Assalamualaikum.
Sepanjang tidak online, saya tidak tahu berkata apa. Ada banyak benda yang saya fikirkan.
Alhamdulillah,
Kami baru mendapat kunci rumah.
Berbincang-bincang dgn penuh teliti dan harapan berbunga...
Duit bukanlah masalah besar. Tetapi paling besar ialah, CARA kita membelanjakannya.
Cara kita menerima HAD-HAD belanja.
Cara saya meluaskan erti qanaah dalam menerima kemampuan.
Saya mengambil tauladan dari orang sekitar saya.
Suami menyalahkan isteri sebab berkeinginan macam-macam.
Isteri menyalahkan suami sebab tidak memahami keinginannya.
Fikiran isterimu ini selalu keliru,
Wahai Suamiku.
Suami saya tiada pencen untuk hari tua,
Jadi saya berharap kami dapat menabung untuk kegunaan hari tua kelak.
:)
Kwsp mungkin bakal habis untuk mmbayar hutang piutang yang ada.
Jadi saya berharap kami dapat lunaskan hutang sebelum usia 50 tahun.
:)
Belum lagi masa depan bakal anak-anak..
yang saya berharap dapatlah menabung.
:)
Jadi bagaimana?
Saya masih tidak tahu.
:))
Senyumlah demi mengharap rahmat masuk ke rumah dan ke dalam dada..
Sayang,
Ya, mungkin sekarang, bukan masanya kita menikmati hidup.
Mungkin sekarang ini ialah waktu kita struggle membina rumahtangga
dan struggle DEMI membina masa depan dan bekalan hari tua.
Saya ingin menjaga rumahtangga baik-baik.
Saya cuma berharap rumahtangga saya bahagia...
Penuh sakinah, mawaddah wa rahmah,
Itu saja.
Saya tidak mahu memandang kenikmatan oranglain,
Yang sering membuat hati ini keliru.
Harapan saya agar suami saya menjadi tauladan dan pembimbing terbaik buat kami,
Penuh kasih-sayang dan Cinta,
Isterimu.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)" dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.
Sumber: pmo.gov.my
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment