Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, August 27, 2009

Our 6 days of Iftar


Malam pertama
Saya dan suami berkemas balik kampung suami di Banting. Hajat kami,untuk bersahur hari pertama beramai-ramai.Langsung tak sempat tanya Thaqif( adik ipar yang berada di UIA) sama ada dia nak pulang bersama.Mahupun mengajak adik Siti (yang tinggal di Dmansara damai)balik bersama ke Banting Lepas suami balik kerja,around maghrib,kami solat maghrib dan terus bertolak.

Dalam kereta dapat mesej ini:

KAK SITI,TADIKA AULAD
Jadikan jalinan antaran kita terbina persis 'untaian tasbih'. Ada awal,tiada penghujung.Dibentuk untuk mengingatinya,dicantum kerana cintaNya, diratib semata-mata kerana redhaNya.Menitis air mata tika merasai kemanisanNya.Semoga jalinan ini kekal & dirahmati Allah...Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

SAYA: Alhamdulillah, moga jalinan ukhuwwah itu sentiasa ada.Fikiran teringat pada tadika, anak-anak murid, dan kanak-kanak yang pernah diasuh. Dah lama tak bertemu,ya.

Nak dijadikan cerita,kereta tiba-tiba bunyi macam-macam.Bunyinya macam ada benda patah.Suami mula risau. Waktu tu around pukul 9.30pm.Suami cakap bawah keta problem ni.Suami cakap tayar baru tukar.Ya,Allah,jangan jadi apa-apa. Haru, saya rasa nak nangis. Dalam fikiran, agaknya tak sempat sahur kat bersama mak ayah ni.Tengok kiri-kanan takde R&R. Suami ikut jalan lama,bukan jalan Putrajaya.Alhamdulillah, betul keputusan suami,kerana kami da sampai klang,tapi kat Jusco di jalan Bkt Raja. Suami cakap nak tinggal keta kat stesyen minyak,kita naik bas. Abis, beg? Saya bingung.

Dalam kebingungan, dapat mesej dari :

KAK FINA:
Assalamualaikum. Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya ALLAH, tolong abaikan puasa umat Muhammad, yang apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada orang tuanya (jika ada).* tidak bermaafan dahulu antaran suami isteri * Tidak bermaafan dahhulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan :AMIN sebanyak 3 kali.Dapatkah kita bayangkan,yang berdoa adalah MALAIKAT,dan yang mengaminkan adalah RASULULLAH dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf jika kami ada berbuat kesalahan,baik yang tidak sengaja mahupun yang sengaja.Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk.

SAYA: Terima kasih atas ingatan. Hampir 3 tahun,kita berjiran. Walaupun kita ini,housewife yang berdikari :), tapi bila berjauhan, rasa teringat pengalaman berjiran.Moga ukhuwwah berkekalan.

Kerana tak nak tidur kat plaza tol (not R&R), suami paksa kereta tu jalan jugak. Bawak slow2. Around 1 am, kami tiba jugak di Banting. Mak ayah sejak tadi asyik telefon, risaukan kami. Adik ipar, ayah nak susul kami. Tapi,suami cakap boleh sampai. He he, kerana takut tak sempat sahur, atau keta rosak lagi,kami sempat pekena nasi goreng kat kedai mamak di klang. rasanya ok.Siap niat posa lagi tuh.

Besoknya, waktu sahur, masa bangun pukul 4.45, mak dah siapkan sahur. Alhamdulillah, beruntung ada mak mertua baik. Langsung tak berkira ngan menantu. :)Maka dapatlah kami sahur bersama.

Dapat mesej NURA:
Syaaban pergi tidak terasa,ingatan murni pada yang ada,bersihkan jiwa sabar berpuasa,ramadhan membawa pahala berganda.Selamat Menyambut Ramadhan alMubarak!



IFTAR PERTAMA-sabtu
Berpuasa. Suami check kereta.Sah, kena banyak ganti. Benda yang patah tu dah banyak gores tayar.Ganti tayar 2,dan besi palang kat tayar depan.Sabar..keta tu pun dah umur belasan tahun. Terbang RM500. Sabar jelah. Untuk buka posa, macam-macam mak nak masak. Tapi akhirnya,kami masak lauk udang masak lemak, tomyam ayam, tempe goreng, ikan bawal goreng dan buat tembikai.Juga pengat pisang campur tepung dan keladi.Sedap..

Alhamdulillah, hampir maghrib, adik kami, Thaqif sampai. Katanya naik bas.Kami buka puasa beramai-ramai 8 orang,termasuk si kecil Damia( anak Rina,kak chik dalam adik beradik suami-dah 6 bulan umurnya).

