Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Tuesday, February 19, 2013

hati bercantum, kasihnya padu.


Bismillah,
Hari hujan yang dingin. :)  Meskipun badan tak larat, sempat jugalah memanaskan nasi goreng dan buatkan air teh utk hubby tersayang. Setelah 2 hari berkampung di botanic utk membaikpulih rumah, bila balik rumah sendiri di BB...banyak betul kerja rumah yang nak kena buat. Akhirnya saya terlantar. Gastrik menyerang kembali...
Teringat masa tengah sibuk di sana, saya betul2 rasa dimanjakan. Dah penat buat kerja bersama, bila time nak smayang cuci badan dan Hubbylah yang belikan makanan di bawah. Dah boring, kami jalan2 cari barang DIY kat Jusco Bkt Tinggi. Hum, untung betul orang yg tinggal kat sini, dekat ngan pasaraya besar.. Lepas tu, kami tido atas tilam bujang. hahah..


Allah,
Masa hujan begini saya teringatkan keluarga di kampung.
Allah memberikan saya masa untuk memikirkan soal-soal rumit, sedangkan saya melihat oranglain tiada masa pun utk memikirkan ttg diri sendiri. Allah menyuruh kita bertawakkal, Allah menyuruh kita berbaik sangka, Allah menyuruh kita menjaga diri sendiri, barulah mampu menjaga mahupun mengambil berat hal oranglain.
Tetapi itu tidaklah sehingga kita tidak berbelas IHSAN.

Seperti yang saya ceritakan dalam post kelmarin, saya sering berkata kepada diri, bukanlah saya tidak mahu mengatakan ya utk semua perkara... tetapi saya juga ada batas kemampuan, saya tidak lupa utk meminta maaf.

Dan saya sering berkata kepada diri, jangan bersalah sangka, berkecil hati sekiranya orang yang kita harap-harapkan tidak mampu meluangkan masa utk kita, kerana pergantungan kepada manusia itu tidak kekal.

:)
Saya sentiasa mahu mengenang memori indah semasa orang bersama-sama kita, dari memikirkan sakit hati kerana orang tidak pedulikan kita. Apakah? :D
Ia ubat yang mujarab.

Prof Muhaya berkata, kebahagiaan seseorang itu tidak sunyi dari sikap memberi.  Memberi juga dari pelbagai sudut, kasih-sayang, tenaga, juga wang.. Sebab itu kita lihat orang yang kelihatan berseorangan pun, masih kelihatan bahagia kerana dia rajin menghulur tenaga kepada orang yg benar2 memerlukan, orang yang benar2 kesusahan.
Kita marah bila diuji dengan sedikit kesusahan. Kenapa?  Menurut Prof dr Muhaya, barangkali kerana kita  kurang bersyukur semasa mndapat nikmat.
Sedikit tazkirah hati drpd al Quran: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2012/11/hilang-arah.html



 Go towards him walking, He will come to you running..


Pagi ini,
Saya membaca sebuah cerita tentang Ummu Syuhada'  di iluvislam. Ummu yang benar2 bahagia kerana keempat anak-anaknya mndapat kampung yg abadi di negeri akhirat, kerana berperang di jalan Allah.

Dia tidak pernah bersungut, sama ada anak-anaknya yang mana bakal menjaganya bila dia uzur, ataupun anak yang mana memberinya duit. Dia tidak kisah ttg kehidupannya di dunia yang tidak kekal. Bahkan dia bakal berseorangan kerana dia janda. Yg dia tahu, Allah sentiasa ada.

Masih ingat cerpen ataphijau,  Diari Hati seorang Ibu? 







Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, February 18, 2013

Alhamdulillahi rabbil 'aalamin.



Masa untuk diri sendiri.

Benarlah kata orang, satu saat  kita sangat terluang masa, banyak lebihan duit, mudah mengatakan ya kepada orang yang meminta dan memerlukan kita.  Mungkin satu saat yang lain, kita tidak lagi mampu berbuat begitu.

Makin bertambah tanggungjawab, makin sibuklah kita.

Tetapi jangan sangka ia berterusan begitu. Yakinlah, satu saat nanti bila ribut itu reda... kita akan kembali ke kedaan pertama.  Dan hidup akan sentiasa berulang-ulang begitu,
sesuai dengan tahap kematangan kita dan tanggungjawab.

Alhamdulillah, ma dan arwah abah saya sangat memahami hal ini. Sebab mereka ibubapa kita.  Jika ada yang berkata bukan-bukan pun, hanyalah oranglain, yang kurang memahami keadaan kita. Sekeras mana orang mengata sekalipun, saya percaya, ma dan arwah abah tidak pernah bersalah sangka kepada anak atau menantunya. Meskipun kami tidak mampu meluangkan masa yang banyak utk mereka.
Mereka tahu, masa yang kami luangkan seboleh-bolehnya ialah Quality time.
Sebab itulah, saya dan suami tidak duduk diam semasa berada di kampung. Sejak arwah abah ada bersama kami lagi. Kami cuba meringankan tulang membuat kerja yang patut. 

Mereka tahu, kami berusaha menjadi anak-anak yang soleh.


Alhamdulillah,

Kelmarin,  usaha membaik pulih rumah di botanic 80% dah siap.  Mengecat dan membersih mana yang belum disental.
Kelmarin, keluarga hubby datang meramaikan tangan untuk membantu.  Alhamdulillah, terima kasih semua. :))


Sejak penyewa keluar,  kami diamkan saja rumah apartment  itu dan fokus kepada rumah yang baru dibeli.  Setelah selesai berpindah,  masih ada lagi yang kami perlu buat di rumah baru. Yalah, tak semuanya kami mampu buat sekaligus.  Rumah baru, memerlukan bajet. Ada yang terpaksa hold dan make over sedikit-sedikit.

.............


Dalam pada itu, dalam bulan-bulan berikutnya banyak perkara lain yang menimpa dan sangat sukar utk saya hadapi.  Tetapi ketabahan, demi ketabahan saya kutip satu persatu.  Yang mana kata-kata orang, saya tak mampu tepis semuanya. Hampir terduduk jugalah saya, fikiran buntu.  Maklumlah, ia berkait rapat dgn Ibubapa kita....

Mintak maaflah kepada sesiapa yang rasa terabai, kerana  saya juga ada batas kemampuan.

..........

:) Tak apalah. Kita sambung.

Dalam pada itu, bajet perlu ada juga untuk rumah apartment itu, sebab ingin dibaik pulih. Dah banyak kali kami berulang-alik ke sana. Jauh juga dari BB. Pergi ke sana hendak membuat kerja, jadi kepenatan jugalah, menguruskan 2 buah rumah.  Satu nak kerjakan rumah baru yang masih kekurangan kabinet utk mengemas,  satu lagi rumah yang nak disewakan pada orang.


Sejak awal perkenalan, saya dah tahu suami mempunyai rumah aprtmt dan kedai yg dibelinya. Orang cakap, baru bercinta dah ada rumah. Tetapi hakikat sebenarnya tidak. Saya tahu tanggungjawab besar yang suami ada,  iaitu  HUTANG.   Suami mahu membuat pelaburan.

Itulah anak-anak kami, " rumah apartment dan lot kedai di damansara".
Sejak awal perkahwinan, itulah yang kami sara.  Banyak pengorbanan yang kami lakukan utk itu. Belanja rumah semuanya dijimat-jimatkan untuk membayar loan.

Setelah berjimat cermat 7 tahun,  barulah  kami membeli rumah sendiri untuk  keluarga kecil kami. Dan sebagai seorang isteri, saya tidak putus-putus bersyukur.

Moga sahabat dan keluarga tersayang sentiasa dilimpahkan Allah rahmat. Hanya itu yang seorang wanita bergelar isteri dan ibu harapkan...





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, February 15, 2013

Andai begitu

Jika  sudah tidak tahu bagaimana untuk memaafkan manusia.

1. Sebab kita bersangka yang bukan-bukan. Kita harus bersangka baik KERANA Allah, jangan berputus asa.

2. Berdoalah agar niat baik kita diberkati Allah.

3. Seorang muslim tidak sekali-kali menanggung dosa oranglain. Jadi, jangan melakukan atau menanggung sesuatu yang di luar kemampuan kita. Jika mampu, tolonglah dia. Jika tidak mampu, doakan dia.

4. Setiap dari kita akan disoal sama ada kita melakukan dakwah dan bimbingan kepada seluruh umat manusia, sekecil dakwah kepada kaum keluarga kita sendiri dgn cara yang sangat bijaksana.

5. Jangan mengharap oranglain melakukan sesuatu untuk kita. Kita harus belajar mengadaptasi dengan suasana, dan bergerak melakukan sesuatu.

6. Ada 3 keadaan yang banyak dikatakan oleh al Quran dan rasulNya. Jagalah 3 perkara ini, jangan pedulikan kata-kata oranglain yang mahu memporak-perandakan kita:

Ibubapa yang tidak harus mengabaikan kebajikan anak-anaknya.
Anak-anak mendengar nasihat ibubapa dan menjaga hati mereka.
Seorang isteri yang mematuhi dan melayani suaminya.

7. Meskipun kita berkorban demi kebaikan semua orang, tetapi tidak sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai orang yang beriman. Hanya orang yang beriman mampu berkorban tanpa mengharapkan balasan, selain pahala dari Allah.

" Bukankah kita menuai untuk akhirat? "

8. Seperti kata doktor Muhaya, perasaan bahagia itu datang dari dalam (dari hati) kita. Jika kita bersyukur, kita akan rasa bahagia dgn apa yang kita ada, atau tidak ada.

9. Blog ialah tempat, diari saya dalam mengharung kehidupan sebagai seorang isteri. Pahit, atau manis, ia satu perjalanan hidup. Kita yang harus 'berhati' kaya, Qanaah dgn apa yang ada.  Tulang belakang sebuah rumahtangga ialah wanitanya . nakhodanya ialah suami kita.  Kena jaga diri kita baik-baik, barulah mampu mengasihi oranglain...

10. Orang mungkin tidak menghargai pemberian kita , maka pedulikanlah sikap orang yang begitu.  Kedewasaan ini kadang-kadang amat mencengkam sakitnya. Usah digaul perasaan itu dengan kecewa. Duit bukan penyelesai segala masalah, tetapi jiwa kita yang lapang... Niat kita ikhlas, akan diberkati Allah.






 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers