Al Maraaya, tvhijrah.
Antara masalah anak2 yg berkahwin muda, ialah Ibubapa tidak memahami.
Ibubapa telahpun berkahwin selama 30 tahun, dan memiliki kehidupan yg stabil. Ibubapa telah melalui banyak fasa susah dan senang sehingga mempunyai rumah sendiri, kereta yg baik, pendapatan yang cukup.
JADI mereka berpendapat, anak -anak yang baru berkahwin perlu ikut macam mereka, dan mesti ada apa yg mereka ada dengan kadar segera.
Biarkan mereka melalui kehidupan yg normal, mengikut fasa - fasanya.
Kehidupan berumahtangga bukan hanya pada kenduri, tetapi kehidupan yg bermula selepas itu. Dgn status dari bujang kpd berdua, nafkah yg kena berkongsi, hidup yg kena berkongsi, kena sediakan tempat tinggal, dsbg.
Nurindah: Yg bahaya, jika terpaksa memikul beban hutang. Hutang ni, ada hutang yg positif, ada hutang yg negatif.
Beli rumah di tempat yg bagus akan naik harganya setiap tahun. Bayar pula dgn kwsp, mudah kan? Kereta pula, akan turun harganya. Bukan tak boleh beli, tapi bermulalah kenderaan yg ansurannya jangan sampai 30% gaji.
Tanggungjawab isteri:
1. Cari suami yg taatkan ALLAH (bukan yg lebih taat kepada Manusia, atau selain Allah).
2. Tanggungjawab rumahtangga. Dalam Islam, pengurusan rumahtangga sebenarnya atas Suami. Isteri hanya membantu melancarkannya.
3. Jika isteri bekerja, dia membantu suami. Ia bukan tanggungjawab utama.
(Namun dgn kepandaiannya, ia boleh meluaskan rezeki sprt sayidatina Khadijah dan membantu masyarakat spt golongan doktor, penghias kecantikan, guru, da'ie.
3. Apabila seorang perempuan itu solat, berpuasa 5 waktu, dan taatkan suami, boleh pilih mana2 syurga yg dia mahu. (selagi bukan mentaati perkara mungkar/yg dibenci Allah).
4. Tidak mencari sebab yg boleh meruntuhkan rumahtangga.
~ Masalah suami yg kurang berkemampuan tetapi mahu berkahwin lagi.
Minta berpuasa terlebih dahulu.
Berkahwin lagi sedangkan kemampuannya tiada, bagaimana zuriat yg bakal lahir. Tiada bekalan agama utk membimbing, dan nafkah yg cukup menampung 2 isteri. Tak perlu guna istilah berkahwin nak elakkan zina, jika perkahwinan itu hanya bermanfaat utk suami tetapi tiada kebaikan utk isteri pertama.
No comments:
Post a Comment