^____^
Bila memasuki bulan 10 ini, apa yg trbayang di mata saya?
1) MENGURUS KEWANGAN
- Akhir tahun bagi kami, bukanlah final exam sekolah anak, bukan juga persiapan duit sekolah utk persekolahn anak tahun depan. Kerana kami belum merasai zon itu.
Untuk kami, akhir tahun adalah masa menyemak senarai bil dan kedudukan kewangan dan list yang bertimbun-timbun. Walaupun my hubby kelihatan sibuk sangat, thats mean saya trpaksa push sedikit supaya tiada tunggakan yg menyebabkan kami kena ikat perut tahun hadapan. Mohon permudahkan ya Allah.
Sebab bukannya kami ada belanja besar pun. 2 orang saja. Dan kadang2 kena bantu parents dan family. Kadang2 lelaki, bila lihat duit dlm poket dah kurang, dia menangguhkan bayar itu dan ini. Padahal saya bukanlah isteri yg suka brbelanja yg bukan2, kecuali barang dapur dan sedikit kperluan peribadi.
- Semakan kad kredit - Semakan bil yang dibayar secara cash, online dan Autopay, pengurusan kad mengikut arahan terbaru bank negara.
Rujukan : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=2226
Note: selamat adik-adik kami yg baru naik gaji atau fresh graduate dari buruan bank yg menawarkan kad kredit ni. :)
- Income tax termasuk tax dr bonus tahunan, juga Zakat - potongan gaji bulanan dan bayaran tahunan.
- Bayaran tahunan insurans dan medical card, credit cards, cukai tanah (Road tax and insurance already renew - Okt)
- Pengurusan pelaburan saham bursa syariah dan palm oil - Pengurusan modal dan untung rugi, utk akhir tahun dan tahun hadapan.
- Pengurusan aset kedai (office lot) - Pengurusan lokasi/iklan/penyewaan, tunggakan maintenance dan cukai pintu, penyelenggaran barang dalaman rumah.
- Pengurusan aset rumah apartment - Pengurusan kontrak penyewa, masalah penyewa, penyelenggaran barang dalaman rumah, cukai pintu.
- Pengurusan loan lain
- Kira-kira online store - Pengurusan e-mail, modal dan untung rugi.
- Kira-kira jualan sampingan lain - kerepek.
- Maintenance KERETA tahunan : Brek, Air Filter, Stereng, Tayar, Cecair Coolant
Nota Nurindah: Tulis satu persatu nih. Sbb selama ni tak buat catatan, semua pakat bayar je tanpa soal bila penyata sampai. (full atau separuh, tapi setiasa melebihi minimum spy cepat habis :)
2) HOME MANAGEMENT:
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2011/04/to-be-organized-wife-and-mom.html
- Organize Price Book and grocery list
(termasuk bil penggunaan letrik dan air, beli jenis save energy)
- Organize family to do list and planner BEFORE 2012.
- Dapur: semak barang2 dapur/kabinet dapur sprt maintenance water filter, sinki tersumbat, plug rosak/periuk tercabut tangkai/cawan pecah/ sudu garfu/ senduk dan sudip/ yg perlu beli lain, serving tools (untuk majlis makan2)
- Alatan rumah: Penyapu/karpet/lampu dah rosak atau masih boleh guna, karpet.
- Bilik air: penyusunan rak, flush/ wayar paip/ selipar bilik air perlu ganti/tidak, pintu bilik air.
- Bilik tidur: bantal/sarung bantal dan tilam/ selimut/ langsir bilik perlu ganti baru atau tidak.
- Alatan pembersihan rumah (cecair pencuci, berus, span, tisu, tuala dapur, tisu dapur premier) toiletries (sabun mandi, ubat gigi,pencuci muka, syampoo) / cosmetics (minyak wangi, lip balm, foundation, bedak, gincu) : >
Buy in bulk (Beli borong 6 bulan ke atas) dan rancang penyimpanan. Biasanya barang2 ni expired date lambat.
- Storage (Tmpat penyimpanan) : kotak/ baju lama/ majalah lama/ wayar plug rosak/ barang hardware/ kaset /VCDs/ barang letrik lama . Buang atau baiki.
- Clothes : Semak baju dan kain sepanjang tahun ( pakaian, tuala mandi, pakaian dalam, sarung bantal atau tilam). Budget pakaian. Asingkan baju lama dan baru: lama utk derma/buang, plan jahit baju baru utk majlis akan datang.
- Books (Small library): Semak buku dan majalah sepanjang tahun, outdated/baru, jual/ to charity. Susun dan bersihkan rak.
- Menyemak barang letrik dan kad warranty, resit minyak kereta dan perubatan utk claim, income tax ( rebate guna resit buku dan majalah, zakat)
- Office : computers ( organize internal hard disc and external hard disc, movies and photos). Office tools ( (Organize online Password/e-mails/blogs)
3) FAMILY'S FUN : activity, relationship, Gift budget, anniversary, birthday, holiday, vacation/car trip, reminder, calendar.
- Family's photos and memory over the year (function/hariraya/vacation/kenduri/weddings): print out, or make scraphbooks, or memory book photo.
- Reminder: wish Anniversary/birthday/weddings/kejayaan
- Calendar: Plan majlis , Vacation/travelling (plan budget makan, tmpt tinggal, pengangkutan, aktiviti),
- Next projects.
4) Family's Next Year Target and budget/savings:
- perubatan kesuburan dan menambah aset (kereta dan rumah)
- Maintenance kereta dan rumah
- Next ramadhan and hari raya budget
Nota Nurindah: Tak semua plan berhasil dilakukan. Lagipun kena ada kerjasama dua pihak. Tak apalah, yang penting saya telah senaraikan. Dan moga Allah berkati usaha saya utk organize kehidupan kami berdua dan memudahkan kerja suami saya dan murahkan rezeki kami dan rezeki anda juga, tetamu, teman-teman, dan pelawat saya. Amin... amin.. amin..

Assalam Indah ,apa kbr, bagus la ada perancangan macam ni, kalo akk memang tak jadi, ikut ketua keluarga je,bab2 dapur je berjaya huhu
ReplyDeleteaslmkum nurindah.. smga sihat selalu.. wah hebatnya mengurus.. klau akk semuanya 'out'... yg akk tau jadual masuk kelas n kerja2 sekolah jer yg mesti punctual..
ReplyDeletesaya dan other half doakan nur sekeluarga sentiasa di murahkan rezeki, berjaya dalam perancangan dan berjaya mencapai matlamat. betul tentang apa nur kata tentang kad kredit. satu hari 40 orang muflis kerana kad kredit dan umur antara 28-35 tahun. lebih 60% melayu. apa pun nur, kejayaan bukan lah destinasi. ianya sebuah perjalanan. success is not a destination, it is a journey. all goals are revise-able and adaptable :) semoga Allah memberkati kita semua ya nur :)
ReplyDeleteindah bagusnya buat perancangan macam ni.. kadang takut kita terlepas pandangkan.. yang penting baik merancang dari ikut2 je kan
ReplyDeleteSalam kak liza,
ReplyDeleteya kak. saya pun sama, ikut bos. hehe... tapi bila rasa dah betul2 perlu, memang list macam ni amat membantu my hubby dan saya.
Salam kak zana,
ReplyDeleteMusim final exam dan akhir taun macam ni memang cikgu2 semua agak sibuk kan?
Saya cuma list apa-apa brdasarkan list dan plan saya pernah saya baca kat internet, terutama marthastewart. Memang rasa lega kepala nih. hehe..
Salam Del,
ReplyDeleteTerima kasih atas doa Del dan suami. Bahagia rasanya bila ada orang doakan kejayaan kita. :))
Kami hanya berusaha, dan mahu istiqamah. Bila list dow, kuranglah beban kat kepala ni asyik nak ingat saja semua perkara. hehe.. yup, saya setuju, plan tu bole adaptable mgikut keperluan kita akan datang. :))
Salam kak Juwita,
ReplyDeleteikut-ikut tu satu. Bab nak simpan semua dalam ingatan tu yg selalu tertinggal. hehehe...
Memang rasa dah bole tick apa2 yg dah selesai. Kalau tidak, parent kami pun geleng kepala bila kami asyik lupa itu ini. :))