Hakikat, bila kita tundukkan kepala shj dgn sikap orang lebih tua yg pemarah dan tak pernah kesal dgn sikapnya dan tak mahu meminta maaf dgn ikhlas. Kita pejamkan mata kerana kita kenal mereka, mereka ahli keluarga, saudara, jiran, kawan baik..
Kita kata mereka akan sedar sendiri mengikut umur atau hidayah Allah.
Kita berkata nak menjaga hati mereka, tapi sebenar takut juga mereka menegur kita juga.
Mengikut psikologi, manusia ada sifat defensive apabila terasa terancam dan suka berlawan-lawan. Defensive dan berlawan itu juga ada tahap lemah shg tahap tertinggi. Dan yg terendah mungkin akan membesar menjadi seorang yg mempunyai self esteem/ nilai harga diri dan keyakinan yg rendah. Yg terlebih mungkin akan menjadi seorang pembuli. Saya katakan kemungkinan, kerana semua bergantung kpd nilai didikan lain yg diterapkan, motivasi luar, dan Doa.
Bukan hanya doa ibubapa, tetapi doa seorang hamba Allah itu sendiri. Allah takkan meluaskan rezekinya jika dia sendiri tak mahu menadah tangan kepada-Nya.
Disebabkan itu, walau apapun tingginya nilai kita sebagai seorang ibu atau bapa, kita tetap hamba disisi-Nya yg masih perlu merendah diri dan tidak ego. Tetap perlu memperingatkan anak-anak bahawa setiap perjalanan hidup mereka diperhatikan Allah. Dan lebihkan bertawakkal dan letakkan pergantungan kepada Allah beserta dengan usaha. Takutkan Allah lebih dari takutkan ibu dan bapa.
No comments:
Post a Comment