Masa untuk diri sendiri.
Benarlah kata orang, satu saat kita sangat terluang masa, banyak lebihan duit, mudah mengatakan ya kepada orang yang meminta dan memerlukan kita. Mungkin satu saat yang lain, kita tidak lagi mampu berbuat begitu.
Makin bertambah tanggungjawab, makin sibuklah kita.
Tetapi jangan sangka ia berterusan begitu. Yakinlah, satu saat nanti bila ribut itu reda... kita akan kembali ke kedaan pertama. Dan hidup akan sentiasa berulang-ulang begitu,
sesuai dengan tahap kematangan kita dan tanggungjawab.
Alhamdulillah, ma dan arwah abah saya sangat memahami hal ini. Sebab mereka ibubapa kita. Jika ada yang berkata bukan-bukan pun, hanyalah oranglain, yang kurang memahami keadaan kita. Sekeras mana orang mengata sekalipun, saya percaya, ma dan arwah abah tidak pernah bersalah sangka kepada anak atau menantunya. Meskipun kami tidak mampu meluangkan masa yang banyak utk mereka.
Mereka tahu, masa yang kami luangkan seboleh-bolehnya ialah Quality time.
Sebab itulah, saya dan suami tidak duduk diam semasa berada di kampung. Sejak arwah abah ada bersama kami lagi. Kami cuba meringankan tulang membuat kerja yang patut.
Mereka tahu, kami berusaha menjadi anak-anak yang soleh.
Alhamdulillah,
Kelmarin, usaha membaik pulih rumah di botanic 80% dah siap. Mengecat dan membersih mana yang belum disental.
Kelmarin, keluarga hubby datang meramaikan tangan untuk membantu. Alhamdulillah, terima kasih semua. :))
Sejak penyewa keluar, kami diamkan saja rumah apartment itu dan fokus kepada rumah yang baru dibeli. Setelah selesai berpindah, masih ada lagi yang kami perlu buat di rumah baru. Yalah, tak semuanya kami mampu buat sekaligus. Rumah baru, memerlukan bajet. Ada yang terpaksa hold dan make over sedikit-sedikit.
.............
Dalam pada itu, dalam bulan-bulan berikutnya banyak perkara lain yang menimpa dan sangat sukar utk saya hadapi. Tetapi ketabahan, demi ketabahan saya kutip satu persatu. Yang mana kata-kata orang, saya tak mampu tepis semuanya. Hampir terduduk jugalah saya, fikiran buntu. Maklumlah, ia berkait rapat dgn Ibubapa kita....
Mintak maaflah kepada sesiapa yang rasa terabai, kerana saya juga ada batas kemampuan.
..........
:) Tak apalah. Kita sambung.
Dalam pada itu, bajet perlu ada juga untuk rumah apartment itu, sebab ingin dibaik pulih. Dah banyak kali kami berulang-alik ke sana. Jauh juga dari BB. Pergi ke sana hendak membuat kerja, jadi kepenatan jugalah, menguruskan 2 buah rumah. Satu nak kerjakan rumah baru yang masih kekurangan kabinet utk mengemas, satu lagi rumah yang nak disewakan pada orang.
Sejak awal perkenalan, saya dah tahu suami mempunyai rumah aprtmt dan kedai yg dibelinya. Orang cakap, baru bercinta dah ada rumah. Tetapi hakikat sebenarnya tidak. Saya tahu tanggungjawab besar yang suami ada, iaitu HUTANG. Suami mahu membuat pelaburan.
Itulah anak-anak kami, " rumah apartment dan lot kedai di damansara".
Sejak awal perkahwinan, itulah yang kami sara. Banyak pengorbanan yang kami lakukan utk itu. Belanja rumah semuanya dijimat-jimatkan untuk membayar loan.
Setelah berjimat cermat 7 tahun, barulah kami membeli rumah sendiri untuk keluarga kecil kami. Dan sebagai seorang isteri, saya tidak putus-putus bersyukur.
Moga sahabat dan keluarga tersayang sentiasa dilimpahkan Allah rahmat. Hanya itu yang seorang wanita bergelar isteri dan ibu harapkan...
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment