TV dah lama masuk stor, rosak. nak kena ganti TV flatscreen yg besar tu (mimpi jer saya ni....) hahaha. take care...


MEE HAILAM 2 - style MIL


1/2 bgkus mee kuning
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
sejemput udang kering - dikisar
3 biji cili kering - direndam dan dikisar
1/2 ikat sayur sawi - dipotong2
2 biji buah tomato - dibelah 6
Air secukup kuah yg dimahukan
2 biji telur


Kicap pekat - secukup rasa dan warna hitamnya
kicap manis - secukup rasa
Sos tiram - secukup rasa
Sos tomato - secukup rasa
Sos cili - secukup rasa
Bole tambah serbuk perasa atau kiub bilis (jika suka)


CARA:
1. Panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar
3. Selepas itu, boleh masukkan sos tiram ,sos cili, sos tomato, kicap pekat, dan kicap manis.
4. Masukkan air.
5. Biar mendidih, masukkan sayur, telur ayam dan mee kuning.
6 Biar mendidih kejap.
7. Angkat. Hidangkan


Resipi ada di SINI

Resipi ada di SINI


Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers