Salam sejahtera,
Kembali ke arena masakan. hehe.. Sekali sekala di rumah my MIL, kami bersarapan roti canai yg dibeli dari kedai mamak yg dekat sangat dgn rumah MIL. Di situlah saya baru kenal kari sardin mamak. Sedap wooo... campur dengan kuah kacang dhal.
Justeru, satu pagi yg cemerlang yg bukan hari ini, saya try buat juga kari sardin ni. Tapi maaf, dah lupa sukatan. Kalau buat lenkali saya akan update sukatan tu. Kami makan dengan roti paratha segera.
KARI SARDIN
Resipi: mysweetlife-nurindah.blogspot.com
1 tin sardin besar (bersama kuah sardinnya. Saya guna ayam brand atau king cup )
Serbuk kari ikan babas (dibancuh dengan sedikit air)
Bawang putih dan bawang merah - dihiris
Cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
sedikit pes asam jawa
Sedikit santan (dimasukkan selepas masuk sardin)
Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi yg dipotong.
Sedikit garam
sedikit gula
CARA
1. Tumis rempah cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis. Kemudian masukkan bawang yang dihiris tadi. Biar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yg dibancuh tadi. Biar naik minyak.
3. Baru masukkan sardin bersama kuah tomatonya. (banyak kuah tu terpulanglah). Tambah sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
4. Tambah santan dan sikit je pes asam jawa, garam dan gula. Sukatan santan sedikit je, setakat cukup dgn kuah sardin tu. Biarkan kari sardin hingga mendidih.
5. Siap untuk dihidangkan.
CERITA KAMI
Company tmpt my hubby kerja telah adakan family day. Siang, kerjanya makan puas-puas. Macam ala sambutan hari raya pulak ada soto, sate dan nasi arab lagi. Malam, ada konsert pulak.
Semua pakai Gelang khas, jadi hanya staf boleh masuk. Staf kat situ 99% lelaki. dan ramai juga family saja. jadi mana ada can diaorang nak bw GF, kena pelangkung dgn BOS nanti :P
Apalah Awie tu, suruh staf2 muda kat situ menjerit pulak.Tapi kan, punya la baiknya staf kilang kat situ, tak nampak ramai pun yg jadi gila atau meloncat2 tak betul. Yala, seramai berbelas ribu orang tu. Termasuk staf yang ada family dan anak-anak kecil.
Patutla, Awie cakap semua orang macam tengok wayang kulit, sbb suara mereka tak dengar sangat, sekadar berebut amik video dan gambar je :). Saya lalu tepi diaorang, diaorang takde langgar saya pun atau himpit2. Bodyguard ada sebelah wo.... hehe. Kawasan kerja tu, tak bole happening sangat, karang terlanggar Bini Bos, kang, :P
Apalah company ni, GAH sungguh pentas konsert tu. Saya fikir, setakat buat pentas biasa macam yg kat pasaraya tu, jadila kan... Tapi pergh! Berapa la belanjanya dgn pentasnya, lighting, dll.. Hubby cakap, ni bole tolak cukai ni. Cukai hiburan ke? Aihh!
Sekali sekali konsert FREE, kami meninjau-ninjau jugakla. Actuallly siang, my hubby dah penat main Street Soccer. Pastu berkejar kenduri lagi. Lagipun tmpat Awie datang tu tmpat sendiri, dalam kawasan kilang je, tempat kerja my hubby yg bukan jauh pun dari rumah. Last.... lagu 'Sejati'. Femes betul lagu tu dulu. :D
Haih! nakal sungguh kami ni. Jiwa takla rock sangat, tapi nak jugak meninjau2 tengok Wings. hukhuk..
"_____^

Syekali syekali.. apa salahnya..
ReplyDeletesedap dan simple. makan dengan roti canai sedap.
ReplyDeleteSalam che mid,
ReplyDelete:)) he he...
Salam Del,
ReplyDeleteroti canai dan sardin,
kalau dulu... lempeng dan sardin :D