Salam Ramadhan,
Salam ukhuwwah: Buat kak ika-kurniaanmu,kak nor-secubit garam,nekpp,lyana-adik-abang,amy-schwenkeena,JC-eastwestmeetkitchen,love-love2cook,kak zai-dapurcomelku,kak fida-amidadubai,kak as-mynurkasih,kak suzi-perutkenyang, kak nura-nuranuraniku,kakzana-dzanariah,kak ayu-curlybabesatisfaction,ida isk, kak maz-nak-mal,deliah.
ENTRY KHAS: Terima kasih atas kunjungan balas. Saya tak harapkan link, kerana saya suka lihat menu kakak semua untuk rujukan saya yg amatur memasak ni.Terima kasih,sebab sudi link rumah baru saya ni.Moga kita dapat rapatkan ukhuwwah.
IFTAR KE 7
Ingat nak upload dapur masak baru,buat kenangan,tapi kamera abis bateri.hu hu.
Semalam, kami pergi pasar Ramadhan di Bkt Sentosa.Dalam hati,risau pasal H1N1.
First time pegi pasar Bkt Sentosa tu dalam seminggu posa ni.Hujan renyai-renyai.
Pergi dah lewat. Suami serah kat saya nak beli apa.Nak apa,ya?
Hu hu. Dah pukul 6.30pm.Banyak makanan dah abis.Ingat nak beli lauk jer,masak nasi kat umah.Last2 berkenan nasi kerabu lagi! Nasi warna biru+ulam+keropok+solok lada. Dan, beli ikan percik, serta karamel.Wah! Sampai hajat saya,nak makan.
Tapi mahal..satu keping macam slice kek tu RM1.50. Saiz sederhana.Abis RM 10.50. Saya tercengang. Murahnya...makan kat kedai,mahu belasan ringgit nih.Patutla laku.
Selepas tu, kami round depan skit, ada rendang daging. Suami suka, jadi saya pun beli. Tak ingat berapa RM. :) Lepas tu kami balik, dan terus berbuka puasa.
Sempat suami buka video pasal Free Mason. Entry pasal keturunan phiraoh di seluruh Eropah. Ada juga pasal keturunan nabi Muhammad,sehingga pasal Imam Mahdi. Moga Islam sentiasa selamat.
IFTAR KE-8
Hari ni bangun pukul 4.15am. Da awal,kan? Tapi saya jenis slow kot, siap masak kul 5 lebih. :) Pagi tadi makan sayur cendawan dan brokoli goreng+ayam goreng ayamas+limau sunkist+susu panas.Ada ikan percik balance berbuka. Sayang tak abis. Tapi, suami dah tak lalu makan ikan tu.Katanya manis..:)La, dah resipi oghe kelate.
Jadi, tak abis jugak. Aik..ari2 ayam segera,kan? Insya Allah, nanti saya masak lauk baru plak. Ngantuk pepagi ni.Itulah, nanti nak survey resipi mudah...
Ari ni,suami kerja lagi. Biasa la, kilang.Suami bahagian maintenance,jadi slalu kena check anak buah. Slalu kena tinggal sesorang.Uhuk. Kalu ada anak, seronoknya..
Laat2, check email, check order, survey kedai online kami. Teringat suami baru beli kerepek BANTING RM 500 lebih.Banyak kena packing tu. Time ni, dah ada order kerepek untuk raya.
Jadi, petang ni,lepas suami balik about jam 2 pm,kami akan balik Banting, amik kerepek yang kami order dr supplier. Jadi saya offline 2 ari.
SOALAN PUASA:
1. Apa pendapat tuan tentang syaitan dirantai di bulan Ramadhan?
Jawapan: Hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim menyebut bahawa apabila masuk bulan Ramadhan, para syaitan dirantai. Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan maksud para syaitan dirantai bulan Ramadhan.Hadis ini tidak menyatakan secara terperinci.Dan tidak perlu dibahaskan.(ringkasan)
2.Mimpi buruk selalunya datang daripada syaitan dan syaitan pula dirantai sepanjang Ramadhan. Tetapi, kenapakah kita boleh bermimpi buruk pada bulan ini?
Jawapan: Kamu hendaklah sedar, bahawa Qarin, iaitu syaitan yang menetap di dalam tubuh setiap anak adam tidak pernah meninggalkan kamu walau ke mana kamu pergi. Selain itu, kejahatan dalam tubuh setiap seorang daripada kita tidak dapat dihapuskan dengan kedatangan bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, kejahatan pada bulan ini pasti berkurangan berbanding bulan-bulan lain.(ringkasan)
RUJUKAN: Soal Jawab Puasa Himpunan Fatwa.
Dijawab oleh: Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid, Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah b. Baz.
Selenggaraan: SAKINAH ARIFF JOHOR (Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam,UIAM,pengkhukhusan: Al-Quran dan Sunnah.
Terbitan Karya Bestari
salam ukuwah juga dari nekpp..
ReplyDeletetiada masalah amat dialu2kan..
panjang2kan silatulrahimmm ;))
berkat ramadhan al mubarak!