Bismillah,
Saya fikir, saya macam oranglain. Tetapi tak juga. Bila saya membantu oranglain di rumah mereka, saya sering bertanya mereka apa yang diperlukan, barulah saya buat. Bahkan nak letak barang pun saya perhatikan kat mana mereka letak supaya ia kelihatan sama sprt yang mereka nak.
Adakala ada orang menegur sebab kita kelihatan 'tertib' sangat. Tak apalah, kelihatan tertib lebih baik daripada kita dipandang 'tak sedap'.
^__^
Sebab saya tahu, tak semestinya cara kita sentiasa betul...
Kat rumah orang kena ikut cara orang. Biarpun kita rasa lain sangat.
Tetapi... tak semestinya orang pun akan buat perkara yang sama kepada kita.. kan?
We must not expect the same thing :)
Itu situasi lain. Kalu bab kami berdua, saya pun selalu bertanya mr Hubby, nak letak mana barang-barangnya. Mana spot yang dia suka letak. Selalunya dia suruh biarkan saja. Tetapi selalunya saya jugalah yang 'perhatikan' kat mana SPOT dia suka letak, dan saya akan cari solution supaya boleh letakkan di situ tetapi lebih tersusun.
Bahkan, pasal nak susun kabinet rak pun saya bertanya Hubby supaya kita sama-sama puas hati. sebenarnya saya mahu menggembleng IDEA ;) Barulah rasa satu family.
Bertanya tak semestinya kita tak pandai.
Dulu,
masa tinggal di apartment, ada ketikanya Mr hubby tolong menyidai pakaian. Tapi itulah, Hubby main letak jer hanger penyidai tu. Saya tegur supaya jarak-jarakkan sedikit, agar pakaian ada laluan angin dan tidak berbau sebab cahaya balkoni agak kurang.
Sekarang ini pun, saya masih mengamalkan cara tu, meskipun dah tinggal di rumah atas tanah. Cahaya matahari atas kepala terus. :) Saya masih jarak-jarakkan hanger supaya cepat kering. Kita tak boleh ramal cuaca ni. Lagipun mesin basuh saya tak besar mana, bila masuk pakaian full saja, keringnya tak sempurna macam mesin basuh saiz besar.
Tapi bezanya sekarang, Hubby mahu menjaga hati saya... dgn cuma membantu menyangkut pakaian ke hanger, lalu saya yang susunkan jaraknya pada penyidai pakaian. :)
At least tak merasalah saya mesin basuh besar, kan sayang?
Hehehe...
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment