
Bismillah,
Selalunya orang cakap Give and take.
Orang kata, kita kena berbuat baik kpd orang, meskipun orang itu tak berpuas hati dgn kita. (tahan ke? :)
Juga, tak semestinya kita kena penuhi semua kehendak oranglain semata-mata untuk orang menyukai dan menerima kita.
Jika kita sombong, orang lagi sombong ngan kita.
Jika kita baik, orang lagi baik dgn kita.
Hum.
Salah satu kelemahan saya "satu ketika dahulu' ialah, saya mudah lembut hati. Saya cuba sedaya upaya memenuhi permintaan orang. Meskipun saya berada dlm keadaan sempit dan letih. Hubby menegur juga, tetapi saya tak sampai hati menolak permintaan orang.
Saya percaya kasih-sayang akan dibalas kasih-sayang.
Bila kita melindungi seseorang, kita akan dilindungi Allah.
Kemudian,saya dapati apabila pada satu masa saya tidak mampu memenuhi kehendak orang, saya dikata-kata, orang sanggup/sampai hati menunjukkan perasaan marah pada saya tanpa mahu memahami 'duduk perkara'. Bila dijelaskan pun, orang masih tidak berpuas hati dgn penjelasan.
Saya fikir, kenapa? Adakah baru nampak sikap sebenar orang itu?
.....
Kita hanya boleh berlagak dan marah-marah jika kita TAK PERNAH perlukan oranglain. Tetapi adakah kita tak pernah perlukan oranglain?
Manusia sentiasa saling memerlukan. Cuma jangan menyusahkan, itu sahaja.
..........
:) Hari ini, saya percaya kita TIDAK HANYA bertawakkal. Kita harus mempunyai 'teknik' dalam perhubungan. Manusia diberikan akal yang bijak. Kita harus belajar mengadaptasi segala. ( bukan memanipulasi :)
Selama ini saya 'melihat' berdasarkan 'tauladan dari pengalaman hidup' diri sendiri dan oranglain. Saya tak mahu hal itu terjadi ke atas saya. Dan pelajaran rupanya bukan setakat itu, kita lebih tahu apa yang kita nak.
........
Ihdinassirotol mustaqim (Ya Allah, tunjukkan daku jalan yang lurus..)
Jika ada masalah, bacalah surah al Fatihah, terutama doa di atas.
Apa yang kita dengar tak semestinya begitu, apa yang kita nampak tak semestinya begitu. Kadang2 akal kita ditipu oleh syaitan. Sebab itulah, kita baca A'uzubillahi minassyaitan nirrajim sebelum baca al Fatihah, kan?
Jelas, BIARLAH orang yang begini marahkan kita kerana tidak berpuas hati kerana 'kadang-kadang' kita tak mampu (bukan tak nak) menurut segala kata dan kemahuan, tetapi kita masih mampu senyum berbuat baik dgn mereka.
daripada kita cuba memuaskan hati orang begini , tapi satu hari kita berhenti daripada segalanya.
Bertegas.
Tua tak semestinya tahu semua. Jgn kita harapkan segalanya dari mereka (atau kita berlagak tahu dan tidak merendah hati :)
Muda tak semestinya kuat semua. Jgn kita asyik nak mengerah semua tenaganya (atau kita berlagak kuat :)
Kaya tak semestinya mendapat semua. Jgn kita asyik meminta.
Miskin tak semestinya tidak bahagia. Jgn perlekehkan taraf hidup mereka.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum indah.
ReplyDeleteSemasa kita sedang mengalami ujian kita rasa seperti sedang di hempap loceng yang besar dan kita terkurung didalamnya. Sedikit-demi sedikit kita angkat loceng tersebut mencari jalan keluar. apabila kita sudah terlepas Masyallah rupa-rupanya sebenarnya kita kuat.
Begitu juga semasa bermasaalah dalam perhubungan dengan orang lain,dari permasaalahan itu kita mendapat banyak ilmu,tanpa kita sedari kita telah menjadi seorang yang matang.
Salam makbonda,
ReplyDeleteSedang berusaha, utk menjajah kelemahan diri. Doakan saya.. :)