Memang my hubby buat potongan gaji sekian jumlah untuk Tabung Haji, tapi asyik keluarkan je bila perlu. Perubahan selepas ni, kena istiqamah/komited untuk menyimpan. Lagipun tabung haji takde paksaan, nak ikut turn kuota haji tabung haji, ataupun, ikut pakej lain kan? Mula dari awal, lagi baik. Family's target juga tu kan? Kita tak tau bila kita akan mati, sempat tak gi Mekah tengok Kaabah real.
'____'
Saya teringat seorang prof yang sekarang ini telah sebulan bekerja dan tinggal di madinah, Muhdkamil, penulis buku travelog haji. Katanya, kebanyakan jemaah yg pergi menunaikan haji tidak istiqamah/komited solat 5 waktu di masjidilharam atas pelbagai alasan seperti hotel agak jauh, badan tidak larat, atau jalan ditutup.
Katanya: “Gunakan wang yang ada untuk memastikan solat lima waktu di Haram. Bayar kereta untuk ke masjid. Ia bukan untuk membeli-belah. Utamakan solat!”
Tapi pilihan jemaah ialah untuk mmbeli belah jubah dan abaya, tamar dan air zam zam. Tidak sanggup menyewa teksi untuk pergi ke solat ke masjid g dalam tambangnya SR20-SR50, iaitu RM23 - RM50 pada musim haji.
Kesannya, jemaah tidak terus istiqamah/komited menunaikan solat 5 waktu di masjid bila pulang ke malaysia. Yg lucu, katanya:
"Jika tidak, masjid di Malaysia sudah dipenuhi dengan mereka yang bergelar haji!"
http://muhdkamil.org/blog/2011/10/07/ia-kisah-bergambar/
Ya, ironinya, masjid kita memang dah kurang jemaahnya. Meskipun yg mengerjakan umrah pun ramai yg muda-muda. Saya pula mesti rasa ralat, kalau dah pergi Mekah, hatta Umrah atau haji, tapi tidak mendekatkan diri dgn Masjid, lalu sibuk dgn urusan harian dan keluarga. Tak taula hati akan rasa macam mana...
"Maksud haji mabrur – (mengikut fahaman Prof) – bukanlah setakat melakukan 100 peratus amalan ibadat semata-mata kerana Allah di Tanah Suci tetapi apabila pulang ke Malaysia terus peratusannya menjunam turun. Ia ibarat pasaran saham di musim ekonomi merundum. Salah satu amalan sinonim di Tanah Suci ialah solat berjemaah. Masjidil Haram atau Masjid Nabi menjadi tumpuan untuk bersolat lima waktu. Ia mempunyai tarikan luar biasa. Ia sukar diceritakan. Namun ada juga yang tidak konsisten ke masjid, pergi mengikut “suka-suka” hati sebagaimana amalan mereka di Malaysia.
Kita tinggalkan “buat sementara waktu” mereka yang bersikap demikian."
http://muhdkamil.org/blog/2010/10/14/dekat-masjid/
Kami berdoa supaya kami dapat mendekatkan diri dengan masjid di malaysia dulu, (kat kawasan perumahan rumah saya saja, ada hampir 4-5 buah surau- 2 boleh solat jumaat yg jaraknya 10 minit je. Dan 1 Masjid besar di Bukit Sentosa sampaikan dah tak tau kami ni qariah mana. :) Tapi kami lagi suka ke masjid besar tu :)) Moga di sana nanti dapatlah kami istiqamah solat di masjidil haram 5 waktu, walau apa ujian melanda. Yang peluangnya tidak selalu tiba dalam hidup kita.
Ada satu lagi ni info, sempadan tanah haram. Menarik... :)

Salam, sama-sama kita berdoa supaya dapat memijak bumi Makkah satu hari nanti. Amin
ReplyDeleteSalam che mid,
ReplyDeleteOh.. saya lupa sesangat nak update blog baru kak, maaf seribu kali. huhu
Moga-moga kita dapat pergi kak. dipanjangkan umur, dan dapat kumpul duit. :))
semoga dimakbulkan segala doa. amin.
ReplyDeleteSalam Del,
ReplyDeleteBesar hati saya. Terima kasih Del. Kami mgkin lambat pergi mekah. kena kumpul duit dulu. Moga2 Allah percepatkanlah sebelum umur 40.. :)