Salam sejahtera,
Moga hari anda semua telah berlangsung dgn baik. Saya masih di sini, berehat sekejap mnjelang maghrib. Terasa nak update.
JAUHILAH SIFAT EGO. MEREKA YANG BELAJAR ADALAH CELIK
Rata-rata yg hadir, kaum ibu yg biasa datang berjemaah di masjid Bukit sentosa. Adalah dalam 30 orang. Di mana ya, para Ibu yang PENUH semasa Tarawikh bulan Ramadhan?
Walaupun kuliah, berdasarkan kitab. Kitab pun sepenuhnya dalam bahasa Arab. Tapi Syeikh bercakap Melayu la..... Para wanita ini, masih mmbeli kitab, dan rata-rata para ibu yg pernah duduk sebelah saya, tidak kenal bilangan mukasurat dalam bahasa Arab pun! Macam mana ya, mereka belajar?
Saya yg hanya mmpunyai asas ni pun, teraba-raba kerana kuliah Syeikh tidak membaca detail sangat perkara asas, yg kita pernah belajar di sekolah. Tetapi dia mmberi penekanan kepada bahagian yg selalu jadi permasalahan masyarakat iaitu ke arah MENYEMPURNAKAN ibadah, terutamanya Sembahyang. Jadi, bacaannya agak laju. Tapi aneh, para Ibu yg seramai hampir 30 orang tu, masih tetap setia di situ walaupun sehingga selepas Rehat, dan sehingga akhir kuliah.
Hanya kupasan saya utk hari ini. Jika masih mmbaca sehingga bawah ini, ESOK, kami akan belajar di sebuah rumah banglo di jalan Kekwa, lebih selesa brbanding hari ini (hari ni di balai hadapan masjid). Esok, hari yg akhir. Hari ini pun ada selang seli dgn Qasidah yg bunyiannya agak kuat, jadi tidak sesuai dibuat di dalam masjid. Malam ni di masjid, kuliahnya, hanya ceramah, ttg isu semasa. Datanglah! :))


Nurindah
ReplyDeleteawak tggl BS berapa?mak saya ada beli rumah di BS10
tp rumah tuh hanya jadi rumah persinggahan shj..
untungnya bila dpt berguru dgn orang macam tuh kan..
sila kongsikan ilmunya disini ya.
salam bahagia Nur...
ReplyDeleteSalam littlehumblelynn,
ReplyDeletesaya dok MK. :)
Insya Allah, saya kongsikan nota saya nanti. Lgpun kitab bhs arab bukan kepakaran saya, tp saya cuba, kita sama2 belajar.
Salam ckLah,
ReplyDelete:)) Hepi anniversary..