Malam tu, suami,ayah,Thaqif, khalid(suami Rina) pergi jemaah kat masjid. Yang perempuan, smayang sendiri kat rumah. Kalau tahun lepas, kami beramai-ramai pergi terawih kat masjid. Tapi mengenangkan masjid selalu penuh,kami dahulukan kaum lelaki.
Lepas terawih sesorang kat bilik, saya baca buku Soal jawab puasa Himpunan fatwa,terbitan karya bestari.Sempat ulang makan pengat pisang dan keladi.
Lepas mereka balik dari masjid,masing-masing cakap,moreh tak sempat makan.Ramai datang smayang.bukan orang Taman seri jer,malah anak-menantu,cucu yang jarang balik pun, sama-sama ada. Tadipun, mak dan ayah potong buah tembikai untuk bawa ke masjid.
Mereka pun, makan pengat.He he, gembiranya saya dan mak. Kami fikir,tak habis pengat tu.

Selepas maghrib, saya hantar mesej kepada semua adik-adik saya. Spot check posa :)Alhamdulillah, semuanya dapat puasa dengan baik. Ini saya paparkan mesej adik-beradikku:

SAYA: Assalamualaikum, camane pose hari ni? :)

NURA:
Waalaikumusslam.Alhamdulillah...sume ok je...Hr ni mama msak ayam percik.k.ja dn abg tajul xnk blik puasa kt umah ke? Rindu la..(22 Aug 2009 20:09:18)

SITI:
Waalaikumsalam.ok jer..Lgpun, ct cuti ari nie, so bole ar masak skit..hehe...k.ja blk bnting ke? (22 Aug 2009 20: 12:59)

NURUL:
Waalaikumsalam...puasa hari ni ok je...yu skrg cti kt kmpg smggu...bru blik kelmarink.ja bla nk blik? raye nti blik deh (22 Aug 2009 20:26:19)

ALI:
Alhamdulillah ok no problem.li sambut awal pose dgn Nor dan Raisha kt kdh ni.Esok bru blik trganu. (22 Aug 2009 21:00:53)

SUZIE:
wslm..ok je.pose kat tempat keja.lusa offday pastu dapat dpt cuti ehsan 2ari...long camne?pose dok?blk dok pose ni?(22 Aug 2009 20:08:38)


JAWAPAN SAYA: Rindu berbuka sama-sama. Teringat masa kecil-kecil.Baiki keta baru jer habis RM 500, hu hu. Camana nak balik Terengganu ye??



IFTAR KEDUA-Ahad

Semua bangun lewat.Malam tadi kami berbual sampai pukul 12 am.He he.Kesian mak,menantunya ni lambat lagi. Mak sempat panaskan tomyam (Rina yang masak tu),dan goreng ayam. Insya Allah,akan kuperbaiki.

Berpuasa. Kami hajat nak balik tengahari. Bersama adik. Waktu tengahari, mak cakap nak masak daging kambing. Kelam-kabut mak masak. Katanya, Thaqif belum rasa daging kambing tu. Daging tu, pemberian abang As,untuk tunai niatnya sempena dapat anak.
Seekor kambing dikorbankan. Tahniah, abang As dan kak Naina. Moga anak lelaki kalian menjadi anak yang soleh. Dalam perjalanan,sempat juga singgah di Bro-Arts, ambik stok. Alhamdulillah.

Kami kemudian ke HPA kawasan Gombak, sempat beli kismis minda, air cola Radix botol besar, dan terutamanya madu dalam botol picit.He he entah betul namanya. Senang gunakan madu tu. Dulu,pernah beli madu dalam botol kaca yang besar. Susah sikit,kerana mesti hati-hati kerana tidak boleh guna sudu besi.Bila beli madu (kami dapat harga ahli:)),berbanding beli kat pasaraya yang berbotol macam tu kebanyakan buatan Australia,kami pilih keluaran muslim.Madu asli.Pasal air gas,he he, teringin minum. Saya ni susah skit,mudah kena gastrik, jadi kena hati-hati bila minum air gas.
Alhamdulillah,waktu berbuka,saya tidak sakit perut.Gasnya pun rendah,dan sedap. Lebih sedap kalau cola Radix. Waktu kami beli perisa sarsi..

