Sejak mendaki tangga di Templer Park, (ala-ala tangga kat baru caves tu ;), kaki saya bengkak lagi, disertai sakit dada. Kata hubby, saya asyik tahan nafas dan hembus kuat2... My hubby pula mula selsema lagi bersama batuk. Kaki dia kuat, tak macam saya ni, hu.. sekrg nak lompat skit atas Stool utk ambil brg atas kabinet atas pun dah trsentap. :)
Hubby cakap kalau gi klinik ni, Doc akan bagi ubat tahan sakit. Dada saya pula trasa sakit bila bangun tidur. Hubby pula batuk. Tak tahan.... kami sama-sama sakit pulak. haha.
Pagi Ahad, Saya terus bangun dr brbaring, teringatkan petua seorang blogger, En hairul utk hilangkan batuk dan sakit badan.
Jadi, saya cucuk ulas bawang beserta kulitnya dgn 2 pisau kecil, bakar atas api dapur. Agak trbakar jugak kulitnya. Tapi saya kopek kulit dan bhgian trbakar tu lalu merasa seulas. Hurm... My hubby pejam mata bila gigit bawang tu, haha... Dia makan seulas pagi. Dia kerja half day hari tu. Bila balik, dan saya tengok, memang dah tiada bunyi batuk dah. Katanya, dah kurang... Lagipun malam sebelumnya, saya sapu Vicks supaya dia sedap tidur.
Untuk hilangkan sakit dada, saya tumbuk sebuku lumat setengah jari kunyit hidup, lalu dituang air panas supaya ia lebih keluar patinya. Lalu campur dgn air sejuk dan sesudu madu. Hurm... sedap juga, tapi tutup hidungla sbb bau kunyit. hehe. Lepas tu, saya rasa macam lapang skit dada. My hubby pun minum sekali. Sekali tumbuk, dapatla 2 gelas yg pekat patinya bila campur air masak. Simpan dalam peti sejuk pun sedap.
Inilah sumber saya, blog En Hairul. Terima kasih banyak2 ya. :)) :
http://hairul.com/blog/ubat-batuk-tradisional-paling-mujarab-khasiat-bawang-putih-bakar-pernah-makan/
http://hairul.com/blog/petua-tradisional-menghilangkan-luka-dalam-atau-bisa-dalam-badan-jom-kongsi-petua/
Saya lupa doa syifa' tapi saya trjumpa doa ni dalam folder my Hubby. Ini doa utk orang sakit juga. Lepas minum, Saya baca lalu tiup kat tangan, lalu sapu kat dada yg sakit. Tiba2 rasa nyaman pula. Tapi kalu orang sihat yg baca tak taula, tapi kita baca masa sakit betul-betul, memang rasa brkurang dan nyaman jer... serius ni!
My hubby transfer gambar dr phone samsungnya. haha... rupanya dia mengambil gambar saya sedang brsolat sambil duduk di kerusi. he.. he.. Masa tu hari kena sengat tebuan, solat maghrib kot. Terpaksa la hencot2 masa nak gi bilik air, sbb nak sembuh kan Allah yg Maha Penyembuh. Saya kata berkali2... kalu tak sembuh lagi pun takpe, tapi kurangkanla sikit sakit ni. hu... syahdu! My MIL berikan air yg ditiup ayat syifa' rasanya, juga air zam zam. Lagi, malam tu lepas makan ubat, saya kepanasan lagi. My Mama pula berikan petua lain. Malu nak bgtau kat sini. Rasanya hasil kombinasi tu la yg buat sakit dan bengkak tu brkurang.
Inilah breakfast kami hari ini. Nasi goreng MIL, campur isi ikan goreng dan sayur lebihan. Yumm.... Ops! Roti sapu susu pekat. hehe...
Oh, ya! Saya bekalkan snack Jagung rebus hari ini untuk Si Dia. walaupun dia beria2 mmbawa bbrp biji pisang juga. maka, habiskan semua ya sayang... hehe...

salam Nurindah..k.atie doakn semoga Nur & HB semakin sembuh.Petua org dulu2 ni mmg amat brkesan & di iringi dgn doa,Insallh.
ReplyDeletenur, semut kat gelas tu! manis sangat tu :) semoga semuanya baik senantiasa inshallah nur.
ReplyDeleteSalam kak Azatie,
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya kak. :))
Dah tak sanggup makan pil, jadi kita cari ubat tradisi yg mudah2 pula. :D
Salam Del,
ReplyDeleteJgn terpedaya, semut ilusi jer tu! haha... mula2 dpt mug MPH ni, saya pun trkejut, macam semut real kan?
Sekali2 syok makan roti sapu susu, dah takmau kaya atau nutella. :D
Terima kasih Del, moga semunya akan lebih baik.. :))
salam
ReplyDeleteAssalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.
ReplyDeleteSy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570