Moga teman-teman dan visitor ceria hari ini.
Sekarang ini, saya kerap membekalkan makanan buat Hubby.
Harini bekalnya nasi putih dgn lauk bilis. Itu saja yang ada. :)
Mula-mula dulu, terkesan dgn bekal kak watie , watierman setiap pagi untuk suaminya.
Tapi saya buat breakfast.
Mula-mula dulu, Hubby segan gak bila saya letak bbrp bekas tupperware (yang ni bukan berjenama, ya :). Dia nak satu bekas jer. Lepas tu, saya letak dalam satu tupperware yang ada separation tu, tapi kecik sangat portion yang boleh letak dalam bekas tu..
Satu hari, bila dapat hadiah tupperware dari jabatan, 1 botol air dan bekas tupperware (mahal kan, jenama tupperware?), Hubby makin selesa nak bawa bekal makanan ke kilang.
:) Lega sangat. Sebab Hubby selalu tak sempat nak jamah breakfast yg saya buat, selalunya sekali dua suap jer, lepas tu tinggal. Dia nak cepat ke kilang.
Selalu saya tanya, tak sedap ke? Dia kata ok, sedap, cuma tak sempat makan. Kadang-kadang disuruhnya blend Protin je. Geram betul, saya. hehe.
Saya takut dia lapar.
Sekarang ni, kalu bawak 2-3 bekas makanan pun, Hubby dah tak segan. Campur air teh susu dalam botol air lagi (botol air yang BPA free-Bros). Dia selalu juga mmbahagikan kpd teman sekilang, kecuali portion cukup utk sorang jer. Maklumlah breakfast.
Alhamdulillah. ^__^
Nurindah: Tetapi, bab bekal ni, saya SEGAN betul kalu orang datang ke rumah saya membawa nasi dan lauk begitu banyak. Cukup makan satu family. Sama ada dibeli atau dimasak.
Bukan tak sudi, saya rasa segan dgn cara begitu. Saya tuan rumah... biarlah saya sediakan utk yg ramai-ramai. Ya, mungkin adat orang lain-lain, tetapi saya seganla kalu begini... serba-salah.. :)
Kalaupun membawa sedikit juadah utk dirasa, pun saya dah seronok. Orang yang membawa pun rasa seronok sebab kita mahu merasa masakannya. :)) Itu dah memadai, tidak perlulah membawa banyak-banyak... Itu dah jadi tanggungjawab tuan rumah, kan? :D
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment