Siapa yg tak mahu MELANCONG??
😄
Keluarga dan saudara mara belah suami...ramai yg bekerja kerajaan. Mereka mempunyai lorong utk ke luar negara. Mendapat pengaruh dari kawan2 dan saudara, bahkan sanggup menyimpan wang utk melancong dan naik kapal terbang.
Tetapi keluarga saya orang susah. Saudara mara juga. Biarpun ada abang kakak tiri, mereka adalah keluarga yg berbeza, kerana usia saya pun dah hampir usia anak-anak mereka. Arwah abah dan mama mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap kami tanpa perlu bergantung kpd orang.
Jika hendak bercuti2 sekitar Terengganu dan Kelantan amat payah arwah abah membawa kami... Tiada apa bezanya dgn sekarang.
Kalau saya katakan, saya juga teruja apabila mendengar orang bercerita tetapi taklah terlalu teruja utk pergi. Mestilah orang berkata saya seperti katak di bawah tempurung. Atau
" Adatlah, anak orang susah...fikiran tak terbuka, 😝. "
Biarlah orang.
Cukuplah suka melihat oranglain gembira. Biarpun terasa hati kadang kala.
Saya berkahwin pun dengan lelaki yg sangat berjimat cermat orangnya. Tetapi Alhamdulillah, pernah merasa ke pulau pangkor beberapa kali dgn team company hubby. Hotel dan resort dah tak terkira. BERDUA-DUAAN.... bercutilah tu. 😘😘. Nak shopping kat sini pun ada.
Orang akan cakap... Kesiannya, belum sampai kat situ, sini, dan Sinun.
Sedangkan saya rasa, Rahmat Allah bagi dah banyak sangat sampai saya tak mampu nak kira. Kalau ada gaji sendiri pun, belum tentu saya nak keluarkan gaji utk bercuti2. Allah dah bagi lebih dari yg saya sangka.
Sebenarnya, jika kita terlalu mahukan sesuatu...Kita akan mula mereka-reka pelbagai dalil dan alasan supaya mendapatkannya. Biarpun duit tak ada. Kan?? 😁.
Syukurlah atas rezeki kita, syukurlah atas rezeki suami. Tak dapat maknanya bukan rezeki kita, jangan salahkan sesiapa...
No comments:
Post a Comment