Semoga semua teman dan visitor dirahmati Allah selalu. Menaip dgn kadar yg segera. Hubby ada kat rumah, rasanya hari ni last, kilang 'shut down'. Jd saya tak boleh berlama-lama.. ada jer plan en hubby tu. :)
Hari Tasyrik 11,12,13 Zulhijjah dah lepas. Kalau ada yg berpuasa hari ni, saya mintak ampun ya.. sbb tayang rendang.. tapi bukan la rendang raya, baru buat malam tadi. hikhik.. Hurm,Saya sendiri pun belum habis ganti puasa...
Sajer nak kongsikan rendang kerang. Komen.. sedap! Rupanya nak kerang yg kering dan rasa ada 'krupkrap' sikit, memang kena letak kerisik. Hehehe... nampak lama benor saya tak buat rendang.
Sebab kerang adalah kegemaran saya, saya jer yg asyik pulun. Saya nak makan dgn pulut dah tak berani, dah alah pulak dah. Tapi gian pula nak makan Tapai pulak dah... siap beli ragi..huhu. Kalau jadi, saya tayang la. :))
Daging dan tulang korban yg ayah berikan masih tersimpan. Jadi testing buat kerang dulu. Ambik resipi kak Nor secubitgaram. Terima kasih banyak2 kak Nor.. Mohon izin copy dan share kat sini ya kak.
Sedapnya.... kalau boleh makan ketupat pulut. Gulp! hehe...
RENDANG KERANG
Resipi: Kak Nor, secubitgaram nor67.blogspot
RENDANG KERANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 cawan isi kerang
2 sudu besar cili mesin
4 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/4 in lengkuas *
1/2 in kunyit hidup *
2 batang serai * ~ (* diblend halus)
1 sudu besar rempah gulai ~ kalau tak ada boleh guna rempah kari
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus
garam
gula
minyak
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan digoreng lagi.
Masukkan rempah gulai dan sedikit air.
Goreng lagi hingga pecah minyak dan masukkan air dan santan fresh/pekat.
Biarkan hingga mendidih sambil sesekali mengacau supaya tidak naik kepala.
Masukkan asam keping dan renih kuah hingga hampir pekat.
Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut serta garam dan gula secukup rasa.
Gaul dan masukkan isi kerang.
Masak seketika lagi dan terpulang jika suka kuah yg pekat/kering atau sederhana pekat.
Angkat dan hidangkan dgn nasi putih dan juga sedap dicicah dgn lemang atau ketupat.
Lupa nak masukkan gambar tadi, rempah Gulai cap bunga ros yang dah lama terperuk dalam kabinet. Alhamdulillah, diguna jua.. hehe..
IKAN BAWAL MASAM MANIS. Guna resipi ni saja. Haih, my hubby dok pulun makan ikan ni jer. Dah tak mo makan rendang agaknya...
wahh sedap ni kalau ada nasi panas2.. akk jarang beli kerang.. malas nk kopek kulit kering .. tgok nurindah msk rendang rasa terliur pulak..
ReplyDeletesalam nur, alhamdulillah.. tumpang happy bila nur kata sedap.. kalau makan dgn nasi lemak sedap gak tu :)
ReplyDeletemekasih sudi try ya nur.. :)
Salam kak zana,
ReplyDeletehehe... mmg saya pun malas nak kopek kulitnya, tapi dah trbiasa sejak selalu wat sambal kerang. Senang nak froze dalam freezer.
Salam kak Nor,
ReplyDeleteAlhamdulillah... saya suka! Cuma masih tak reti bab masukkan kerisik. saya masih kena banyak belajar. Org cakap kerisik ni yg buat daging rasa umph kan? :)