Hebahan; http://majlisilmu.blogspot.com/
Adab mengikuti majlis ilmu sepanjang saya dan suami mengikuti kuliahnya :
1. Hanset sama sekali kena off atau silentkan tone. Dilarang menjawab telefon semasa kuliah, kerana ia boleh mengecilkan hati penceramah.
2. Tidak membawa majalah atau bermain hanset sepanjang kuliah.
3. Jangan berlunjur kaki atau menyandar di tiang dinding. Jika benar2 keletihan, menyoroklah sikit. :)
4. Tegah anak dari bising atau berlari-lari di hadapan syeikh. Anak boleh bermain di ruang lain.
5. Wanita sama sekali dilarang berbisik-bisik atau berborak. Tunggu waktu rehat.
6. Duduk dengan tegak seboleh mungkin. Tunjukkan minat belajar.
7. Lihatlah cara anak-anak sekolah pondok atau tahfiz belajar, tekun, fokus, mengadap tuan guru. Begitulah jua cara dan adab kita mengikuti majlis syeikh.
8. Waktu bertanya ada masanya. Apabila syeikh mengizinkan.
9. Jika itu pengajian kitab, bawalah kitab jika ada. Setidak pun, bawa buku dan pen. Kitab perlu dibawa elok2, sebab syeikh menyuruh kita menghormati ilmu.
10. Kuliah syeikh tidak serius, ia santai.... ralit/khusyuk dibuatnya. :) Syeikh seorang yang mesra , cuma semasa kuliah sahaja beliau menekankan disiplin.
11. Amalkan tawaduk dgn tuan guru dan dgn ilmu. Hormati rakan jemaah yang lain...
12. Kalau kita ada anak-anak yang susah nak disiplinkan, bawa saja ke kuliah, pasti kita boleh disiplinkan dia, kerana suasananya begitu.
P/S: Mengikuti kuliah, bukan bermakna kita semakin pandai... sebenarnya kita rasa semakin tak pandai... sebab banyaknya benda yang belum kita tahu dan dalami. Kita mampu, sebulan sekali balik kampung menjenguk orang tua. Seminggu sekali kita merayau di pasaraya. Hanya sekali sebulan, itu dah cukup kalau kita mampu duduk di hadapan tuan guru, tuan guru mursyid, yang ilmunya bersanad (ada sambungan) sehingga rasulullah SAW. Guru-gurunya semua orang terkenal dan terbilang, yang hafal quran dan hadis.
Jangan lupa, sambutan tahun baru dengan solat sunat tasbih beramai-ramai di shah alam bersama syeikh. Insya Allah, jika kita diizinkan bersama. :)
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────