Salam sejahtera. :) Saya dah trlajak nak post masakan. Sedar-sedar dah tengahari.
Hari ini, saya menyusun smua isi kuliah yg sempat dirakam dlm bentuk MP3. Kuliah dlm masjid agak tidak jelas sbb ruangnya besar. Tapi kuliah kat balai depan masjid, agak jelas suaranya trmasuk Qasidah. Alhamdulillah, My hubby mmbantu saya. Jadi, dapatlah saya catch up balik dgn mndengar rakaman. :)
Bukanlah kepakaran saya utk brkongsi isi kitab, yg semuanya bahasa Arab. walaupun dlu saya ambik subjek bhs arab tinggi *shy* . Tapi kita refresh balik, saya mula belajar balik. Yalah, wanita di zaman ini yg trpaksa keluar atau merantau utk belajar, bekerja dsb, memang tidak lepas dr berbuat dosa. Mgkin kita ternampak orang, lalu kita mengata dia atau brsangka buruk. Mgkin kita marah kerana suatu perkara kecil. Mungkin kita pernah tinggal solat krn mngejar masa. Atau juga kain terselak sampai nampak leher di tmpat awam, kerana tudung kita agak kecil. Kata Ustaz saya dulu, dosa-dosa macam tu akan menyurutkan Ilmu yg ada di dada. Kalau kita hafaz surah sejadah, yasin, al mulk , al kahfi masa sekolah.... tiba-tiba akan hilang sedikit2. Itu org awam, bgimana org Hafiz? Bkn mudah nak mnjaga hati kita dgn DUNIA yg kdg2 penuh maksiat. Takkan jalan tutup mata, kan? hehehe...
Tapi macam Syeikh Nuruddin cakap, belajarlah bahasa Arab. Nabi pernah bersabda, pelajarilah bahasa Arab, al Quran diturunkan dalam bahasa Arab, Rasulullah berbahasa Arab, dan ia juga bahasa ahli Syurga. Jadi jangan rasa sia-sia apabila kita mmbeli kitab bhs Arab.
HADIS
Dari kitab la tahqiranna minal ma'ruf syaiaa. Tuntutan Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Asyura (10 muharram). Kalau pandai baca Quran pun dah bole tahu hadis yg mana dgn trjemahan mana. Sbb ia ada baris.
BOLEH KLIK BESAR SIKIT.
( 'An Abi Qataadah R.A qaala: )
Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu Baginda menjawab: "Puasa hari Arafah itu menghapuskan dosa yang dilakukan pada tahun yang sebelumnya dan tahun yang ada ini
( Wa 'an Abi Sa'id al Khudri R.A qaala... )
Daripada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa hari Asyura diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani.
Rujukan saya yg lain:
http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=8&j=3
http://abimselangor.blogspot.com/2010/12/fadhilat-berpuasa-dan-beramal-di-bulan.html
Kitab la tahqiranna minal ma'ruf syaiaa. Hasil pengumpulan Syeikh Nuruddin.
No comments:
Post a Comment