Seterusnya, destinasi kami ialah,hantar Thaqif di UIA. Sempat singgah di pasar Ramadhan dalam kawasan UIA,kalau-kalau ada kuih yang menarik selera. Mengenangkan dah pukul 6.00pm,kami beli nasi terus. Saya teringin makan nasi kerabu kat Greenwood tu.Tapi,beli kat sini pun nampak sedap.Akhirnya beli nasi kerabu+daging bakar+ solok lada. Suami pula beli nasi kukus+ ayam goreng rempah.Thaqif pun sama.
Selepas hantar adik ke Mahallahnya, kami pun pulang ke rumah. Alhamdulillah,
sempat berbuka di rumah. Minuman, air soya master,yang kami beli kat kilang kerepek fazz tadi.Sedap air soya tu, pekat,tak macam air soya dalam kotak. Saya dan suami puas hati bila minum air soya tu.Jamah juga daging kambing,tapi kenyang sangat.

IFTAR KETIGA-Isnin

Sahur pulak,saya bangun awal-awal lagi. Tup-tup gas abis,ala..tak sempat masak apapun. Teringat daging kambing yang mak bagi.Syukur,ada lauk.Saya masak nasi.Pagi tu,kami bersahur ringkas, nasi+daging kambing+limau sunkist.:)

Hari ni, saya cuti umum.:) Awal Ramadhan. Jadi,sebarang pesanan akan diposkan hari Selasa. Gas pulak habis. Saya bertanya suami. Katanya,akan beli makanan berbuka di pasar kat taman kenanga. Kesian suami,dahla posa,balik kena beli gas.
Alhamdulillah, makan nasi+ pucuk manis masak lemak+ keli bercili+ sambal bilis petai.
Lepas tu, suami beli gas. Sempat saya tanya, kenapa tak panggil orang jual gas datang? Suami saya diam dan senyum jer. Saya faham,suami kurang suka orang datang rumah masa dia takde.Katanya risaukan saya.

IFTAR KEEMPAT-selasa
Alhamdulillah, bangun awal. Tapi..naper dapur ni slow apinya? la..jadi terbantutlah rasa nak masak itu ini. Saya masak sardin, dengan api sekecil-kecilnya. Kacang botor masak kicap. Hm..dapur dah rosak. Maklumlah dah masuk umur 4 tahun,sejak suami bujang lagi. Tahan betul dapur gas tu.Dah sampai masa nak rosak.

Untuk berbuka, saya goreng bihun,siap letak kepingan sotong banyak-banyak, dan sayur sawi. Nak tukar selera plak.Dalam hati, ya ALLAH, harap rasanya cukup.Kesian kat suamiku. Suami ikut jer.Waktu berbuka,tengok video pendek lagi.Dah banyak hari kami tengok video FREE MASON yang didownload dari youtube. Astaghfirullah, Islam dalam tekanan sekarang...

Lepas maghrib,malam tu, kami pergi NSK,Rawang, beli lauk dan sayur sikit.Lauk pauk dalam peti tinggal sikit jer. Tertangguh smayang terawih.

IFTAR KELIMA-Rabu
Hu hu kena guna dapur tu lagi. Saya masak sup ayam, taugeh dan carrot goreng.Ringkas,niat nak wat apam pun terbantut.

IFTAR KEENAM -khamis
Kami bersahur lewat. Sempat masak nasi, ayam goreng ayamas, dan panaskan lebihan sup.

Kami dapat jemputan berbuka dari Siti dan teman serumahnya. Apa nak masak,ya?
Akhirnya, saya pilih masak telur masin masak cili api. Akhirnya, siap,tapi...hu hu... dengan api dapur yang sangat kecil,telur tu dah hancur bercampur santan.

Lepas suami balik kerja,kami terus bertolak.Hujan.Kami sampai dah maghrib. Jadi kami smayang dulu,berjemaah. Lepas tu,kami hidang makanan.Sian Siti dan kekawannya, ceduk kuah masak lemak telur jer...Menu Siti: Tomyam ayam dan sayur, udang goreng bersos.Terima kasih,dik..lenkali jemput lagi.

Lepas tu,kami gi smayang terawih kat masjid Dmnsara Damai. Tak ramai,sayang saf banyak kosong. Rasanya, surau pun lagi penuh safnya. Di situ 20 rakaat.Kami buat 8 rakaat jer +sunat witir. Lepas tu,terus pergi TESCO kat IKEA, tengok courts mammoth dah tutup. Kalu beli kat situ, murah juga. Hanya TESCO Mutiara Damansara yang bukak sampai pukul 12 am. Jadi,kami round-round dan beli DAPUR MASAK. :)

Alhamdulillah, dapat DAPUR MASAK BARU...





No comments:

Post a Comment

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers