Bismillah,
Hari hujan yang dingin. :) Meskipun badan tak larat, sempat jugalah memanaskan nasi goreng dan buatkan air teh utk hubby tersayang. Setelah 2 hari berkampung di botanic utk membaikpulih rumah, bila balik rumah sendiri di BB...banyak betul kerja rumah yang nak kena buat. Akhirnya saya terlantar. Gastrik menyerang kembali...
Teringat masa tengah sibuk di sana, saya betul2 rasa dimanjakan. Dah penat buat kerja bersama, bila time nak smayang cuci badan dan Hubbylah yang belikan makanan di bawah. Dah boring, kami jalan2 cari barang DIY kat Jusco Bkt Tinggi. Hum, untung betul orang yg tinggal kat sini, dekat ngan pasaraya besar.. Lepas tu, kami tido atas tilam bujang. hahah..
Allah,
Masa hujan begini saya teringatkan keluarga di kampung.
Allah memberikan saya masa untuk memikirkan soal-soal rumit, sedangkan saya melihat oranglain tiada masa pun utk memikirkan ttg diri sendiri. Allah menyuruh kita bertawakkal, Allah menyuruh kita berbaik sangka, Allah menyuruh kita menjaga diri sendiri, barulah mampu menjaga mahupun mengambil berat hal oranglain.
Tetapi itu tidaklah sehingga kita tidak berbelas IHSAN.
Seperti yang saya ceritakan dalam post kelmarin, saya sering berkata kepada diri, bukanlah saya tidak mahu mengatakan ya utk semua perkara... tetapi saya juga ada batas kemampuan, saya tidak lupa utk meminta maaf.
Dan saya sering berkata kepada diri, jangan bersalah sangka, berkecil hati sekiranya orang yang kita harap-harapkan tidak mampu meluangkan masa utk kita, kerana pergantungan kepada manusia itu tidak kekal.
:)
Saya sentiasa mahu mengenang memori indah semasa orang bersama-sama kita, dari memikirkan sakit hati kerana orang tidak pedulikan kita. Apakah? :D
Ia ubat yang mujarab.
Prof Muhaya berkata, kebahagiaan seseorang itu tidak sunyi dari sikap memberi. Memberi juga dari pelbagai sudut, kasih-sayang, tenaga, juga wang.. Sebab itu kita lihat orang yang kelihatan berseorangan pun, masih kelihatan bahagia kerana dia rajin menghulur tenaga kepada orang yg benar2 memerlukan, orang yang benar2 kesusahan.
Kita marah bila diuji dengan sedikit kesusahan. Kenapa? Menurut Prof dr Muhaya, barangkali kerana kita kurang bersyukur semasa mndapat nikmat.
Sedikit tazkirah hati drpd al Quran: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2012/11/hilang-arah.html
Go towards him walking, He will come to you running..
Pagi ini,
Saya membaca sebuah cerita tentang Ummu Syuhada' di iluvislam. Ummu yang benar2 bahagia kerana keempat anak-anaknya mndapat kampung yg abadi di negeri akhirat, kerana berperang di jalan Allah.
Dia tidak pernah bersungut, sama ada anak-anaknya yang mana bakal menjaganya bila dia uzur, ataupun anak yang mana memberinya duit. Dia tidak kisah ttg kehidupannya di dunia yang tidak kekal. Bahkan dia bakal berseorangan kerana dia janda. Yg dia tahu, Allah sentiasa ada.
Masih ingat cerpen ataphijau, Diari Hati seorang Ibu?
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment