Salam Ukhuwwah buat: kakkin-sejenakbersamaku,wawa-umairaqayyim,AnaWahid-waheedeana,ciktah-resipi-bondaku, nur-fiqah99,kak maria-salamdariborneo,ijan-blogresipi,che'iza-pangkin,mamasya-FP,FA-melayuberangan,kakAna-ElianasBakery.
ENTRY KHAS: Terima kasih, kerana sudi singgah di rumah baru saya. Bagi yang sudi letak link blog ini, terima kasih bebanyak skali lagi.Moga ia merapatkan ukhuwwah kita semua.
PERJALANAN KE BANTING-IFTAR KE-8
Kami bertolak ke Banting,kira-kira jam 2.30pm.Singgah beli lemang + rendang ayam + daging puyuh.Lemang saiz kecil RM5, rendang ayam 2 ketul sederhana RM5, rendang puyuh 1 ekor RM4(Mahal skit dan agak liat,tapi suami nak rasa).Lepas itu, kami teruskan perjalanan mengikut highway Sg.Buloh. Singgah Bro-Arts lagi,amik stok.
Then,kami teruskan laluan KL,masuk highway MEX(kalau tak silap),jalan Putrajaya. Smpai simpang,kami masuk Dengkil.Dalam perjalanan,ada satu pusat pemasaran kerepek. Suami cari kerepek pisang tanduk,kerana kat supplier kami, takde stok.Kami beli 8 Paketx400gm.Pisang tak banyak musim ni.
Perjalanan terus Olak Lempit ke Sijangkang(banyak rumah sdara suami kat situ) ke Telok Panglima Garang.Rumah mak ayah kat Tmn Teratai, tapi, kami teruskan perjalanan ke Bandar Banting,kilang kerepek(pusat pemasaran) untuk ambil maruku gerigi dan halus.Semalam ayah dah ambilkan kerepek ubi BBQ,Ubi tomato,Ubi Pedas,ubi pedas basah,keropok kacang dhal.Sampai sana, dah hampir 5.15pm, 5.30 mereka tutup di bulan pose ni.Syukur sempat sampai. Sempat lagi suami amik rempeyek kacang hijau, rempeyek kacang tanah, dan beberapa paket keropok kacang dhal lagi. Saya plak nengok jer. Banyaknya...hu hu.Dengan keta kancil,camana nak bawa balik nanti?
Saya nak cari kilang biskut raya.Kawasan kampung ni,takder mahal sangat.Saya beli ni di 2 tempat berbeza( pengedar).Semua home-based biscuit,dan diedar orang kampung tu juga. Bagus mereka ni,bantu surirumah.Saya beli biskut nestum(takde gambar,tinggal rumah mak)=RM15, biskut almond london bulat(besar, tapi cair dlm keta...hu hu)=RM16,
biskut batang buruk=RM5, coklat berkacang= RM16. Seblom ni, dah beli tat nenas= RM17.50 di tempat lain.Coklat berkacang tu..bagi saya tak rangup,tapi suami cakap mmg macam tu rasanya. Biskut-biskut lain,banyak,macam-macam dalam harga RM16- RM17.Seblom ni,ada beli biskut tat nenas(tak snap gambar).Tat nenas tu, ok jemnya, tapi teringin la,nak cari kulit tat nenas yang rasa macam ada susu tepung...
Kacangnya kurang rangup,tapi suami cakap rasenya mmg camtu.
Lama tak makan.Paket kecik jer.
Dah cair dalam keta,hu hu..actually rupanya bulat dia bersegi-segi.Lawa, tapi da takde rupe..Takpe,jangan risau,kita buat makan seblom raya. he he. Saya ni hantu coklat.
MENU BERBUKA
Kami sampai di rumah mak, kira-kira jam 6.30 pm. Mak tengah goreng pisang tanduk. Mak cakap dia nak buat rendang peparu,tapi,dah tak sempat. Syukur abang ada beli rendang dgn lemang tadi. Selalu jadi telepati antara mak dan suami ni.Rendang tu ok, tapi ayamnnya,dah macam lama.Tapi, kami makan juga dgn lemang.Pisang goreng,huish..sedap. Suami tak berenti makan.Mak guna tepung gandum, tak macam biasa yang guna tepung beras.Tapi, memang sedap. Air tangan mak kot...)
Malam tu, menu kami:
sayur lemak + rendang + lemang + ikan bawal + sambal tutok. Air nenas (buatan mak,lagi sedap buat sendiri,dari yang dijual,kan?)Malam tu,suami sakit di betis. Ntahlah,naper.Sian dia, nak terawih pun rasa krem.Lepas urut kaki suami, saya plak terlentok.Tak larat...
IFTAR 9
Menu Sahur,sayur masak lemak + peparu goreng+ kentang grg cili api.Sedap betul kentang tu.
Kentang bercili api: caranya kupas kentang, potong2,jangan tebal.Tumbuk cili api,bilis kecil, dan bawang putih dan merah. Tumis bahan tumbuk,masuk garam skit, masuk kentang,biar sampai lembut.
Peparu plak, langsung tak berbau. Kata ayah,beli peparu lembu import.Mak kata,rebus lama-lama malam tadi sampai lembut. Peparu goreng taruk garam dan kunyit jer. Sedap sangat. Saya jarang beli peparu. Nanti nak beli..
Hari tu,kami rehat.Suami lak sibuk tengok wayar letrik yg terbakar di tingkat atas. Alhamdulillah,usaha berhasil walau satu bilik jer ada lampu.
Petang tu, kami masak
daging lembu ungkep. Resipi mak simple jer: Daging, perap ngan halia + bawang putih tumbuk. Panaskan minyak skit, masuk daging, tutup.Biar air kering. Api slow. Jika masih belum lembut,masuk air lagi (seelok air bawang balance bekas tumbuk atau blender tadi). Tapi daging kami guna daging batang pinang. Jadi,cepat masak.
Gambar ni,dari FP Kak Liza lama dulu.
Sambil tu, buat pengat keladi + tepung + pisang tanduk.Sedap.Ini cara my MIL(mother in law),Caranya: Potong ubi keladi dadu. Panaskan air skit. Masak keladi,hingga empuk. Buang airnya. Panaskan air lain.Bancuh tepung gandum+air.Buat cair skit dari adunan cekodok(jemput-jemput).Sudukan ke dalam air mendidih. Biar masak sehingga ketulan tepung tu terapung.Angkat tepung.Air dalam periuk,gunakan.Tambah santan cair dan pekat, gula melaka(dicairkan dan ditapis dahulu),masuk keladi rebus,tepung dan pisang(didadu).Biar mendidih. Tutup api.
Selain tu, kami masak ikan masin masak lemak. Senang jer..Ikan masin(biasa tulang kurau), potong2,basuh. Cili kering + bawangmerah + bawang putih + sedikit lengkuas + sedikit kunyit hidup. Tumbuk atau kisar halus. Campur bahan tumbuk dengan santan.Masak sehingga ikan masin masak.Jangan lupa letak nenas,jika suka.
Menu berbuka malam tu daging ungkep + bayam goreng + ikan masin masak lemak + pengat.
Lepas berbuka,kami bersiap untuk pulang ke rumah kami.Syukur ayah sanggup pinjamkan keretanya untuk kami muatkan kerepek tu. Alhamdulillah.
Setelah melepasi 'road block' sepanjang jalan ke highway,kami terus ke laluan Rawang..dan sampai di rumah jam 10.30pm. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment