Disebabkan dah 2 hari berturut-turut saya menulis pasal kuliah tu, rasanya patutlah disambung hari ni. Entry masak, ada..... tgah tunggu turn. :))
Masa kuliah mana boleh bawa kamera bagak kami tu, malu la saya... Syeikh Nuruddin tak suka bergambar2. Tapi saya close up guna henpon pun still tak nampak wajahnya jelas2. Padahal, saya guna mata, nampak jelas jer.
Waktu Subuh sampai sarapan, kuliahnya di masjid. Lepas sarapan 8.30 start balik, semua berkumpul di dewan di hadapan masjid. Of course, dok di kelas bertutup buat saya rasa malu sangat. Sebab Syeikh duduk bersama lelaki, tapi di belakang mereka , tak sampai bbrp langkah adalah tmpat duduk wanita. Aish... saya rasa duduk di masjid yg ada slaid besar tu, lebih selesa.
Tapi itulah, Syeikh suka pengajian di kelas. Syeikh Nuruddin sudah dikenali sebagai ulamak yg mementingkan Adab dan Disiplin dalam menuntut ilmu. Berulang kali dia berpesan, jangan guna waktu majlis Ilmu utk tidur. Tidurlah awal dan secukupnya, bangun tahajjud, tapi, jangan tidur di masjid atau majlis ilmu. Masjid (tempat solat) bukan tempat berehat-rehat atau bersukaan, ia tempat Bertaqarrub (menyerah dan merapatkan diri) dgn Allah.
Duduk kena betul, jangan berlunjur, jangan bergoyang-goyang, jangan bercakap-cakap, tutup telefon, pakai pakaian yg mengikut Sunnah . Sedangkan budak2 yg mengikut kuliah pun ditegurnya. Mnjaga Adab harus dr rebungnya.
'___'
Saya teringat ustaz ustazah saya. Saya rasa dah lama saya tak berdisiplin.
Bab pakaian mengikut Sunnah, saya tau saya krg arif. Dahulu, saya mmg bertudung labuh. :)) Tapi agaknya saya ni jenis degil, lagipun saya tak faham kenapa, dan terus tertanya-tanya kenapa. Jadi, dah lama saya brtukar tudung macam sekarang ni. Dah ramai rasanya teman2 saya yg tidak lagi bertudung labuh. Zaman saya lagi, yg brskolah agama pun, sudah ada generasi Y. Yg suka bertanya "Why". Tapi takde jawapan yg memuaskan hati saya. Maklumlah, yg brsekolah agama pun bukanlah semuanya berasal dr keluarga yg taat beragama. Di asrama dan sekolah, kena berdisiplinla. Tapi kat rumah tidak.
Bagaimana nak "Sami'na wa ato'na?" (Kami dengar dan kami taat?). Caranya dgn belajar lagi, memahami lagi... sampai hujung nyawa.
Tak sia-sia saya berdoa supaya saya tidak uzur sampaila habis program. Kerana saya dah trlebih hari ke 18-19. Saya brharap sesungguh hati. Syukur, lepas program, baru uzur.
Oh.... saya dah melalut dgn peribadi pula. Maaf.
Baru-baru ini, Saya baca buku ni, tentang saidina Umar al Khattab. Penulisnya menerangkan bahawa peribadi Umar malah lebih lagi.
Daripada buku ini, Umar tidak akan menerima bulat-bulat walaupun itu suruhan Rasulullah (beliau suka bertanya dahulu), sedangkan saidina Abu Bakar as Siddiq ialah seorang yg mmbenarkan semua kata Rasulullah. Itu bukanlah bermakna saidina Umar tak taat. Tapi kerana sifatnya yg mahu memahami dgn mndalam . Malah dia amat tegas dalam pengamalan Agama trhadap dirinya sendiri mahupun trhadap org lain. Saidina Umar beruntung, ada tempat rujukan, iaitu Rasullah SAW sebelum kewafatan baginda.. Yalah, Islam datang pun masa beliau telah dewasa, tidak seperti saidina Ali yg semasa kanak-kanak, tidak juga seperti kita yg Islam secara keturunan. Dan akhirnya kita lemah, kerana melahirkan generasi yg bijak dan kritis tapi kita tak mmpu mnjawab soalan mereka ttg Islam dan mnjadi seorang Muslim yg baik.
Kerana itulah, pada zaman pemerintahannya, kalendar hijriah diwujudkan, sistem pemerintahan Amirul Mukminin, sistem polis dsbg diadakan. Islam telah disebarkan secara meluas ke Parsi, Rom dan saidina Umar mengawal gabenor-gabenornya dari Madinah. Bagi saya, beliau idealistik dan kritis dalam memahami satu hukum dan persoalan. Pembantu2nya, ialah saidina Ali bin Abi Talib, Ubaidah, Khalid al Walid sbg panglima perang...
Aiseh, jangan fikir saya cuma percaya bulat-bulat cerita ni. Saya pernah belajar Tamadun Islam masa tingktn 6. Cikgu yg mengajar tu memang suka bercerita cerita pemerintahan Khulafa' Ar Rasyidin, sampai zaman Muawiyah, sejarah2 perang dalam Islam dsbg. Ceritanya lebih kurang sama. Menarik sangat, tapi saya tak sempat ambik STPM.
Ok, tutup bab buku yg saya baca tu.
Rasanya nota yg saya tulis pada kuliah tu agak panjang, saya sambung kemudianla. Yalah, walaupun hanya 2 hari, tapi rasa tak puas. Entah kami ada kesempatan lagi tak mnghadiri kuliah berprogram seperti ini. Untuk orang tua-tua sprt kami.
^_____^

Salam indah.. bagus dan seronok indah berkesempatan ke majlis ilmu macam ni..:) akak rindukan suasana itu
ReplyDeleteSalam kak Juwita,
ReplyDeleteAlhamdulillah, sebab dekat. Lgpun anjuran masjid, jd ia free. :)