Assalamualaikum..... bagaimana hari ini. Sihatkah semua? :)) Moga semua teman dalam rahmat dan cinta Ilahi.
Bismillah,
Bagaimana nak Hati Besar?
Ia satu persoalan yang kerap singgah di fikiran saya.
ISU
Sentiasa, jika ada isu terkini, cerita akan datang kepada saya. Padahal saya tidak mencari pun.
Hal suami, jika ada isu yang berkaitan isu besar berkaitan kesalahan suami, janganlah bagitau sesiapa...
Sungguh....
Jangan bagitau sesiapa.
Hati saya terusik.
Terutama jika ada yang cakap, suaminya 'makan' duit isteri.
Nak luah pun, carilah orang yang akan pendam rapat-rapat kisah itu.
Yalah, mungkin salah suami dia hanya sudut itu. Tapi sudut lain, dia OK.
Jika si dia dah menyesal atas salahnya yang disebarkan isteri, mana suami nak taruk muka?
Tiada siapa mengenal suami, kecuali orang yang pernah hidup sebumbung dengannya.
Isteri mesti ' berhati besar' untuk menerima kesalahan begitu.
Itu kisah isteri yang bergaji.
(Maafkan saya berulang kali, jika ia mengguris hati sesiapa. Saya tidak suka mendengar cerita begini. Saya pun tidak suka masuk campur. )
KISAH
Kisah orang tidak bergaji pula?
Kalau bab makeover barang2 rumah, sayalah yang hampir membuat segalanya. Yang kurang cantik... saya serasikan. Saya guna segala bahan yang ada, match, dan buat mengikut ciri yang saya impikan. Saya susun di sudut yang saya suka.
Kelemahan.... suami saya jarang campur tangan, perasan 'makeover' tu pun tak.
KELEBIHAN.... suami saya jarang tidak bersetuju dgn citarasa saya. Dia mengizinkan saya mengemas, menyusun, dan menghias, mengikut apa yang saya inginkan.
Saya beruntung di situ.
Banyak saya dengar suami isteri berselisih pendapat.
Suami saya amat suka berjimat. Jadi, sekadar makeover, Insya Allah tiada masalah.
Bagi saya.... dalam part ini, suami sayalah yang berhati besar, sebab dia sangat tidak cerewet selagi itu menjimatkan kos belanja rumah.
Itu hal di rumah sewa sekarang.
KISAH TERKINI
Hal rumah baru...
:)
Dari awal lagi saya dah berpesan pada suami.
Saya tidak mahu tergesa-gesa.
Saya ingin suami saya mengambil part dalam semua hal, kerana saya mahu rumah baru kami... ada sentuhan kami berdua. Bukan saya seorang. Saya berbangga jika dapat memberitahu oranglain....
"Oh.. sudut itu hasil kerja suami saya. " :)
PINDAH DULU ATAU RENOVATE DULU?
Bila saya bercerita bab suami, tentulah saya takut kalau tersalah cakap.
Risau kalau ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya.
Tetapi suami saya tidak pernah begitu.
Dia percayakan saya.
Bayangkan saja, baru bulan April dapat kunci rumah, dan loan dilepaskan pada pemaju...
Bayaran pertama, harus pada bulan Mei, bulan ini.
Tempoh hanya sebulan.
Nak prepare untuk renovate sedikit, pasang gril, cantikkan sedikit bahagian laman, tembok pagar, kerana rumah kami lebih rendah dari rumah jiran.
Kami belum lepas lelah setelah berpenat berusaha memperoleh loan. Suami saya gemar memberitahu dan membawa saya ke sana- ke mari untuk menyelesaikan hal-hal penting seperti ini. Jika suami saya lelah, saya pun lelah. Maaf saya katakan , saya juga tahu prosedur. Bukan bergoyang kaki berharap suami menyediakan segalanya untuk saya.
Ada jugalah cadangan-cadangan supaya kami 'cepat' pindah dalam keadaan rumah yang kosong-sekosongnya...
My hubby pun nak macam tu juga. Secara logiknya, benar.... takkan hubby harus membayar 2 buah rumah. Satu rumah sewa, satu rumah baru.
Bab itu kami dah fikir dari awal, tetapi biasalah suami isteri... pendapat bercanggah.
Saya nak prepare dulu,
Hubby nak buat renovation bila dah siap pindah.
Bila ada cadangan dari sekeliling supaya kami cepat pindah dalam keadaan begitu.
Saya memang berkecil hati.
Seolah-olah saya saje suka nak membebankan suami
Kerana itulah saya berdiam diri selama berminggu-minggu dari blogging.
Saya tertekan dan buntu.
Berulang kali jugalah saya yang menata kewangan.
Kerana kebiasaannya begitulah.
Kalau suami saya, suka barang yang 'long-lasting' dan harganya mestilah agak mahal.
Tapi yang long lasting , tak mesti menepati citarasa saya.
Saya selalu ingatkan suami, jika membuat keputusan apa-apa..... fikirkan saya dahulu, bagitau saya, dan fikirkan perasaan saya. Saya yang hidup susah senang bersamanya sepanjang hayat...
SEPAKAT
Sekarang,
Kami agak mencapai kata sepakat. Suasana agak menekan, tetapi saya takkan fikirkan kata orang.
Saya ingin mempunyai 'Hati Besar'
yang tidak membandingkan kemampuan suami dengan oranglain.
yang tidak meminta keterlaluan
yang dapat menerima kesalahan si dia yang mengguris rasa saya dengan tenang.
yang dapat membetulkan sesuatu bukan secara memaksa, tetapi penuh kasih dan impian....
Saya ingin rumahtangga penuh mawaddah, sakinah wa rahmah...
Ia hanya tercapai dengan sifat kasih-sayang,
kerana kekerasan dan disiplin ialah pada Ubudiyyah kita kepada Allah. Ia tiada kompromi.
Tetapi hablun minnas (hubungan dgn manusia).... ialah secara lembut dan kasih-sayang, barulah maksud Islami itu difahami.
Saya harap Allah membantu saya dan suami
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Kalo dlm keadaan suami mampu utk byr 2 umah dlm tmph sbln,xperlah kalo amik masa skt pon.tp kalo thp rasa sesak,mgkn bgs idea pindah tuh.
ReplyDeleteBuat mana yg perlu ,yg ptg keselamatan dahulu.
Sekadar pandangan peribadi .
Salam kak Lyyn,
ReplyDeleteKak Lyyn ada experience dgn rumah subsale. Mesti kak faham keadaan kami. Terkial jugalah bila fikirkan dah start payment. :) Dup dap hati rasanya.
Harapnya semua plan kami smooth saja. Roobi yassir wala tu'assir.
Doakan kami, kak. :)