Tang Abah pengantin perempuan payung itulah yg menyedapkan hati. ☺. Itulah yg kami teringin buat jika ada anak perempuan. Kita dah biasa dengar parents tolong anak lelaki kumpul duit hantaran dan majlis. Tapi utk anak perempuan, pandai2 la cover sendiri kalau hantaran pihak lelaki seadanya. Cthnya jika baru lepas grad. Hakikatnya, kenduri ialah tanda kesyukuran kedua pihak ibubapa atas perkahwinan anak.
Saya dulu asal keluarga orang susah, tp kena ikut adat org pantai timur jugak. Adat pantai timur, hantarannya ikut semasa, dan disebut dlm akad. Saya tahu, ramai orang Bandar tak setuju. Biarpun masa tu keluarga saya ada kesusahan, Ma abah saya berkeras juga nak buat majlis. Nasiblah suami boleh bertolak ansur 😅.
Sempat juga saya guna duit gaji sendiri utk membeli barang2 hantaran dlm tempoh kurang 3 bulan. Duit hantaran pun sempat saya sisihkan utk keperluan rumahtangga. Sebab suami tidak berhutang , cukup atau tidak hanya itulah. 😊.
# generasi X macam kami, memang tak berani nak ckap lebih2 dgn orangtua masa nak kawin. Dah tua skit camni, baru berani nak mengulas. 😁
No comments:
Post a Comment