Alhamdulillah, saya berada di sini. Isnin lalu, saya dapat online sekejap, kemudian, internet putus berhari-hari.
Saya baru balik dari Besut. Seminggu saya berada di sana. My Hubby outstation. :))
Aktiviti balik.... hurm, memasak, mencuci, mengemas. hehe...
Apa gunanya anak perempuan jika tidak meringankan tangan membantu kerja rumah?
Itulah saja yang meringankan hati saya bila berjauhan begini.
Selain itu, berborak, bergaduh, dan berborak lagi. haha.
:)
Aneh, bertekak sekali sekala terasa manisnya. macam cakar cakar kucing, tidak sampai ke hati.
Juga berhati-hati.
:)
Bila My hubby tak ikut, dia jauh nun di Jepun.
Saya terasa hilang sebelah, tetapi adik-adik yang mengisi kekosongan itu.
Kami tidur satu katil.
Kadang-kadang ada teddy di tengah (maklumlah semua gadis bujang, kecuali saya, sebab saya dah tak perlukan teddy ;)
saling melihat pakaian satu sama lain,
saling melihat perhiasan terbaru mereka,
saling menatap body sama lain ( haha...)
berborak sampai terlelap.
Masa itulah, saya terkenang, adik-adik dah lama tidak rasa kasih sayang saya, sebab kalau saya balik atau bila mereka datang ke rumah,
Saya tidur dengan my hubby.
saya masak pun ikut citarasa hubby.
Meskipun saya cuba menjaga hati mereka,
Saya rasa saya dah jadi oranglain,
barangkali itulah yang mereka rasa, saya barangkali dah terlalu jauh, buat apa-apa mesti untuk suami.
Padahal ia tidak begitu, sebab saya tidak pandai barangkali.
Tidak tahu bagaimana.
Sebab itulah, hati saya terpalit hiba, setiap kali setiap bulan suami membawa saya balik ke Banting,
saya melihat my Hubby tidur berderet dengan adiknya Thaqif, kadang-kadang Ayah pun ada sekali. :)
Masa itu, saya rasa bersalah pada adik-adik.
Serius,
Kita harus tahu bersifat belas kasihan,
Kita harus tahu menunjukkan rasa sayang,
Saya tidak tahulah mengapa ada sesetengah orang takut menunjukkan rasa sayang kerana
Sindrom ' Takut Orang Pijak Kepala '.
Menunjukkan rasa kasih itu berbeza dengan memanjakan.
Berbeza.
Saya pernah dinasihati :
" Anak-anak ni, penjaga kita bila kita dah tua. Masa dia dengan kita, berilah apa yang dia nak. Bila dia sayang kita, dia takkan tinggalkan kita."
Begitukah? Bagaimana pula jika hati dia berubah? Itulah soalan bodoh saya di dalam Hati.
Masa tu umur saya dalam 19 tahun.
Bila dah besar begini, saya belajar,
Anak-anak itu amanah Allah. Tanggungjawab kita ialah membesarkan dia, mendidik dia, menyayangi dia, menyara dia sehingga mampu berdiri sendiri tanpa mengungkit-ungkit atau mengharap balasan.
Apa yang ibubapa bagi dengan ikhlas, Allah akan balas balik segala kebaikannya.
Saya pernah terpempan bila ada seseorang berkata pada saya :
" Ibu mertua memang tegas dengan menantu. Sebab itulah mertua akan nampak lebih kasih pada anak-anaknya saja atau cucu, tapi tidak pada menantu. Dia sayang, bukan tak sayang. Tapi dia takut menantu akan pijak kepala. "
Itukah rahsia bahagia dan membahagiakan?
Er, macam buku dr Muhaya je.. :)
Tidak luak bila kita memberi kasih sayang,
Tidak bila kita mengenal hati budi seseorang.
Saya selalu mendengar cerita orang. Sebelum kahwin, seorang gadis akan mengikut cara ibunya. Tetapi selepas kahwin, dia mudah mengikut cara mertuanya. Terutama yang tinggal serumah atau yang selalu balik. Jika dia tidak mahu belajar cara mertuanya, memang payahlah dia nak masuk ke dalam keluarga suami. Itu hakikat. Kita tak boleh pentingkan cara kita sahaja, atau berpegang dengan cara kita sahaja. Jika menantu itu mahu belajar, haruslah ditunjukkan cara dan sikap yang baik, supaya mertua itu tinggi di hati menantunya , dan dia berasa bangga berada di dalam keluarga suaminya. Menantu berasal dari keluarga lain , dan dia juga mempunyai penilaian sepertimana oranglain menilai dirinya. Jika dia tidak sombong dgn harta, kecantikan atau keturunannya keluarganya, dan mahu bertolak-ansur dengan segala, bermakna dia sangat mahu mencintai keluarga suaminya sepertimana dia mencintai suaminya. Sepertimana dia mahu disayangi.
Saya komen panjang, bukan kerana siapa-siapa. Saya kasihan pada mereka. Dan itulah nasihat saya kepada si ibu. Yalah, bukan nasihat, barangkali cuma 'fikiran bodoh' saya.
:)
Hakikat yang jelas, isteri tetap akan kalah dengan suami dan mertua. Tiada konsep tarik-menarik. Tiada konsep ungkit-mengungkit. Kita lakukan tanggungjawab kerana itu yang diamanahkan Allah.
Allah percayakan anda, kerana itu Allah memberi anda amanah dan tanggungjawab untuk dilaksanakan sepanjang hidup kita. Jangan persiakan kepercayaan Allah.
When it's said "God believes in you" it means, he puts his trust in you. belief here is not the religious belief which includes worship and adoration. it just means trust and confidence. The God created man for a purpose. he gave him a trust and a responsibility. it's obvious that he believes in man, otherwise he wouldn't give him his trust...
Maafkan saya, dari kisah adik, bersambung kisah rumahtangga pula. Saya berkata dengan hati, tetapi mengambil iktibar atas segala
Kita kena berani belajar sesuatu yang baru, dan berani menerima kelemahan sendiri.
"Willing to learn and willing to accept"
Takmo la dengar lagi hal takut pijak-pijak kepala. Semua orang memerlukan kasih-sayang. Tiada Anak tanpa masalah, itu dah fe'el mereka. Tiada suami atau isteri yang merajuk-rajuk kecuali mereka mahukan perhatian. Tiada ibubapa yang menangis kecuali berasa jauh dari anak-anak. Bukan benci, bukan marah. Semata-mata inginkan kasih-sayang...
Saya rekemen buku:
CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANNA
TRAVELOG CINTA ABADI
TRAVELOG IMPIAN ABADI
BUKAN SEKADAR RESIPI
JANGANLAH BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA.
5 TAHUN, 5 BULAN, HLOVATE? hahaha...
Biasalah perempuan, emo...... ;)
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment