Sayang,
Hari ini pula, kita ke Templer, tempat air terjun dan mandi manda. Dah hampir 2 tahun tidak ke situ.
Track nya masih sama, tinggi, dan air yang jernih. Saya ikut Abang ke puncak, kwsn air yang paling tinggi. Saya dah termengah. Abang asyik yakinkan saya itu adalah exercise. Kita bermain air yg jernih di atasnya, bermain dgn ikan2 kecil. Lama kat situ sampai rasa malas nak turun. :D
Waktu turun, masih lagi di track atas bukit tingkat ke 2, Abang dah jauh ke ke depan kerana hendak ke Tandas. Ditakdirkan Allah, peha saya krem. Kedudukan saya, kiri cerun bukit dan kanan cerun hutan. Track utk ke dataran masih jauh lagi.
Ada sekumpulan lelaki jauh di belakang, dan hati saya mula kecut. Dr depan pun, msih tiada org lalu. Saya nak duduk, tp rasa takut seorang2. Kiri kanan hutan tebal. Saya berjalan juga dgn peha kebas dan lutut brgoyang, saya bagi mereka lalu dahulu, sambil saya trfikir nak capai ranting kayu takut2 saya diganggu. Abang pula tidak kmbali mncari saya. Hati saya, amat brkecil hati.
Bila mmandang Abang yg brada di bawah, tiba-tiba saya berasa amat marah. Masa tu juga rasa nak menjerit. If something happen up there... Abang meminta maaf berulang kali. Saya cakap, kalau nak tinggalkan saya di tmpat macam tu, pastikan saya bole berjalan!
Bila otak dah tenteram, barulah saya sedar. Abang tak tau. Ia salah saya. Saya sepatutnya brgantung 100% dgn Allah. Saya fikir, kita mesti saling mnjaga satu sama lain, dan brtawakkal kpd Allah. Tp apa gunanya harapan itu, kalau kita tiba2 trtinggal di belakang krn sesuatu masalah yg tidak boleh dielakkan?
Kita akan brsikap defensive, rasa terluka dan payah.
Keluar rumah dgn baca doa naik kenderaan dan doa Bismillahi tawakkaltu Aa'la Allah sahaja tidak cukup. Dr awal lagi kita kena brserah diri pada Allah. Bukan saja meyebut di bibir, tapi hati yg tidak lupa, bahawa Allah selalu Menguji...
Saya sedar sebenarnya sejak pagi abang berada dgn saya, pergi pasar, bersarapan, bermandi manda dan bersukaria bersama. Tapi cuma di waktu 'yang payah' itu saja abang tiada di sisi saya. Abang sabar menunggu saya di bawah, tidak tahu apa2. Cuma saya yang tidak sedar, bahawa Allah sentiasa ADA di sisi saya. Kenapa saya mesti ketakutan bila tertinggal sprt itu?
Saya kena selalu tanamkan sifat Hamba, yang brharap pertolongan Allah selalu, bertawakkal 100% dalam setiap langkah saya, sambil mnggunakan akal yang Allah bagi untuk bertindak. Jadi saya TIDAK AKAN rasa takut lain kali.
Abang jangan rasa bersalah atas kata2 saya, saya cuma 'hilang akal' waktu ketakutan tu . Sepatutnya sayalah yang meminta maaf...

No comments:
Post a Comment