Moga teman-teman dan visitor dalam keadaan sihat dan ceria. Eh, sampai 2 post petang ni. Actually takut tak sempat ucap,
Selamat Hari Raya AidilAdha... ! :)
Kita kan nak raya lusa? :D . Saya tak taula sempat tak buat kuih raya. Takut juga kalau takde orang nak makan. Jemu kot... raya puasa baru sebulan brlalu (eh? kan 2 bulan. hehe.. Kita raya aidilfitri 1 Syawal haritu sampai tak ingat brjalan raya dekat sebulan). Yala, esok baru 9 Zulhijjah. Hari Arafah.
( Sejujurnya, saya tak brkenan dgn konsep raya puasa sebulan tu. Sbb feel nak raya haji pun kurang, padahal hari besar juga tu. Sunat berbaju baru malahan mngadakan korban bagi yg mampu. Ini kita asyik tunggu org bagi daging korban. Beruntungnya jemaah haji di Mekah. Terasa feelnya. Teringat my FIL, yg setiap tahun mnguruskan urusan korban di masjid. Berkorban masa dan tenaga demi mmbantu umat Islam yg mahu mengadakan korban di pagi hari raya...)
Bagi yg boleh brpuasa, jangan lupa berpuasa sunat hari Arafah besok, ia dituntut dan ada hadis yg Sahih. Fadhilatnya besar, adalah keampunan (maghfirah) oleh Allah untuk tahun yg lalu dan tahun ini. Ya, saya pun trcari-cari dan ingin brpegang pada hadis yg Sahih dan ada sanadnya. Hadis ini dr kitab hasil kumpulan Syeikh Nuruddin , la tahqiranna minal ma'ruf syaiaa. Saya ada tulis di post sebelum.
Mohon maaf zahir dan batin kalau saya ada menyinggung sesiapa. Moga kita dapat keberkatan sepanjang bulan Zulhijjah ni. Bulan depan dah Muharram pula... sambut tahun baru, azam baru. Skejap jer masa, kan?
Ini makaroni dalam kuah sup telur masa Sarapan. Aiseh, sup telur macam ini saja. Tapi saya bubuh kentang. Sup telur ni lauk balance semalamnya, lalu saya rebus makaroni. Jadi la makaroni bersup. hehe..
Hurm, ikan siakap stim halia. Resipi DI SINI, gantikan saja dgn siakap. Dan tambah sos ikan jika ada, sos ni buat ikan kukus ni sangat mengamcam rasanya. :D
Apa ni? hehe.. hasil jus limau yg kami frozenkan. Saya masuk dlm kiub ais. Jadi, bila nak guna, just kisar kiub ais jus limau tu. Tambah air dan susu pekat. Sedap!
Telur Goreng pun perlu resipi? Takla, cuma rasa yg sedap dan senang bagi saya. Tambah KICAP CAIR dalam telur yg dikacau tu, sampai cukup rasa. Tak payah bawang atau cili. Telur macam ni, biasanya tak pernah tinggal balance kecuali kami sangat kenyang. :))
Cekodok Kurma. Sedap! Dah lama tak buat resipi ni, senang jer.
Daun pandan banyak, pisang abu dah nak lebam. Ada sekdikit tepung balance cekodok. hehe... Kita buat pengat pisang MIL, campur jagung tin. Yum...

No comments:
Post a Comment